Bismillah,
Assalamualaikum



Kurma Ajwa Madinah Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu | Siapa yang selalu beli kurma memang akan tahu kurma ajwa adalah antara kurma yang agak mahal harganya. Ini kerana menurut sejarah abad ke 14, kurma ajwa adalah kurma yang ditanam sendiri oleh Nabi Muhammad di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah. Meskipun mahal harganya, kurma ajwa mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaat kepada kita terutamanya bagi ibu menyusu.

Sha memang merancang untuk genapkan 2 tahun penyusuan kedua anak sha, memang struggle sangat nak susukan pada anak pertama sebab belum ada pengalaman lagi kan, sha belum tahu makanan apa yang bantu banyakkan susu badan, kaedah apa yang perlu dilakukan untuk meriahkan susu badan dan sebagainya, jadi bila lahir anak kedua alhamdulilah susu badan memang banyak, anak pertama turut tumpang minum sekali. Tapi serius sha cakap menyusukan anak ini memang penat.

Sha sudah habis pantang selama 44 hari, banyak benda nak buat lepas habis pantang, sebenarnya bila dah jadi mak anak dua ni, pantang tu dah tak macam pantang dah, terpaksa juga kena uruskan anak besar dan anak kecil sekali gus, bila dah selesai semua baru dapat rehatkan diri, itu pun kena sambung pula untuk buat makanan tengah hari, letih jangan cakap lah memang sangat letih, ada suami yang bantu dan tolong jaga anak itu satu kesyukuran dah, lagi-lagi tolong buat kerja rumah, ringan sikit beban di bahu.

Ibu menyusu sangat perlu makanan yang membantu perbanyakkan susu badan sekali gus memberi tenaga kepada ibu itu sendiri disebabkan seharian menyusukan badan, sebenarnya banyak supplement di luar sana yang kita boleh pilih, tapi sha jenis yang takut nak ambil sebab kesian pada buah pinggang jadi ada baiknya kita makan makanan yang baik untuk badan secara alami kan.

Kurma Ajwa Madinah Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu


Kurma adalah makanan sunnah Nabi yang patut kita amalkan. Kurma ajwa ni adalah makanan terbaik untuk ibu menyusu, selain dari memberi tenaga ianya juga memperbanyakkan susu badan dan melindungi tubuh dari sebarang penyakit. Bila kita makan kurma ajwa, anak pun akan dapat khasiatnya juga, terutamanya zat besi. 

Yang penting korang jangan stress, fikir yang indah-indah ja, itu salah satu tips menyusu badan haha. iyala kalau susu meriah, anak kenyang, kita pun tenang kan.

Selain dimakan begitu saja, kurma juga boleh diblendkan bersama susu segar untuk milkbooster, korang cubalah, caranya senang sahaja, ambil 5 biji kurma ajwa yang direndam dengan air panas (buang biji ya) , campur 1 cawan susu segar.


5 Kebaikan Kurma Ajwa Yang Korang Patut Tahu

1. Rasa dan tekstur yang unik - Kurma ajwa lain dari yang lain, ianya berwarna gelap dan saiz agak kecil, isinya tebal dan manis pun tak seberapa, tapi kalau makan sekali pasti nak lagi hihi

2. Sumber Antioksidan - Bila makan kurma ajwa, ianya membantu menguatkan antibodi dan melindungi dari jangkitan, edan memang suka makan kurma ajwa ni, asal nampak sha kunyah memang dia menangis nak juga, so kena didik anak makan kurma masa kecil begini bagus untuk badan dia



3. Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu badan - ok ini macam yang sha cerita tadi beri tenaga, melancarkan susu badan dan zat beri yang tinggi, so baik untuk anak juga.

4. Melancarkan Penghadaman - Bila dah lepas bersalin tu memang kerap kena sembelit, so kandungan serat pada kurma ajwa ini sangat tinggi dan membantu melancarkan sistem pencernaan kita. senang buang air besar ya.


5. Sesuai untuk Pesakit Diabetes - Kurma ajwa ni sangat sesuai untuk pesakit diabetes type 2 sebabnya walaupun manis ja kita rasa kan, tapi gula dalam nya adalah gula yang tak perlu diurai dan paling ringkas

Selain dari itu, kurma ajwa juga membantu untuk :-

Dari Aisyah RA berkata bahawasanya RASULULLAH SAW bersabda :
"Kurmah Ajwah berasal dari Syurga dan didalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata." ( Riwayat Al Tirmizi )

Untuk kurma ajwa ini, korang boleh dapatkan di:-

FB : https://www.facebook.com/rihuraherbs/
IG : https://www.instagram.com/rihuraherbs/
Whatsapp : http://wasap.my/60105012717/KurmaAjwaAsli
Website : www.rihura.com

Rihura Herbs (Rihura Herbs Enterprise (002942099-U)) adalah Kedai Makanan Sunnah & Semulajadi yang menjual secara online produk seperti  Jus Aimra'a, Kurma Ajwa, Tea herbs. kalau korang berminat dengan lebih lanjut mengenai produk yang dinyatakan, korang boleh follow dan like media sosial untuk update terbaru.

Untuk entry seterusnya sha akan berkongsi mengenai produk kedua dari Rihura iaitu Slimming Roselle, stay tune :)

Bismillah,
Assalamualaikum


Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja | Wanita memang sinonim dengan perkataan jamu, orang dulu-dulu percaya bahawa jamu dapat mengembalikan kecantikan dalaman serta luaran kewanitaan apatah lagi diamalkan oleh ibu selepas bersalin. Pemikiran sesetengah wanita menganggap jamu adalah suatu minuman yang tidak sedap untuk diamalkan setiap hari, namun itulah kunci kebahagian setiap pasangan yang sudah berumahtangga.

Bagi sha selepas melahirkan anak kedua baru terpikir nak buat jamu sendiri, memang sha sendiri tidak cukup masa untuk membuat jamu di rumah, sedangkan mandi saja hanya 5 minit, apa lagi untuk memasak benda yang remeh. Belum sempat pegang periuk anak sudah menangis minta susu, yang si abang pula, sibuk nak minta makan, alahai..kenapa tak beli jamu di luar saja? senang kerja..sha boleh ja kalau nak beli jamu buatan bidan sha harga mampu milik RM25 sebotol 1liter bahan alami digunakan, tapi buat sendiri lagi puas hati kan..haha

Sebenarnya jamu yang sha kongsikan hanya perlu 2 bahan dapur yang utama dan boleh dibuat dirumah bila bila masa.

Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja

Ok, bahan utama adalah 2 sudu asam jawa dan 2 batang kunyit, ini ikut masing-masing nak berapa banyak ya.

Bersihkan kunyit dan potong halus, masukkan bersama asam jawa dalam periuk bersama 2 gelas air,  bila mendidih masukkan gula perang atau gula biasa pun boleh 1 sudu untuk menyedapkan rasa jamu tersebut haha.

Didihkan sampai air dalam periuk jadi 1 gelas, lepas tu saring air tadi, dan minum setelah suam-suam

Amalkan 3 kali seminggu untuk hasil yang mantap

Minum jamu ini sebelum sarapan pagi dengan perut yang kosong

Untuk ibu yang lepas bersalin sebaiknya amalkan selepas anak bebas dari demam kuning


Manfaat Jamu Kunyit Asam adalah :-


1. Menyingkirkan toksik dalam badan
2. Melancarkan darah haid dan nifas
3. Mencerahkan Kulit
4. Membakar lemak dan kuruskan badan
5. Kunyit sebagai penyembuh luka bersalin


Adapun barang-barang dapur itu sendiri banyak khasiatnya yang telah diguna pakai oleh orang dulu kala yang kita masih belum peka tentang nya. Kebanyakan lebih kepada kunci kebahagian rumah tangga, kita tidak perlu menghabiskan ratusan wang ringgit untuk kekal sihat luar dalam, jika ada barang dapur yang kita guna seharian bermodelkan tidak kurang dari RM5 sahaja tapi manfaat dan kebaikannya suami isteri yang rasa.

Amboi sharina hahaha..apapun semoga entry ini sangat bermanfaat buat kita semua..amin..

Bismillah,
Assalamualaikum


Nur Eshal Khadijah Genap Sebulan | Cepatnya masa berlalu, hari ini baby eshal sudah genap sebulan, umie nak juga buat entry untuk eshal baca di masa depan kelak eshal dah besar ya sayang, ini lah eshal yang bam bam haha, eshal senang ja dijaga cuma part vocal tinggi tu tak dapat di nafikan, semua baby pun sama, umie jadi tak tentu arah haha, part tu bagi bab jaga, umie dodoi abang edan ja. Cuma agak kerap jugalah eshal kembung perut, tu yang high note keluar tu, kesian baby eshal.

Hari ini baru buat surat lahir eshal sebab musim pkp ni pendaftaran kelahiran pun buat temujanji online, so semua date dah under booked, dapat pun tarikh eshal sebulan, itupun mykid belum boleh buat lagi. Tak apalah asalkan surat lahir dah buat haha, so setel kerja.


Baby eshal usia sebulan berat 4.1kg sama macam berat abang edan cuma tinggi rendah sikit mungkin sebab perempuan kan haha, 53cm, abang edan 56cm. Tali pusat jatuh pada 4 hari selepas dilahirkan, agak cepat berbanding abang edan, makan masa seminggu juga. Kuning eshal stop hari ke 15 eshal dilahirkan dengan 4 kali ulang alik ke klinik untuk cek kuning itupun turun mendadak setelah umie mandikan dengan rendaman halba 


Sekarang masa blogging agak terhad, ini pun curi masa sekejap anak-anak dah tidur, bila duduk rumah alahai tidur ja dorang terus bangun siapkan kerja rumah, cuci kain, masak, sapu kemas semua, lagi-lagi abang edan sekarang dah semakin aktif mengambur, perghh hebat dugaan ibu-ibu diluar sana. Tabik sha dengan mommy anak lebih dari 2, korang memang hebat

Tapi sejak jadi mak anak dua ni rasa macam me time sangat kurang, nanti lepas pantang nak bawa baba pergi honeymoon dekat kundasang bersama anak-anak haha, memang favourite place.

Itu saja sha nak kongsikan ada masa nanti sha cerita lagi, apapun sayang anak-anak umie EdanEshal, semoga kamu berdua jadi anak yang soleh dan solehah. Amin