Imunisasi Polio boleh didapati di Klinik Kerajaan Sandakan Secara Percuma | Assalamualaikum, sha masih dikampung..sha dapat info dari kawan sha imunisasi polio boleh didapati di kawasan area Sandakan bermula hari ini secara percuma kepada warga negara dan bukan warganegara..

Info lanjut korang boleh tengok di gambar dibawah ataupun boleh pergi ke klinik berdekatan korang

Harap anak anak kita terhindar dari sebarang penyakit yang menular ganas awal tahun ni..amin

It Starts With Your First Letter of Your Name | Assalamualaikum guys, ini entry game tau..kalau korang free dan rasa macam best ja game ni..boleh lah join sekali tempek ja pada entry korang..game ni sha follow kak pip di entry ini 

Rule nya korang jangan google tau, haha

Image result for huruf s


  • WEAR - Sandal
  • DRINK - Sky juice -.-
  • PLACE - South Korea
  • FOOD - Seafood (Jawapan selamat haha)
  • ANIMAL - Snake
  • GIRL'S NAME - Shazriana (amboi haha)
  • BOY'S NAME - Shafiq
  • PROFESSION - Sabahan Blogger (haha)
  • WORD TO DESCRIBE SOMEONE - Silly
  • SOMETHING IN YOUR HOME - Speaker
  • BODY PART - Shoulder
  • FIRST NAME - Sharina
ok guys..senang ja kan kalau capital S haha..korang try la ya..sangat mencabar minda haha..tanpa menggunakan mr google haha..
Perginya Pakcik Yob Penjual Ayam Goreng Bajet Uitm Sabah | Assalamualaikum, sedihnya mendapat berita sedih orang yang pernah kita kenal pergi menghadap Ilahi, ia..memang semua kita pasti akan pergi, cuma tak tahu bila dan bagaimana..


Kalau korang nak tahu, pakcik yob adalah seorang penjual ayam goreng bajet di tempat sha belajar dulu, pakcik yob adalah orang semenanjung yang datang berniaga di Sabah bersama isterinya..menjual ayam goreng itu perkara biasa bagi sha..tapi ayam goreng pakcik yob sangat beza berbanding dengan penjual yang lain, selain ayam gorengnya sedap, ayam gorang pakcik yob juga sangat murah..boleh tapau kuah sup lagi, rata-rata student uitm sabah memang tak missed untuk membeli dan menapau ayam gorengnya untuk makan di hostel..

Rindunya zaman study dulu..sha ingat nanti bila jalan pergi KK nanti mau bawa edan dan baba makan sana..apapun semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh..

Pahala Free | Assalamualaikum, sekarang ni senang sangat kan nak dapat pahala free kan, buat-buat cerita dekat orang tanpa usul periksa..boleh ja kalau nak tanya pun ini tak..suka ja buat cerita dekat orang..aish tak baik betul perangai..tapi bila kena dekat dia amboi bukan main lagi suruh orang shhhhuuuuu..nasiblah kita ni bukan tergolong dalam perangai dia..

Orang macam ni kan..tak boleh layan sangat..dengar ja dia bercakap percaya jangan sekali..ala orang sekeliling pun dah banned dia..cuma hormat ja sebagai manusia sebab tu tak kena pulau..ermm..geram sha orang yang macam ni..tak apa sha..husband cakap nanti kita juga dapat pahala free..hihih


Pahala Free

by on January 18, 2020
Pahala Free | Assalamualaikum, sekarang ni senang sangat kan nak dapat pahala free kan, buat-buat cerita dekat orang tanpa usul periksa..b...
Edan Bakal Jadi Abang Tahun ini | Assalamualaikum guys, tahniah edan bakal naik pangkat jadi abang long, alhamdulilah offically, sha nak story dekat blog yang sha mengandung anak kedua..yeahh..hihi kandungan alhamdulilah dah ke 2nd trimester dengan jayanya, walaupun dugaan mengandung kali ini sangat mencabar berbanding mengandungkan edan, itu ada masa nanti sha story panjang-panjang..apapun korang doakan sha dipermudahkan sepanjang mengandung dan bersalin InsyaAllah..




Assalamualaikum, happy new tear 2020 guys, sha tukar template lagi, haha kali ni fully pink, baru semangat sikit nak update blog kan..ok jom tidur hihi