Bismillah
Assalamualaikum


Perozin Bantu Legakan Sakit Bahu | Penat juga menyusukan badan ni, lagi lagi macam sha ni, baru lepas bersalin 2 bulan yang lepas, selalu sakit bahu dan pinggang, sebab kedudukan semasa menyusukan badan tidak betul,sha pun lupa sudah kedudukan yang betul untuk menyusukan sebab si baby eshal sudah teriak kelaparan, kelam kabut umie dibuatnya.

Bila malam, anak-anak dah tidur, baru dapat rehatkan diri, disitu baru terasa yang bahu dan pinggang sakit akibat seharian menjaga anak dan mengemas rumah. Siapa kata suri rumah kerja nya senang saja, ini anak baru dua, sha tabik dengan anak lebih dari 5, jaga anak sendiri bukan mudah tapi bagi sha itu pilihan yang tepat sebab kalau nak suruh orang jaga, sedangkan kita sendiri ni pun tak tertahan dek perangai anak sendiri, apatah lagi orang lain kan, puhh..

Macam sha sendiri walaupun adalah sedikit masa bila anak-anak dah tidur pun tak dapat lelap kan mata waktu siang tu, sebab kena urus rumah lagi, cuci kain, masak untuk makan tengah hari, setelkan mana yang perlu sebelum anak bangun..hebat kan suri rumah..hahah.

nasib baik ada PEROZIN

Bila sapu di bahagian yang sakit, alhamdulilah segar ja rasa, sakit pun beransur hilang, boleh tidur dengan lena. Boleh dikatakan setiap malam sha sakit bahu, jadi rutin sebelum tidur memang akan sapu sedikit perozin untuk melegakan sakit pada bahu. 

Selain dari itu, perozin ini juga sesuai bagi mereka yang aktif dalam bersukan, mendaki gunung dan lain-lain aktiviti yang lasak, Biasanya orang yang aktif dalam aktiviti tersebut, memang akan mengalami kekejangan otot apatah lagi bila melakukan aktiviti secara mendadak, so guna perozin ini memang membantu sangat.

Ferozin adalah ubat sapu kegemaran sha dengan campuran halia, rosemary dan daun pudina dapat melegakan sendi dan menghilangkan angin di tempat yang sakit.

Botol pun comel ja 100ml, boleh dibawah kemana saja, siap letak satu dalam handbag

Kalau kamu mahu tahu info mengenai Perozin ni boleh layari website http://royalepharma.com dan kalau kamu berminat untuk membelinya, jangan lupa masukkan kod RPXAP-SHAS20 untuk dapatkan diskaun 20%

#Perozinmalaysia #keepsyoumoving

Bismillah,
Assalamualaikum




Pantun Sabahan Untuk Hari Malaysia | Selamat Hari Malaysia pada 16 Sept yang lalu, sha teramatlah sibuk dengan budak-budak so ada lambat sikit wish haha, memandangkan ada reader blog kesayangan sha ni minta buatkan pantun sabahan untuk hari malaysia, walaupun terlewat, sha tetap nak buat khas untuk you haha


Pigi ke kedai terjumpa biawak,
Dia datang dakat, takut pula sia,
Gabungan Malaya, Sabah Dan Sarawak,
Saya Ucapkan, Selamat Hari Malaysia.

Save ini date 16 September
Hari bercuti mau pigi mana tu
Jangan juga lupa panggil member
Join sekali patak-patak baitu

Sabah Sarawak Negeri yang kaya
Hasil buminya melimpah-limpah
Jangan kamu tembirang sana
kalau berani belanja dulu bah

oklah sekata ini 3 saja pantun sabahan saya untuk hari Malaysia, sha ni bukan pandai berpantun sangat, tapi waktu sekolah menengah ambil sastera melayu, dan pernah reka pantun untuk dipersembahkan di pertandingan antara kelas, sayangnya sha tak menang haha, apapun sha sudah cuba kan, yang penting kamu happy saja baca pantun dari sha ni hahaha..eh kalau korang tak faham boleh komen nanti sha terangkan haha..bahasa sabahan memang best untuk dibelajar kan..

Bismillah,
Assalamualaikum

PG MALL EPenjana Shop Malaysia Online & KBBM | Promosi kembali lagi, bestlah PG Mall ni, dalam beberapa bulan ni saja banyak sangat promosi diskaun terhebat  tapi kali ini khas untuk Malaysian Day, iyalah kan sempena bulan kemerdekaan. Sokong Produk Local, kalau bukan kita siapa lagi nak sokong, dengan itu, kerjasama beberapa pihak penganjur, PG Mall mengadakan kempen #barangbaikbarangkita, tunggu di akhir entry ya :)

Kalau ada sesiapa belum tahu mengenai PG Mall, mari sha kongsikan serba sedikit mengenai PG Mall 

PG Mall adalah satu-satunya kedai atas talian tempatan No.1 Malaysia yang ditubuhkan pada 2017 telah dinobatkan Top Ranking 3 laman web e-dagang yang dilaporkan di Iprice insight --> https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/. Walaupun masih baru tapi pencapaian itu sangat membanggakan. Tahniah warga PG Mall

PG MALL EPenjana Shop Malaysia Online & KBBM

Di PG Mall, baru kita perasan begitu banyak produk local yang selama ini kita tidak pernah nampak dan dengar pun kan, ketahuilah bahawa, semuanya peniaga kita kita juga. 

E- Penjana Shop Malaysia Online



Bagi program e-Penjana yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan rakyat Malaysia lebih banyak menggunakan pembayaran melalui scan, ianya selamat di kala negara kita masih dalam proses pemulihan musim Covid-19 ini. Jadi Pembayaran di PG Mall, jangan risau, semua jenis e-Wallet  diterima pakai ya dan juga payment gateway.

Promosi E- Penjana Shop Malaysia Online bermula dari 10 ogos sehingga 30 september 2020, kalau kamu pertama kali berbelanja di PG Mall, kamu akan layak dapat RM25 diskaun untuk barangan yang kamu beli minimum RM80 dan kalau sudah pernah belanja, jangan risau ada diskaun RM20 tapi kena belanja minimum RM100 ya..untuk penghantaran pula, PG Mall tambah lagi RM8 diskaun, PG Mall memang baik hati nak bagi lagi diskaun 50% exclusive untuk facebook live rebate voucher

Proudly Local


Macam yang sha cakapkan diawal entry, sokong produk local, promosi proudly local bermula dari bulan julai sehingga hujung tahun ini disember 2020, belanja hanya barangan keperluan rumah sahaja, marilah kita sama-sama sokong produk local, #barangbaikbarangkita Link boleh tengok di SINI

PG MALL EPenjana Shop Malaysia Online & KBBM


So apa tunggu lagi guys, jom kita shopping sekarang !!


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #Cashback #points

Bismillah,
Assalamualaikum


Lirik Lagu 12 Tahun Terindah BCL | Hati siapa tidak tersentuh apabila lirik yang dicipta Bunga Cinta Lestari adalah mengenai kenangan terindah 12 tahun bersama suami tercinta yang sudah pergi menghadap Ilahi pada 18 February 2020. 


Sehingga kini, video clip 12 terindah mendapat tontonan sebanyak 17 juta lebih, dan ramai rakan artis turut bersedih atas kehilangan suami Bunga Cinta Lestari, sha sendiri turut menangis apabila pertama kali melihat dan mendengar lirik dan lagu 12 tahun terindah ini, sha tak dapat bayangkan setelah  sebegitu lama bersama orang tercinta, tidur bersama, makan bersama, membesarkan anak bersama, dan akhrinya dijemput Ilahi, sedih sangat kan, even semasa menaip entry ini pun sha menangis haha..iya memang benar kematian itu tak dapat disangkal bila dan dimana, tapi inilah luahan seorang isteri.

Lirik Lagu 12 Tahun Terindah BCL


Terdiam di sini kutermenung
Memikirkan dirimu
Jalani hari biru bersama
Versi kecil dirimu

'Tuk memahami
'Tuk menerima

Oh, terima kasih
Tuhan kau t'lah berikan
Dua belas tahun terindah
Bersama dirinya

Menjalani cinta
Yang kupikir tak ada
Takkan kutukar dengan apapun di dunia, hmm

Sejenak
Namun mengisi jiwa
Hadirmu dalam hidupku
Kucoba jalani
Dan kucoba mengerti

Oh, terima kasih
Tuhan kau t'lah berikan
Dua belas tahun terindah
Bersama dirinya

Menjalani cinta
Yang kupikir tak ada
Takkan kutukar dengan apapun di dunia

Tak ku tahu
Kuatkan diriku
Untuk menerima jalani hidupku tanpamu

Terima kasih
Tuhan kau t'lah berikan
Dua belas tahun terindah
Bersama dirinya

Menjalani cinta
Yang kupikir tak ada
Takkan kutukar dengan apapun di dunia
Bismillah,
Assalamualaikum



Ikan Bawal Masak Santan Guna Periuk Cuckoo P10 | Yeah, husband dah topup 1 lagi barang dapur khas untuk isterinya tercinta ni haha, iya siapa-siapa yang berkenan nak order periuk ajaib ni, korang boleh PM sha ya, actually husband dah lama nak beli periuk ni, tunggu masa ja haha, dengan harapan rajin la isteri tercinta ni masak sebab periuk ni sangat simple, main campak ja makanan dah serupa makanan hotel, so tak rugi beli, terima kasih wahai suami ku hihi.

So, sha nak share dekat korang resepi simple saja, sempena hari tu kami ada event masak bersama bibik korea dengan agent cuckoo yang lain di rumah sha, of coz la dirumah sha, sha kan ada new baby so senang tak payah nak angkut 1 almari kalau nak buat tempat lain hahah, so memandangkan  sha memang ada penapis air king top dan penapis udara c-model, jadi agent lain boleh tengok dengan lebih dekat serta kegunaannya   

Ikan Bawal Masak Santan Guna Periuk Cuckoo P10

Bahan-bahannya simple saja :-

Ikan bawal yang sudah siap di goreng
Santan asli
Sedikit kunyit
3 ulas Bawang merah dan bawang putih
Halia 1 besar ibu jari 
Serai yang di tumbuk
Terung dipotong panjang
Cili merah dan hijau untuk hiasan
Garam sedikit
Serbuk Perasa

Masak bawang merah, putih, halia dan serai dengan sedikit minyak pada periuk Cuckoo P10 yang sudah dihidupkan pada mode Multicook, biarkan mendidih kemudian letak ikan bawal, letak santan, terung dan cili, kemudian gaul bersama serbuk perasa dan sedikit garam, sha tiada sukatan untuk bahan di atas, ikut korang kalau na lebih boleh tambah apa yang korang suka.

Dan kemudian tutup penutup dan set kan kepada multicook 10 minit, sesudah siap, gaul sebati dan hidangkan.

Senang ja masak menggunakan periuk cuckoo P10 ni, bila masak tak perlu jaga, then kita boleh buat benda lain, bila masak pula ikan tak hancur, rasa sebati dan sedap

Kalau korang berminat nak order periuk cuckoo P10 ni, boleh pergi Kedai Online Sha, boleh purchase dekat situ.

Harga RM70 sebulan untuk 2 tahun, penghantaran percuma seluruh Malaysia, tapi ada processing fee RM200 kalau korang bukan pengguna produk cuckoo, contohnya kalau korang sebelum ni ada beli penapis air cuckoo, bayaran on time selama 3 bulan so processing fee cuckoo akan bagi free, tapi ini limited time ya, so purchase cepat-cepat

Kalau korang nak processing fee tu percuma korang boleh roger sha dekat whatsapp 012-8427478