Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Bismillah,
Assalamualaikum

Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya | Cuaca mendung begini, sedap makan roti dengan teh tarik panas, nak beli malas pula, jadinya gigih cari resepi dekat you tube, banyak sangat resepinya entah jadi entah tidak haha..sha ingat lagi pertama kali buat roti, resepi tu sha google ja hasilnya keras sangat, lempar dinding pun. Boleh retak..haha sayang ja bahan tapi boleh lah nice try..mood rajin tu ada..itu yang penting

So kali kedua try, sha beli tepung ready made, tinggal campur telur, butter, yis dan air rasanya. Tepung tu dalam RM6 lebih sha beli dekat mydin, ini untuk yang teringin makan roti tapi degil mau buat sendiri boleh try yang ini..ada resepi disediakan, tepung 900g dapatlah buat 2 3 kali, puas hati macam beli dekat kedai.

Hari ini sha try lagi tapi sha guna resepi yang sha belajar online, ini group berbayar ya..pjj punya, bahan ringkas senang dapat. Boleh guna minyak, kira kalau jadi jual ni save banyak, tepung 500g agak2 dalam 1 kg lebih juga doh, uli guna tangan sebab sha tak ada bread maker, boleh lah bagi tegap sikit tangan haha..

30minit sha perap doh tak kembang, aish tak kan tak jadi kan, hari tu jadi pula ini tak jadi, down sikit. Sha search dalam youtube, mungkin sebab yis tak aktif, ada betulnya juga..sedih lah time tu rasa macam mau buang ja doh tadi..tapi sayangnya doh tu banyak..anak sha dah ambil piring nak makan roti..huhu

Search pula dalam group berbayar tadi, katanya kalau buat doh time cuaca mendung, yis memang lambat aktif, lah iyaka lambat aktif ingatkan tak jadi tadi hahaha..memang mendung hari ini..

So, Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Dalam group tu cakap kalau doh tak kembang, sila panaskan oven 10 minit, bila bunyi ting, letak doh atas oven 10 minit confirm doh akan kembang bak bunga mekar, terima kasih group pjj buat roti, senang hati sha..tengok anak makan roti buatan sendiri

Oh iya group pjj ni dulu sha join RM10 ja yuran nya. Dia kasih masuk dalam group private fb, sha tak dapatlah share resepi buat roti dekat sini, kalau nak join boleh roger sha..banyak lagi group nya hari tu sha join group kek, brownies dan roti promosi RM25 ja, lama dah join tapi baru mencuba hahaha rajin lambat datang..




Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik

Bismillah, 
Assalamualaikum


Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik | Anak baru umur 2 tahun gigi dah rosak, kesian nya ini mesti sebab banyak sangat makan makanan manis, makanan manis memang kegemaran budak apatah lagi kalau ibu ibu jadikan ia makanan rutin harian, ish ish ish..

Anak mula diberi makanan sejak umurnya 6 bulan, sampailah umur 2 tahun, ibu disarankan tidak memberi makanan yang tinggi kandungan gula dan garam kerana itu boleh membebankan buah pinggang mereka, kesian bagi ibu bapa yang kurang pengetahuan untuk hal ini, malah ada juga ibu bapa langsung tak tahu. Untuk tambah pengetahuan mengenai resepi makanan baby korang boleh join group facebook sana banyak ilmu pengetahuan termasuklah makanan apa yang boleh diberi sewaktu anak tumbuh gigi.


Gigi anak tumbuh seawal 5 bulan, macam edan giginya tumbuh sejak dia berumur 6 bulan selepas dia diberi makanan dan dia pernah masuk ward akibat cirit birit yang teruk berpunca dari tumbuh gigi, dan bulan berikutnya gigi edan tumbuh sebiji demi sebiji menjadikan giginya penuh pada umurnya 10 bulan.

Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik

1. Bersihkan gusi anak seawal 5 bulan - untuk membiasakan anak berus gigi, ibu perlu rajin membersihkan gusi anak seawal yang mungkin, sebab pada usia ini, kebanyakan anak sudah mulai gatal gusi. 

2. Sediakan berus gigi yang sesuai - berus gigi anak pada usia 5 bulan disarankan berbentuk getah yang dimasukkan kedalam jari telunjuk sehinggalah dia berusia 9 bulan, jika sudah ada gigi tukar kepada berus gigi budak yang halus bulunya.

3. Berus gigi anak 2 kali sehari, setiap hari - Ini pentingya, ibu kena rajinkan diri untuk memberus gigi anak 2 kali sehari, pada pagi dan malam, jika ibu bekerja, pesan pada pengasuh, pastikan gigi anak diberus paling tidak pun semasa dia mandi pagi dan petang

4. Jangan bagi anak makan manis - ini juga antara tips jaga gigi anak supaya bersih, putih dan cantik, sejujurnya sha jarang sekali bagi anak sha makan manis pada usia 2 tahun kebawah, sebab makanan yang manis ini penyumbang kepada kerosakan gigi, jika nampak orang bagi dia, please larang, jangan biasakan anak makan manis. biar anak menangis, dan biarlah orang yang bagi tu nak cakap apa, dia anak kita, kita ada hak.

5. Ajar anak minum air masak - seawal usia edan 6 bulan sha dah biasakan dia minum air masak, sampai umur dia sekarang nak masuk 3 tahun dia dah boleh minum air masak dalam 700ml sehari, kalau dia tidak cukup minum air masak bibirnya akan jadi merah dan mudah demam. 

6. Ajar anak minum susu dalam gelas - umur edan 6 bulan sha ajar dia minum air masak di dalam botol susu, umur 1 tahun sha start belikan dia botol pakai straw, bila dia dah wean off, sha ajar dia minum susu dalam gelas yang ada straw, gelas ini ada jual di Mr.DIY. Penggunaan botol susu boleh menyebabkan gigi anak cepat rosak.

7. Cara berus gigi anak yang betul - letakkan kepala anak pada paha dan berus secara mendonggak berus gigi atas, depan bawah dan lidah. Gunakan berus gigi dan ubat gigi yang berflorida.

8. Jumpa Doktor gigi setiap 6 bulan di Klinik kerajaan - Genap umur anak setahun, dah boleh bawa anak jumpa doktor gigi, untuk disapu florida, klinik kerajaan dapat percuma, lepas sapu, tak boleh bagi anak susu/air selama 30 minit. Dan jangan berus gigi anak sampai besok pagi

InsyaAllah semoga tips ini berguna kepada semua ibu untuk menjaga gigi anak supaya bersih putih dan cantik, kesian dekat anak bila dah capai umur 4 tahun gigi dah tiada, susah nak makan benda keras dan mungkin akan dibedah. Ini telah terjadi pada anak buah sha. kesian tengok semoga bermanfaat..


Bismillah,
Assalamualaikum


Proses Edan Cerai Susu Badan | Officially, edan sudah pun tidak lagi menyusu badan dengan umienya sejak 2 minggu yang lalu, alhamdulilah, walaupun lebih 4 bulan dari yang sepatutnya dia cerai susu (2 tahun sepatutnya dah tak menyusu badan dah), tapi sha tetap bersyukur dia boleh bekerjasama dengan memberi laluan untuk eshal yang berusia 6 bulan ketika ini pula untuk menyusu badan tanpa berkongsi sebelah susu hihi

Iya, memang masa mengandungkan eshal sha sudah kekeringan susu, tapi selepas melahirkan eshal susu badan memang meriah lagi lagi eshal belum pandai sedut sepenuhnya, jadi untuk mengelakkan susu bengkak, sha offer edan susu badan walaupun sepatutnya itu sudah jadi milik adiknya, salah sha juga offer dia kan..jadi bila dah dibagi susu yang melimpah ruah, dia pun apa lagi menempel la siang malam macam dia yang baby, alahai kesian eshal

Jadi sha terpaksa juga berhentikan edan menyusu badan, sebab berat eshal macam tak berapa naik, lepas tu kalau malam eshal selalu menangis lapar, edan pula bila malam kuat betul menyusu, sha dan husband hilang akal dah untuk berhentikan edan dari menyusu badan.

Sha dah try letak asam jawa pada susu badan, letak sebelah kiri, dia tengok adik dia releks ja susu sebelah kanan, so dia jadi curious, adik ok ja susu, dia pula...rasa macam tergores dek hati hahaha...

Sha ada baca tips kurangkan waktu menyusu, pilih la antara siang atau malam, ok sha pilih siang tak menyusu malam bagi la sekejap kan..siang of coz lah dia tak berapa menyusu sebab boleh makan boleh minum air putih, cuma part tidur tu memang kena menempel dengan umie nya juga, sebab dia dah tak tidur dalam ayunan dah, so nak tak nak kena susu kan dia baru dapat tidur, bayangkan dari eshal lahir sampai eshal 6 bulan terpaksa berbagi susu dengan abang nya.

Tak bagi susu formula kah? Budak yang minum fully susu badan memang susah sikit bagi dia minum susu formula, sha dah try start mengandungkan eshal, akhirnya sha juga yang minum susu nya tu, nasib baik sedap haha, fernleaf full cream. Sha dah try banyak sample susu, memang dia tolak, menempal juga dia dengan setianya walaupun tiada keluar air susu time tu..

Perah susu dan letak dalam botol susu, sha sudah try juga, sakit tau perah susu ni, cepat pening, banyak makan masa untuk perah 1 sesi, itu pun dapat sikit ja, lepas dah dapat, dua2 anak bertuah ni boleh pula bluerkk..termasuk eshal hahaha bila sumbat susu asli lancar ja, jadi sha tukar botol susu ke tommiee tippee sampai sekarang eshal guna tu tuk minum air putih, start 6 bulan kan dah boleh makan so ajar dia minum air putih dalam botol macam edan dulu.

Proses Edan Cerai Susu Badan


Edan sekarang alhamdulilah dah cerai susu itu pun sebab sha dah nekad, memang kena cerai juga kesian adiknya, lagipun sha kena kuat makan juga untuk hasilkan susu, menyusu buat sha lapar tahap gaban, bayangkan kalau sebelum tidur kena makan roti atau biskut dulu minum air vico panas baru dapat lena, kalau tak sempat makan, bangun jam 2 pagi mesti cari makanan, itulah pengorbanan seorang ibu..kan..

Apa yang sha buat supaya edan cerai susu, sha bagi dia faham susu badan umie untuk adik dia, edan kan dah besar boleh minum susu dalam gelas, sha belikan dia susu dugro coklat + gelas yang ada straw beli di mr diy sebab setiap kali sha minum vico dia akan minum sekali dengan sha dalam gelas yang sama, so kali ni sha bagi dia minum susu coklat pula.

Selepas proses cerai susu

Awal nya memang dia tolak, tapi tiap hari sha bagi lama2 dia akan minum juga bukan dalam botol, tapi dalam gelas sehari 3 kali sha bagi dia susu, selepas bangun tidur, tengah hari dan sebelum tidur malam, air putih memang refill selalu, makan macam biasa, tapi lepas cerai susu memang banyak dia makan tak kira nasi ka roti ka biskut semua dia hantam.sampai dah tak tahu mau bagi makan apa haha

Mula2 cerai susu memang dia teriak menangis, memberontak, merajuk, memukul sebab nak susu badan tapi hati mak kena tekad dan kuat, jangan terpedaya dengan tangisan nya, itu hanya sementara untuk dia faham erti cerai susu dan alhamdulilah setiap kali dia minta sha bagi dia faham tak boleh ini susu adik punya, edan kan sudah besar, lama2 dia akan faham insyaAllah

Kalau dia minta, jangan bagi, tapi offer dia minum susu dalam gelas, kalau boleh jangan bagi dia dalam botol banyak keburukan bagi susu dalam botol antaranya gigi cepat buruk sebab minum dalam botol kan kena baring, anak buah sha gigi semua buruk dan reput baru2 ni terpaksa pergi hospital operate keluarkan kesemua gigi yang reput..kesian tengok

Doa jangan lupa, doa seorang ibu, Allah Maha Mendengar, sebelum nak cerai kan susu, kena prepare mental kena kuat, sha terpaksa sebab kesian dekat eshal kurang minum susu badan. 

Selepas edan cerai susu dia memang aktif, 2x ganda dia aktif sha pun tak tahu ini baik atau apa, dan sejak dia cerai susu dia memang jarang dah tidur dengan sha, merajuk kali kan, rasa macam alahai kesianya edan..iyala kan sebelum ni dia yang menyusu badan tiba2 adik amik alih, tapi no jangan sesekali give up..pasti diorang akan faham juga..

To all mommies, kuatkan semangat ya jangan cepat mengalah..kita buat bersebab bukan kita buat suka suka kan..kita patut bangga dah beri dia susu selama 2 tahun lama nya, struggle kan jadi mak yang menyusukan badan, Allah bagi ganjaran buat kita semua..insyaAllah..
Bismillah, 
Assalamualaikum


15 Tips Murah Rezeki | Bila bercakap tentang rezeki mesti kita terfikir duit, tapi sebenarnya konsep rezeki sangat luas, antaranya diberi kesihatan yang baik juga rezeki, dipermudahkan urusan pun rezeki, pergi kerja, duit dalam dompet tinggal untuk tambang pergi balik kerja, kawan bawa makan dia kata nak belanja, itupun rezeki, hari ini gaji, ada seorang pakcik tua minta sedekah jadi kita bagi dia RM50, kita bagi dia, maka itu rezeki dia yang kita pegang, rezeki itu hanya Allah sahaja yang tahu, jadi entry kali ini sha nak kongsikan mengenai 15 tips murah rezeki yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian, insyaAllah

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah. Benda simple, tapi ramai yang lupa buat, orang zaman sekarang bila bangun tidur confirm handphone yang dicapai dulu hihi, samalah termasuk yang sedang menaip ni hihi.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh. 

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati. 

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya. Sedekah la walau hanya 10sen.

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang. 

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi. 

11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu. 

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. 

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri. 

Alhamdulillah ❤️ semoga entry ini bermanfaat agar kita semua memperolehi rezeki yang luas dimuka bumi ini dan sharing ini telah sha petik dari facebook سيتي نور ايلي  

Assalamualaikum


Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain | Orang live di facebook boleh pula tengok sambil buka apps lain kan, kenapa youtube tak boleh ya? Tak semua apps muzik ada lagu kegemaran kita macam dekat youtube, sha suka dengar lagu di youtube dari dulu sampai sekarang walaupun boleh ja download lagu tu dekat 4shared hihi, maklumlah sha guna unifi, buat apa nak download kan haha kidding tapi akhir-akhir ni sha beralih kepada apps joox 


Tapi apps ni pula kena ada coin baru dapat mainkan lagu kegemaran, macam mana cara nak dapatkan coin, kalau tak silap sha, korang boleh karaoke atau nyanyi balik lagu artis banyak-banyak nanti akan dapat kumpul coin atau jadi VIP sha tak pandai sangat joox ni, sha cari ja lagu yang ada lepas tu mainkan, nanti lagu akan berganti dengan sendirinya. Yang bestnya ada lirik lagu, jadi lah dengar sambil nyanyi dakam bilik untuk hilangkan bosan.





Youtube pula masalahnya bila main lagu dekat situ tak boleh kasih off screen handphone dan kalau ada mesej masuk pun kita tak boleh keluar dari apps youtube tu, lecehlah youtube ni hihi bagi sha apps joox lagi bagus berbanding youtube, kurang iklan sikit tapi bila dah iklan datang tak boleh nak padam pula, macam iklan baru-baru ni, shopee shopee sebelas sebelas, haha dah terhafal pula jadinya..tapi iklan bulan 12 ni macam tak best pula haha..


Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain


Kiranya sha dah fade up la ni nak dengar lagu dekat youtube dah, tapi hari ni, sha buka facebook macam tahu ja kan perasaan sha haha muncul lah pula post tentang Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain, tengok macam senang ja, eh memang senanglah tak perlu install apa-apa apps pun cuma perlu setting sikit ja dekat browser yang korang guna sekarang, macam sha, guna chrome ja..meh sha tunjuk melalui gambar.


Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain




1. Buka browser kamu, sha pakai chrome, dan taip youtube.


2. Pergi setting, klik pada DESKTOP SITE


3. Buka web site youtube dan pergi setting lagi, klik pada DESKTOP SITE




4. So sekarang view youtube pada phone kamu akan jadi seperti kamu buka di laptop bukan? ok cuba kamu mainkan apa-apa lagu dan pergi ke home pada phone kamu, jangan tekan back ya


Bila sudah siap semua step, try untuk keluar dari google, muzik dari youtube akan berhenti, pergi home notification, dan tekan button play macam gambar diatas ini. Sha guna phone model oppo rasanya semua setting handphone sama ja kan.

begitulah cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain, senang bukan..

Tapi kalau korang perasan kan, bila main lagu dekat youtube ni rasa macam volume nya agak perlahan sikit berbanding main lagu dekat apps youtube.


Tapi suka koranglah mana apps yang korang pilih, sha tahu bukan youtube ja apps korang ada di dalam phone kan, tapi apps youtube ni memang sedia ada dalam phone jadi senang tak perlu tambah space 


Selamat mencuba

Bismillah,
Assalamualaikum


Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja | Wanita memang sinonim dengan perkataan jamu, orang dulu-dulu percaya bahawa jamu dapat mengembalikan kecantikan dalaman serta luaran kewanitaan apatah lagi diamalkan oleh ibu selepas bersalin. Pemikiran sesetengah wanita menganggap jamu adalah suatu minuman yang tidak sedap untuk diamalkan setiap hari, namun itulah kunci kebahagian setiap pasangan yang sudah berumahtangga.

Bagi sha selepas melahirkan anak kedua baru terpikir nak buat jamu sendiri, memang sha sendiri tidak cukup masa untuk membuat jamu di rumah, sedangkan mandi saja hanya 5 minit, apa lagi untuk memasak benda yang remeh. Belum sempat pegang periuk anak sudah menangis minta susu, yang si abang pula, sibuk nak minta makan, alahai..kenapa tak beli jamu di luar saja? senang kerja..sha boleh ja kalau nak beli jamu buatan bidan sha harga mampu milik RM25 sebotol 1liter bahan alami digunakan, tapi buat sendiri lagi puas hati kan..haha

Sebenarnya jamu yang sha kongsikan hanya perlu 2 bahan dapur yang utama dan boleh dibuat dirumah bila bila masa.

Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja

Ok, bahan utama adalah 2 sudu asam jawa dan 2 batang kunyit, ini ikut masing-masing nak berapa banyak ya.

Bersihkan kunyit dan potong halus, masukkan bersama asam jawa dalam periuk bersama 2 gelas air,  bila mendidih masukkan gula perang atau gula biasa pun boleh 1 sudu untuk menyedapkan rasa jamu tersebut haha.

Didihkan sampai air dalam periuk jadi 1 gelas, lepas tu saring air tadi, dan minum setelah suam-suam

Amalkan 3 kali seminggu untuk hasil yang mantap

Minum jamu ini sebelum sarapan pagi dengan perut yang kosong

Untuk ibu yang lepas bersalin sebaiknya amalkan selepas anak bebas dari demam kuning


Manfaat Jamu Kunyit Asam adalah :-


1. Menyingkirkan toksik dalam badan
2. Melancarkan darah haid dan nifas
3. Mencerahkan Kulit
4. Membakar lemak dan kuruskan badan
5. Kunyit sebagai penyembuh luka bersalin


Adapun barang-barang dapur itu sendiri banyak khasiatnya yang telah diguna pakai oleh orang dulu kala yang kita masih belum peka tentang nya. Kebanyakan lebih kepada kunci kebahagian rumah tangga, kita tidak perlu menghabiskan ratusan wang ringgit untuk kekal sihat luar dalam, jika ada barang dapur yang kita guna seharian bermodelkan tidak kurang dari RM5 sahaja tapi manfaat dan kebaikannya suami isteri yang rasa.

Amboi sharina hahaha..apapun semoga entry ini sangat bermanfaat buat kita semua..amin..

Bismilah,
Assalamualaikum



Rendaman Halba Kurangkan Kuning Baby | 3 hari Selepas lahirkan baby eshal, nurse datang ke rumah untuk cek keadaan sha dan baby, lepas itu nurse bagitahu baby kena kuning, nampak raut muka eshal pun dah tahu kuning, so besoknya sha pergi klinik ibu dan anak batu 2, selepas ambil darah baby di tumit kaki, keputusan bacaan kuning eshal adalah 184, agak tinggi juga tapi tak perlu sampai masuk wad sebab bacaan itu kurang dari berat semasa dia lahir iaitu 2.97kg. selepas 3 kali cek bacaan kuning, menurun mendadak dari 171 ke 126. So hari ini sha nak kongsikan beberapa tips untuk kurangkan kuning baby


Biasanya 70% diantara baby yang telah dilahirkan akan mengalami masalah demam kuning, edan dan eshal pun termasuk dalam golongan tersebut. Demam kuning biasanya terjadi apabila bilirubin berlebihan dalam darah. Ketika dalam kandungan, hati ibu yang akan membuang bilirubin ini, selepas baby dilahirkan, maka baby itu sendiri akan membuang lebihan bilirubin, namun, hati baby masih belum mampu sepenuhnya untuk melawan bilirubin maka terjadilah demam kuning. Biasanya demam kuning terjadi selepas 2-3 hari kelahiran

Bagaimanapun, antara langkah pencegahan untuk mengelakkan demam kuning adalah dengan memberi susu ibu yang kerap sehingga baby tersebut mengeluarkan najis dan air kening yang banyak, kerana bilirubin akan keluar melalui najis dan air kencing. Doktor dan nurse selalu pesan dekat ibu yang telah bersalin agar kerapkan menyusu baby sejam-2 jam sekali ini bertujuan agar mempercepatkan kuning baby hilang secara alami.

Petua Hilangkan Kuning Bayi Dengan Cepat

Walaupun dengan kerap ibu menyusukan baby, bacaan kuning baby tetap meningkat, apakah susu ibu itu sendiri tidak dapat melawan demam kuning baby? biasanya ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, belum ada air susu yang mencukupi, namun ibu jangan risau sedangkan doktor sendiri cadangkan pengambilan susu formula yang terpilih untuk memastikan si baby tidak kelaparan, sementara susu ibu meriah 2-3 hari selepas kelahiran, tapi pastikan ransangan terhadap susu ibu tetap dibuat setiap beberapa jam, maksudnya disini, tetap berikan susu kepada baby walaupun air susu ibu kurang.

1. Pengambilan Susu s26 - Dari anak pertama lagi, sejujurnya sha berikan susu formula seperti S26 kepada anak sha, begitu juga dengan anak kedua, untuk pengetahuan susu ini membantu mengurangkan kuning baby sebab susu ini berunsurkan soya. Pastikan ibu memilih susu s26 berwarna unggu, harga sekitar RM50-60 untuk 400g, memang agak mahal tapi ianya untuk sekejap sahaja, apabila baby sudah hilang kuningnya, maka ibu perlu susukan baby dengan susu ibu sepenuhnya.



2. Susu Kambing Hi Goat - Jangan sesekali berikan baby minum susu kambing, susu kambing hi goat ini, ibu yang minum, 2 kali sehari, dipercayai boleh mengurangkan kuning baby apabila mulai minum semasa kandungan 7 bulan, tapi sha minum lewat 5 hari sebelum bersalin haha, harga dalam RM20 untuk 15 sachets, bau pun tak hamis, boleh ja diminum.



3. Sengkuang Cina - Banyak sangat khasiat sengkuang cina ni, antaranya adalah untuk hilangkan kuning baby, sha minum sehari 1 tin, tapi better minum buat jus dari buah yang asli, tapi suruh husband cari dekat pasar, memang tak jumpa, so minum ja lah yang dalam tin ni, hati-hati memang gula tinggi walaupun dia cakap dekat situ less sugar, sha minum tambah air putih sikit, sedappp..


4. Rendaman Halba - Ok ini sha baru iktihar buat sehari sebelum baby eshal cek kuning, sha pun tak tahu adakah mandian dari rendaman halba ini yang membuatkan bacaan kuning eshal mendadak turun dari 171-126, alhamdulilah syukur juga. tapi apa saja cara yang tidak mudaratkan kepada baby, memang sha akan cuba demi hilangkan kuning baby, kebetulan banyak stok halba dekat dapur, so why not sha cuba kan?

Info Mengenai Kebaikan Halba korang boleh jenguk entry Kebaikan Halba dalam Kehidupan Kita

Sebenarnya banyak lagi petua yang korang boleh ikut tapi sha tak pasti berkesan atau tidak, lagi satu korang janganlah pilih petua yang bagi baby minum, dan makan contohnya anggur hitam tu, kesian perut baby kan masih kecil, apapun kerapkan menyusu baby, yakin bahawa korang mampu susukan baby sampai 2 tahun. Tambahan lagi korang mesti kuat minum air putih tau..

Jangan lupa berdoa dan niat hilanglah kuning baby sebelum buat apa-apa, mujarab doa seorang ibu..so sha doakan dipermudahkan urusan korang, agak susah juga ni turun naik hospital bila anak kena demam kuning kan, sha lagi turun naik tingkat 3 rumah sha haha..sabar ja la, hopely kuning baby eshal turun sampai bawah 100 selesa ni sha cek kuning lagi..doa kan ya..



Cara Hilangkan Kesan Kuning dan Bintik Hitam Pada Baju Baby yang Lama Disimpan | Assalamualaikum, mengandung anak kedua kali ini agak jimat sikit, maklumlah baju anak pertama masih baru dalam simpanan dan boleh digunapakai, due date dah semakin hampir, para ibu mesti bercadang nak pergi stor bongkar baju lama baby, meskipun tersusan rapi dalam beg plastik mahupun kotak, bila dibuka terdapat juga kesan kuning dan bintik hitam pada baju baby..ibu jangan stress sha ada penyelesaian nya

Hari ini lepas sha siap buat kuih raya, sha cadang nak basuh semula semua baju baby yang lama, milik anak pertama, sha belum dapat pergi kedai untuk membeli barang baby lagi, musim pkp ni susah sikit nak bergerak, jadi memandangkan sha dah 31 minggu, ini adalah masa terbaik untuk membasuh semua pakaian, takut nanti bersalin awal.

Setelah mengasingkan beberapa pakaian yang terkena kesan kuning dan bintik hitam, sha mulakan rendaman pertama selama 4jam pada baju baby yang masih bersih menggunakan vanish dan sabun daia ke dalam mesin basuh, sesudah itu, sha putar mesin basuh dan bilas seperti biasa, jemur dibawah matahari yang terik.



Selepas itu, hanya ada dalam 10 helai yang ada kesan kuning dan bintik hitam yang perlu dibereskan, kebanyakan adalah baju baby dan yang berwarna putih, terfikir juga untuk merendam pakaian tersebut menggunakan clorox, senang cerita baju bersih dan bersinar macam baru tapi kita sudah maklum bahawa bahayanya penggunaan clorox pada baju baby baru lahir terutama pada kulit mereka, sangat sensitif. Jadi cegah nya sebelum terjadi.

Cara untuk hilangkan kesan kuning dan bintik hitam pada baju baby rupanya tidak begitu mudah, ibu ibu perlu bekerja keras sedikit untuk hasil yang memuaskan.. 

Caranya ialah rendam baju tersebut bersama cuka semalaman
Bilas dengan air bersih
Kemudian rendam dengan air panas bersama  sabun vanish selama sejam
Berus pada permukaan baju yang ada kesan kuning dan bintik hitam menggunakan sabun mandi (buku) sehingga bersih
Kemudian bilas dan jemur dibawah matahari yang terik

Ada juga beberapa cara yang sha ingin kongsikan pada ibu ibu jika cara diatas tidak berkesan, memandangkan kesan kuning tersebut sangat degil hihi

1. Cuka dan Garam
2. Soda Bikarbonat
3. Ubat gigi
4. Jus Lemon
5. Denture Tablet (bahan pencuci untuk gigi palsu)

Caranya ibu-ibu boleh rujuk di sini Cara Hilangkan Kesan Kuning

Apapun cara-cara ini sangatlah jimat jika dibandingkan dengan membuang dan membeli pakaian baru, duit tersebut boleh kita beli barang keperluan lain, bukan.

Sha harap entry ini dapat membantu ibu ibu menyelesaikan masalah kesan kekuningan dan bintik hitam pada baju baby. Sha doakan juga ibu ibu dipermudahkan bersalin..amin


Petua Orang Tua Tentang Kecantikan | Assalamualaikum, dekat nak raya ni, muka dah jadi serabai, lagi-lagi penat seharian siapkan biskut raya, nak buat facial, kedai belum beroperasi lagi, kos pun agak mahal kalau nak buat facial, jangan risau entry kali ini dengan sha sendiri akan amalkan, lagi-lagi nak cantik dipagi raya cuma guna barang dapur saja..jimat duit husband hihi..tapi kena amalkannya secara berterusan untuk hasil yang bagus.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

    
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Merawat Kulit Berkedut

Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.


Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.


Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Baca : 19 Tips Untuk Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Mengempiskan Perut

1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.


Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .


Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Baca : 8 Khasiat Lemon yang Menakjubkan


Menaikkan Seri Muka

Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Menghilangkan Bau Ketiak

Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan

1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


Awet Muda 2

1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini..

Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. 

Menguatkan Gigi 

Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.


Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Selamat mengamalkan yaaa..
Tips Bersahur untuk Ibu Mengandung | Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa, sedar tak sedar hari ini sudah masuk puasa yang ke 8 dibulan Ramadhan, sha pun turut berpuasa walaupun sha mengandung dan menyusukan anak, tipulah kalau sha tak lapar dan dahaga, terutamnya bila berada dijam yang terakhir, lemas jangan cakap hihi..

So, dalam entry ini sha kongsikan beberapa tips bersahur bagi memudahkan ibu mengandung untuk berpuasa

Islam ini sangat mudah, dibenarkan berpuasa bagi ibu mengandung, juga dibenarkan berbuka jika mereka ini tidak larat mahupun risaukan diri dan kandungan jika puasa diteruskan.

Jika tidak larat, maka ibu ibu jangan lah paksa diri..puasa boleh ganti dilain hari, nyawa baby dalam kandungan perlu diutamakan.

Tips Bersahur untuk Ibu Mengandung
✅ Minum segelas susu yang diblender bersama kurma. Sha amalkan setiap sahur ambil segelas susu dan 3 biji kurma, insyaAllah tahan sampai berbuka
✅ Makan makanan yang seimbang. Kurangkan makanan yang manis
✅ Banyakkan minum air masak untuk mengelakkan dehydrasi. 
✅ Elakkan pengambilan kopi,nescafe dan teh kerana mengandungi kafein
✅ Elakkan makanan pedas dan berempah kerana ia menyebabkan pedih perut. 
✅ Elakkan makanan yang berminyak dan berlemak kerana boleh menyebabkan sakit ulu hati.

Tips ini sha dapat dari group info ibu hamil, semoga bermanfaat dan sha doakan dipermudahkan kita berpuasa ikut kemampuan diri sendiri ya..

Cara Rawat Pusat Bayi yang Timbul | Assalamualaikum guys, normal bagi bayi yang baru jatuh tali pusat, mengalami pusat yang timbul, tapi ini adalah tanda awal bagi penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakan bayi adalah hernia. Insyallah dengan entry ini bermanfaat buat ibu-ibu yang belum ada pengalaman pusat bayi terkeluar macam sha juga untuk buat rujukan adik edan nanti hihi, 


Kenali Apa Itu Hernia?


Apa  itu Hernia, bagi bahasa kampung adalah angin pasang, atau benjolan yang tidak normal pada organ dalaman bayi, korang boleh rujuk web ini untuk info tentang hernia --> Kenali Jenis Hernia, pusat bayi terkeluar kita dengar macam rasa ngeri ja kan, tapi sebenarnya pusat bayi terkeluar ini boleh dirawat dengan cara yang senang, ada juga pusat bayi perempuan timbul, ianya normal sebab bayi kan baru bercerai tali pusat, ibu jangan risau ya.

Sejak edan lahir, mak mertua sha yang urus edan mandi, kalau belum jatuh tali pusat sha memang tidak berani sentuh pusatnya, apatah lagi memandikan edan, maafkan umie, wahai anakku..haha errghh seram pegang tali pusat bayi yang belum putus tauu, jadi untuk jatuhkan tali pusat edan hanya menggunakan ubat cecair yang dibekalkan oleh pihak hospital, seingat sha dalam seminggu juga tali pusat edan jatuh

Bak kata orang tua-tua, lambat tali pusat jatuh maka anak itu keras kepala, biasanya tali pusat jatuh ambil masa 3-4hari, wallahualam, insyaAllah perangai seseorang tu tiada kena mengena dengan tali pusat dia 

Cara Rawat Pusat Bayi Timbul 


Sha ada join group Facebook Info Ibu Hamil, sejak mengandungkan edan, memang banyak tips sebelum, semasa dan selepas bersalin, salah satu cara rawat pusat bayi yang timbul sha dapat dari group ini, iaitu lekapkan duit syiling pada pusat bayi timbul selepas mandi pada siang dan malam, buka semasa mandi sahaja, Insya Allah berkesan, tapi sha letakkan kapas terlebih dahulu sebelum lekapkan pada pusat edan, sebabnya duit syiling kan sejuk, takut kembong pula perut edan


Semasa bersalin, sha ada try set bersalin Afiat, set ini termasuklah pati Afiat Balm, sha panggil ubat hijau hihi, sebab dia warna hijau, ini untuk ubat pusat..lepas mandi sha akan letakkan ubat hijau ini dulu baru letak duit syiling, tapi duit syiling tu sha lekapkan dalam 2 minggu saja, sebab sha amalkan cara di bawah ni

Image result for ubat pusat afiat
pic credit to google

Selepas mandi mesti badan rasa sejuk ja kan, so sha letakkan air panas pada botol tupperware lepas tu panaskan tangan dan letakkan pada perut edan, ulang dalam 3 kali lepas tu letakkan ubat hijau ni, alhamdulilah pusat edan dah tak timbul sejak umur dia 2 bulan lebih, tapi pandai juga timbul balik tanda dia sakit perut.

Orang tua-tua, dorang guna cara panaskan perut menggunakan lilin dan pemetik api, sha malas kotor-kotor dengan lilin haha, sebab edan pernah kena titisan air lilin tu, jadi tak safe kan..so guna cara atas lebih senang.


Amalkan sampai pusat dah tak timbul, selain tu korang boleh selawat sambil usap-usap perut si manja, pasti dorang selesa..selamat mencuba

Mana tau korang ada tips cara korang rawat pusat bayi yang timbul, boleh share dengan sha :)
Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki || Assalamualaikum hi guys, sha dah scan kandungan sejak usia baby mencecah 27 minggu, dan ianya lelaki, alhamdulilah geng baba, geng biru hahaha..korang dah scan ka belum?? sudah ka belum scan jom make sure betul ka tidak Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki

Image result for its a baby boy
Picture credited to google

Tanda-Tanda Mengandung Anak Lelaki
  • Ibu yang sedang mengandung mengalami degupan jantung kurang dari 140 beat/minit.  ~ ok check balik buku mengandung, nurse start kira degupan jantung baby sha pada minggu ke 17 tapi degupan jantung baby sha semua 150 ke atas..hurmm???
  • Bahagian perut ibu mengandung akan lebih menonjol atau tajam ke hadapan. ~ yes, perut sha memang tajam kedepan, ala-ala bentuk telur gitu hihi
  • Perut ibu hamil pada bahagian bawah akan kelihatan membesar. ~ betul juga, macam berat kebawah
  • Kulit ibu akan sedikit gelap, kusam. Malah ada juga sebilangannya ditumbuhi jerawat-jerawat kecil. Tapi ia akan hilang selepas bersalin. Jangan risau! ~ haha betul sangat kusam dan lesu, ada jerawat halus membiak dibahagian dahi, tapi masih cute :P
  • Tidak mengalami morning sickness. Tapi mungkin ada cuma tidak berat ~ yup sha tiada morning sickness atau apa2 sickness, tapi awal kandungan memang ada sikit...tak berpanjangan lah..hihi
  • Ibu lebih menggemari makanan masin dan protein seperti keju dan daging. ~ sha kurang suka ayam, daging yes, sha suka makan tapi husband tak bagi makan sebab takut nanti ada darah tinggi
  • Kulit ibu akan kelihatan kering. ~ sebab sha malas minum air putih haha, jangan amalkan tau kesian baby
  • Rambut lebih lebat dan berkilat sepanjang kehamilan ~ indeed, rambut sha tiada gugur dan semakin lebat, mungkin sebab makan acid folic?
  • Hidung kelihatan lebih kembang ~ hahaha maybe :P
  • Payudara kanan lebih besar dari kiri ~ opsssss...ntah hahahha, sejujurnya no !
  • Sakit kepala sering menyerang ibu mengandung ~ jarang jugalah tapi selalu pening sebab high blood rendah
  • Bayi lebih suka pergi ke arah sebelah kanan dalam perut ibu. ~ yes, baby suka gerak sebelah kanan 
  • Garisan hitam pada perut ibu dari bawah ke atas nampak gelap dan tak putus.  ~ betul sangat tiada putus dan nampak jelas
ada beberapa fakta kurang tepat, tapi sha yakin kandungan sha baby boy, baju pun dah beli, nama pun dah cari, hopely baby senang keluar dan sihat hendakNya, amin..

Sumber rujukan : https://my.theasianparent.com/tanda-hamil-anak-lelaki-menurut-islam/



 

Tips Mudahkan Bersalin | Assalamualaikum, mengandung saat yang paling berharga buat para ibu, terutamanya sha yang baru 1st mengalaminya, ternyata perjalanan mengandung bukanlah senang dan mudah seperti yang dibualkan walaupun sha bukan jenis yang ada alahan seperti muntah yang teruk. Tapi setiap ibu mengandung selalu mengharapkan proses kelahiran itu berjalan dengan mudah dengan izin Allah..dengan tu sha kongsikan dengan korang tips mudahkan bersalin.


Tips Mudahkan Bersalin
  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. Ini kerana proses kelahiran memerlukan tenang untuk push baby keluar.
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. Ermm boleh ka tak nak telan telur mentah? Hihi sha pun belum try lagi..hihi
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka. Sha baru dengar tips ini, mungkin boleh try.
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction..kena siapkan awal2 rebusan ini.
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin. Ini boleh mula membaca dari baby 3bulan.
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je) selain dari tu boleh bersihkan air kencing.
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil..jangan makan banyak nanti kencing manis..hihi
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby..ini sha dah praktis start kandungan 6 bulan lebih hihi..penjalan sha ni.
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby..rebus buat ulam sedap ni hihi..husband sha suka makan.
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nt koyak teruk
  • Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut. Banyak para ibu yg consume..baru sha tahu bole sapu dibahagian tut..hihi
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu..ok fine hihi
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :) ini sha ada dengar juga..nanti pesan husband siap siap

InsyaAllah tips ini sedikit sebanyak dapat membantu mudahkan para ibu bersalin..memang bersalin ini adalah kesakitan kedua paling sakit dalam dunia selepas mati, tapi dengan izin Allah..mudahan kita dipermudahkan..

Sakit itu kan penghapus dosa 
Kalau sakit itu tidak dapat ditanggung oleh para ibu, xkanlah ada anak selepas baby itu lagi kan..hihihi..

Tips credit to fb : Shuhara Shukri
Gambar credit to google

Tips Mudahkan Bersalin

by on July 15, 2018
Tips Mudahkan Bersalin | Assalamualaikum, mengandung saat yang paling berharga buat para ibu, terutamanya sha yang baru 1st mengalaminya,...
Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian | Assalamualaikum, hi guys melipat pakaian adalah suatu pekerjaan yang membosankan malah membuatkan orang melihat pakaian yang membukit boleh menyumbang kepada tekanan perasaan, terutamanya kepada golongan suri rumah dan ibu-ibu yang bekerjaya. Melipat pakaian akan menjadi jimat apabila korang tahu caranya, mari sha nak share dengan korang Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian.


Semasa kecil, melipat pakaian adalah rutin pekerjaan sha. Sehingga kini sha juga tidak lari dari pekerjaan tetap ini, lebih-lebih lagi sha sudah mengalas sepenuhnya jawatan suri rumah tangga selepas mendirikan rumah tangga bulan 12 tahun lalu.  

Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian 

1. Pilih masa yang sesuai - Melipat pakaian adalah aktiviti yang memerlukan mental yang tinggi, apabila korang melipat pakaian dalam keadaan penat, maka terbakarlah pakaian tersebut. Masa yang sesuai untuk melipat kain adalah waktu malam dan subuh, dimana waktu begini suasana agak tenang dan damai. 

2. Asingkan pakaian - Mula melipat dengan jenis pakaian yang sama contohnya habiskan melipat baju dahulu baru seluar, diikut dengan pakaian kecil, dan letakkan ke dalam bakul mengikut susun mengelakkan pakaian bertabur.

3. Guna Hanger - Banyakkan penggunaan hanger dalam almari korang ini kerana ianya dapat membantu penjimatan masa dan kelihatan kemas berbanding dengan lipatan baju. Juga dapat mengelakkan baju berselerak apabila hendak cepat pergi kerja.

4. Melipat sambil tengok TV - Melipat juga sangat membosankan, jadi ambil masa korang tengok TV sambil tangan melipat pakaian, aktiviti ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa melipat pakaian sebelum habis rancangan TV tersebut.

5. Jangan bertangguh - Lipat sebaik sahaja pakaian di ambil dari jemuran, elakkan sikap bertangguh selagi mood masih ada, duduk dan mula tarik satu persatu pakaian dalam bakul tadi.

6. Ajak suami dan anak melipat kain - Tentu seronok bila aktiviti melipat pakaian ini dibuat bersama keluarga, bahagikan tugas anak dengan mengajar dia terbalikkan baju dan seluar budak dan ajak suami lipat benda yang tidak complicated seperti cadar atau tuala.

7. Upah orang melipat pakaian - Kerja hakiki membuatkan kurangnya masa untuk melipat pakaian, tapi terpaksa cari jalan untuk memastika rumah sentiasa kemas. Jadi, korang boleh upah adik/kakak untuk menolong melipat pakaian, tidak semestinya bayar dengan duit, tapi boleh juga belanja makan, atau masakkan makanan kegemaran mereka.

8. Hantar dobi - Self service dobi juga ada service melipat pakaian, hantar pakaian kotor korang dan ada penjaga dobi tolong korang settlekan selebihnya termasuklah melipat pakaian, anggaran melipat pakaian dalam RM2-4 untuk seorang.

Itu sahaja Cara Jimatkan Masa Melipat Pakaian dari sha, selebihnya tawakal banyak-banyak haha, tapi biasanya lepas habis melipat pakaian, kepuasan adalah reward terbaik untuk diri sendiri, sebab berjaya habiskan berbakul-bakul, selamat mencuba dan semoga berjaya hihi

Cara Jimat Buat Gambar Passport Dengan Hanya RM1 | Assalamualaikum, hi guys, baru-baru ini sha kena tegur oleh nurse waktu Buka Buku Ibu Mengandung ada minta 2 keping gambar passport yang diperlukan, jadinya sha lupa sediakan hihi. So entry kali ini sha nak share dekat korang jimatnya buat gambar passport sendiri dan cuci dekat kedai dengan hanya bayar RM1 sahaja, jimatkan?


Ok guys, perkara wajib yang korang perlu ada ianya handphone, paling cun camera 13mp keatas, quality gambar terbaik, then korang mulalah pakai lawa-lawa depan cermin dan snap berapa banyak gambar yang korang suka, tapi sebelum itu pastikan background gambar korang warna biru macam diatas atau warna plain (background biru nanti edit melalui apps dalam handphone ataupun adobe photoshop nanti)

Lepas dah edit korang masuk web ini http://online-passport-photo.com/ (guna handphone pun boleh) select your country, crop dan korang boleh download 8 photo bersaiz 4R, pergi kedai photo, cuci dan bayar RM1 dapat 8 keping gambar passport mudah kan?
Morning Guysss...Beberapa hari ni mood agak tunggang terbalik, disebabkan join GA tapi nda dapat follow blog penganjur dan sponsor, disebabkan sha ni jenis yang amanah, rasa sia-sia menang kalau nda ikut syarat kan..so sha cari penyelesaian bagi masalah Tidak Dapat Follow Blog Lain

Actually, ada juga blogger bagitahu, Clear Cookies and Cached pada history, sha dah buat emanpuluhlimabelaskali, masih juga nda dapat follow, haha..nakal betul kan ini system follow memollow ni

Dan sha terfikir untuk unfollow blog sendiri kemudian refresh blog, cehhh nda juga dapat haha..

Kemudian terpikir pula untuk reload page yang keluar error tu, dalam tigaempatkali juga sha buat, tadaaa..dapat akhirnyaa..mengkali masalah line lidut kali kan hahaha...iyakah? 





Lega akhirnya dapat suda follow blog sponsor semua, yeahh..harap ada lah sikit rezeki di bulan mulia ini..haha..menang INI pun jadilahh :P

Sekarang kalau tak kerja, tak dapat duit, lagi2 sekarang ni harga barang semua naik, keperluan dan kehendak mestilah dipenuhi..kan..so jawapan terbaik adalah kerja. Dulu sha agak lama juga menganggur, 6 bulan, lama kan?time tu rajin juga buat kerja part time on9, dapatlah sikit duit..tapi beza dengan kerja makan gaji..dapat saving KWSP untuk masa depan..rugi tau kalau tak kerja...

Sha nak bagi tips untuk dipermudahkan dapat kerja..semoga bermanfaat untuk penganggur diluar sana

1. Beli Newspaper - kalau sha, selalu beli newspaper yang ada vacancy, contohnya di Sabah, Daily Express, beli ini ja tau, sebab majikan suka post vacancy dekat news ni, tu yang cepat habis dijual, so kena awal bangun pagi beli news ni..

2. Cari dekat Mudah.my atau website yang ada vacancy - dekat mudah.my pun antara favorite majikan post vacancy sebabnya murah dan senang nak dapat pekerja..dan sha ada juga like fan page /join group di Facebook yang memaparkan vacancy dekat kawasan sekitar Kota Kinabalu..

3. Jangan memilih kerja - biasanya orang yang memilih ini adalah orang yang lepas graduate, maklumlah tinggi sekolah, kerja kena ok, gaji kena tinggi...buang semua fikiran macam tu, kenalah bermula dari bawah, lagi2 tiada experience..confirm majikan pilih orang lain kan..

4. Dekatkan diri dengan Allah - antara sebab rezeki senang masuk adalah dengan solat ontime, solat hajat dan solat Dhuha,  Allah akan tolong kita bila kita sentiasa ingat Dia.

5. Percaya pada rezeki Allah - ramai orang cakap kerja government akan menjamin masa depan, of course senang loan dan sebagainya, tapi kalau semua kerja government siapa lagi nak kerja di swasta? kan hihih..rezeki masing2 Allah dah bagi, tak kiralah kerja government or swasta..

Alhamdulilah, walaupun sha lambat dapat kerja, tapi tempat kerja sha sekarang sangat selesa,dengan bos dan pekerja lain pun tiada apa2 masalah, itu yang penting..kita taknaklah kan satu office tidak bersefahaman..semuanya ada hikmah..

Ingat semua yang berlaku tu ada hikmah, kalau dah setahun menganggur, maybe lepas ni dapat kerja yang jauh lebih baik,,siapa tahu..Allah adalah sebaik2 perancang..

Good luck ya..


Tips Mudah Dapat Kerja

by on December 19, 2014
Sekarang kalau tak kerja, tak dapat duit, lagi2 sekarang ni harga barang semua naik, keperluan dan kehendak mestilah dipenuhi..kan..so...