Ice Cream Ai-Cha Dan Eco-shop Baru Buka

Bismillah, 
Assalamualaikum

Ice Cream Ai-Cha Dan Eco-shop Baru Buka | Hari ini plan nak beli tisu di eco-shop bandar perdana batu 7 sandakan baru bukan 2 minggu yang lalu, ramai betul orang mungkin sebab baru gaji, eco-shop kedua di sandakan, yang pertama terletak di bandar, agak jauh kalau nak drive, parking pun berbayar kalau masuk mall, jadi kedai kedua ni dekat sikitlah dari yang di bandar, batu 7 ni kira pesat dah dengan penduduk dan kedai seperti Mydin, bank pun ada, kedai gunting rambut, gerai makanan, kedai perabot, playground, dan macam-macam lagi..banyak sekali kalau nak sebut hihi.


Anak buah ikut sekali, jadi dia belanja budak-budak makan ai-cha, perisa hari ini adalah vanila + Sea 
Salt, so kami mix..total RM6 hihi sha ok ja dengan perisa sea salt, jangan mangodan milky tea macam manis sangat. Ini pun sepatutnya sharing dengan diorang, kalau beli 3 sha hanya makan separuh..tapi tadi cuaca panas betul, itu yang terliur tengok diorang makan..hihi..pun tak habis happy lah abangnya dapat sambung makan ice cream umie. Orang dekat kaunter bagi 3 biji orange free, tak lama dah nak Chinese New Year, dulu kedai tempat sha kerja pun selalu bagi orange free dekat customer dan supplier, sedap manis..tips nak tahu orange manis, kulit orange senang dikupas dan tebal, confirm manis

Tadi pergi eco-shop beli tisu, satu letak di kereta, budak-budak ni kalau makan mesti beramburan..tadi makan ice-cream habis bertumpahan, satu lagi tisu khas untuk lap-lap habuk di rumah..senang pakai terus buang, jumpa pula buku untuk budak-budak ni..ambillah 2 buku untuk si abang tahun 2 dan si adik prepare masuk tahun 1 tahun depan. baguslah eco-shop jual buku macam ni dengan harga murah, hari tu dekat ninso ada juga jual buku macam ni, tebal sangat..buat latihan budak-budak ni dirumah.


keropok kegemaran sha..selalu ja sha buat popia balado, cuma ini versi besar..anak-anak pun suka makan..beli dekat kedai lain harga dalam RM4 di eco-shop hanya RM2.80 ja, eco-shop ni kadang barangnya memang berbaloi harganya tapi lain tempat ada lagi murah..macam MR.DIY. tapi ikut kualiti la kan..yang penting dapatlah budak-budak simbat (ambil) barang mainan diorang..itupun dah happy


Post a Comment

0 Comments