Assalamualaikum
Sinopsis KDrama Under Cover Miss Hong | macam biasa sha dah habis tengok Sinopsis KDrama Can This Love Be Translated? dalam minggu ini juga, drama ni menjunam naik ke tangga pertama di tontonan netflix..so kali ini sha nak mencari kdrama yang lain..memandangkan baru langgan netflix dan kdrama ini juga turut tersenarai dalam top 10 shows in malaysia today, jomlah kita baca dulu sinopsisnya
Sinopsis KDrama Under Cover Miss Hong
Sinopsis: Berlatarkan penghujung tahun 1990-an, Hong Geum Bo (Park Shin Hye) berada dalam lingkungan usia 30-an dan merupakan penyelia elit di Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan. Dia seorang wanita bekerjaya yang tenang dan hanya fokus pada kerjanya. Dia menyamar sebagai graduan sekolah tinggi berusia 20 tahun bernama Hong Jang Mi, lalu mula bekerja di sebuah syarikat sekuriti yang dikesan mempunyai aliran dana mencurigakan.
Di sana, dia bertemu dengan Sin Jeong Woo (Ko Kyoung Pyo), CEO baharu Hanmin Securities. Sin Jeong Woo merupakan perunding pengurusan semula jadi dan seorang corporate raider yang percaya hanya angka tidak pernah menipu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya. Dia kemudian bertemu Hong Jang Mi, yang mempunyai wajah sama seperti Hong Geum Bo , wanita yang pernah dicintainya dahulu. Pertemuan itu membuatkan hubungan mereka menjadi semakin rumit.
Drama Undercover Miss Hong mula ditayangkan pada 17 Januari 2026 dan masih on going lagi..setakat ini di netflix baru 2 episode, so kalau nak tengok tunggu drama habis baru best marathon kan..hihi

0 Comments
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)