Tapak Bersejarah Sandakan Memorial Park

Bismillah, 
Assalamualaikum

Tapak Bersejarah Sandakan Memorial Park | Bagi sesiapa yang teringin nak ke Sandakan, ini adalah tempat wajib korang pergi. Sandakan Memorial park ini berada di taman rimba batu 7 sandakan. Dalam entry ini sha ceritakan sedikit kisah mengenai Sandakan Memorial park ; suatu tapak peringatan yang dibina di kawasan bekas kem Sandakan di Sabah, Malaysia. Tapak ini didedikasikan sebagai peringatan untuk semua tawanan di kem yang meninggal dunia semasa Kawat Maut Sandakan, dan kepada mereka yang meninggal dunia semasa kawat ke Ranau. Ia juga mengiktiraf penderitaan dan pengorbanan masyarakat tempatan.


Apabila masuk saja di tapak bersejarah ini, di sekitar kawasannya di liputi dengan flora dan fauna, pelbagai jenis tanaman dan pokok-pokok terdapat disini menjadikan tempat ini juga sesuai untuk aktiviti jogging/briskwalk ketika petang kerana suasananya tenang dan sejuk. Sha juga pernah jumpa orang buat photoshot untuk wedding outdoor. 

Masuk adalah percuma, tandas disediakan cuma perlu jalan kaki jauh sikit, kolam ada ikan cuma tidak berapa terjaga..jangan lupa kalau kesini boleh bawa makanan ikan atau roti untuk bagi ikan makan. Parking ada disediakan diluar, tak banyak tapi elakkan datang waktu peak..macam petang.

Cuma pesan sha, datang lah dengan kawan atau family, dan bawa air kosong..sebab perjalanannya agak jauh juga.. jangan datang sendirian sebab kawasan sunyi kan..potensi untuk hal buruk berlaku itu ada memandangkan tiada sistem sekuriti.

Jangan lupa jaga kebersihan, bawa balik sampah letak dalam poket..






Post a Comment

0 Comments