Assalamualaikum
Hari Pertama Kelas PKK - Belajar Ukur dan Lukis Pola Baju Kurung | Hari ini hari pertama kami mula untuk kelas PKK, dan cikgu bagitahu hari ini kami belajar buat pola, sebelum itu kena tahu cara basic untuk mengukur dan ambil ukuran badan sendiri untuk di jadikan pola. Maka baju raya tahun ini, adalah hasil tangan diri sendiri..hihi excitednya bila pakai baju yang dijahit sendiri, ini merupakan antara azam sha ditahun-tahun yang lepas, iaitu pakai baju hasil jahitan sendiri..tak sangka tahun ini bakal tercapai..alhamdulilah
Banyak ilmu sha dapat hari ini, cara mengukur, cara bagaimana dapatkan ukuran apabila di lukis di kertas, tapi sha belum lagi buat pola, itu kerja di rumah kata cikgu.
sesi menyemak hasil kerja hihi
hasil ukuran badan sha untuk baju kurung
ini antara barang yang perlu ada hari ini, 1 set pembaris, kertas minyak untuk buat pola, dan pita pengukur, semua ni sha beli di Canny Batu 7, cuma sha tiada set pembaris yang kecil tu untuk buat di buku, sha dah kirim dengan kawan harga pun murah RM1.20
happy hari ini dapat belajar sesuatu..walaupun lepas kelas rushing prepare anak pergi sekolah sebelah petang..anak-anak pun ok ja bila ikut sha pergi kelas..cuma hari ini hujan jadi diorang cepat lapar..next week boleh bawa jajan untuk diorang.





0 Comments
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)