Seluar Singkat Selepas Hantar Laundry

Bismillah, 
Assalamualaikum





Seluar Singkat Selepas Hantar Laundry  | Hari ini sha pergi keringkan pakaian memandangkan seharian hujan, nak dijadikan cerita, sha ada dua seluar yang sha beli tempat yang sama, pada hari yang sama.. cuma warna saja yang berbeza. Seluar hitam sha keringkan guna dryer, bila tiba nak pakai eh jadi singkat pula. Ini bukan kes sha semakin memendek ya, memang seluar tu yang singkat hahaha.

Kenapa Seluar Singkat Selepas Hantar Laundry ?

Suhu tinggi adalah punca utama seluar menjadi singkat, bila seluar dikeringkan pada suhu yang tinggi dalam tempoh yang lama juga mengakibatkan seluar jadi kecut, sama ada guna dryer ataupun dekat panas terik.

Tips Elakkan Seluar Singkat Selepas Hantar Laundry ?




1. Periksa label seluar - cuci ikut arahan, kalau korang perasan, setiap baju atau seluar ada beberapa simbol contohnya, machine wash cold, do not bleach, iron low heat dan sebagainya. Ini korang jangan  buang, bukan saja-saja dorang attached dekat situ, label ni boleh guide korang untuk cuci seluar dengan baik.

2. Guna air sejuk/mod cuci yang betul - tak semua cucian boleh guna air panas, kadang sha cuci baju putih sekolah anak yang kotor guna air panas, hasilnya memang mengecut..tapi biasanya kita cuci pakaian memang guna air biasa kan..nanti hangus pula mesin baru kita hahaha..

3. Elakkan dari keringkan seluar terlalu lama - biasa kalau kita dry pakaian dekat laundry 24minit then kita tinggal, rasa macam jakun pula kalau stay lama depan mesin tu kan, guys sepatutnya kan, korang kena asingkan pakaian yang nipis dan tebal, dryer tu kan boleh buka, bila buka dia stop tapi bila tutup dia akan sambung balik berputar, time tu la korang boleh dahulukan pakaian yang nipis dan cepat kering kemudian baru pakaian tebal. ini tips sha baru tahu hahaha.

Bolehkah selamatkan Seluar Singkat Selepas Hantar Laundry ?


Puas sha cari jawapan ini, tapi ada satu cara yang mungkin boleh bantu sha untuk menyelamatkan seluar yang sha suka pakai ni dari singkat..tapi sha belum try lagi..hihi..nungkin ada kerajinan sha akan try..review next entry..

1. Isi baldi dengan air suam dan tambah sabun bayi atau syampu sebanyak satu penutup botol, atau sabun pencuci khas bagi pencucian mod perlahan. 

2. Rendam pakaian selama 30 minit. 

3. Keluarkan pakaian daripada air dan perah dengan perlahan, tapi jangan perah sepenuhnya.

4. Bentangkan pakaian atas tuala yang rata dan gulung, sambil memerah untuk keluarkan air tambahan. Bentang pakaian atas tuala kering dan kembalikan pada saiz dan bentuk asal. 

5. Keringkan pakaian seperti biasa.

buat ya jangan tak buat..sayang baju seluar semakin mengecil..saiz badan tak kecil2 juga hahaha..membesar adalah..cuma pendek tu kekal..aipp..pendek is comel ok guys..cau dulu..

Post a Comment

0 Comments