6 Tahun Masuk Darjah 1

Bismillah, 
Assalamualaikum


6 Tahun Masuk Darjah 1 | Kenyataan ini telah diumumkan kemarin oleh Perdana Menteri Malaysia ketika pembentangan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dimana anak yang berumur 6 tahun yang dahulunya masih berpra sekolah kini boleh di masukkan ke tahun 1 unuk tahun depan 2027 secara sukarela, tiada paksaan untuk ibu bapa. 

Benda ni sudah lama dipraktikkan, konsepnya macam siapa yang pandai dia akan lompat naik 1 darjah, seingat sha masa umur 10 tahun, ada ja kawan lompat darjah. Memang advance la, kadang ada yang satu darjah dengan abang dan kakaknya, hebat.

Anak perempuan sha kedua ni yang sekarang berada di Pra sekolah 6 tahun, al kisahnya awal tahun tu dia memang nak sangat naik darjah 1, memang dia terikut dengan kawan-kawan baiknya yang mana semua sekarang berada di darjah 1, tapi kalau di tengok dari persediaannya, cikgu juga cakap dia dah boleh naik darjah 1


Tak dinafikan zaman sekarang budak-budak cepat pandai, itulah sebabnya silibus budak darjah 1 tak di capai dek akal ibu bapa. Serius, tahun lalu anak sha sulung masuk darjah 1 bagi sha subjek matematik, bahasa melayu dan sains merupakan subjek yang terlalu awal untuk masukkan KBAT, kemahiran berfikir, ini cuma pendapat sha la, ada juga anak yang advance tapi anak yang sedikit lemah akan ketinggalan. Sha ajar anak di rumah pun fikir ini kah silibus darjah 1?? 


Untuk kualiti dan kuantiti pula, tahun lalu kelas sekolah anak sha tahun 1 ada 4 kelas, setiap kelas cecah 40 orang, bayangkan kalau tahun depan ada ibu bapa daftarkan anak 6 tahun masuk darjah 1, berapa pula murid dalam kelas? adakah kelas mencukupi, sedangkan kelas anak sekolah sha cukup-cukup ja, belum cerita lagi prasarana nya yang daif..kualiti pembelajaran dalam kelas? adakah cikgu akan fokus kepada semua pelajar jika murid melebihi 50 orang, sejujurnya ini patut di ambil kira.


Meskipun tiada paksaan, tapi sikap bersaing dalam persekolahan anak itu wujud, anak umur 6 tahun sekarang dah boleh handle secara keseluruhan Majlis Apresiasi, dari MC, baca doa, ucapan, persembahan dan lain-lain, anak-anak kita semakin hebat kan, terharu rasanya bila mereka dapat capai sesuatu luar dari jangkaan. Mekap pun dah pandai pakai, rasa kerdil pula acik yang tak pandai pakai mekap hihi.

Bak kata orang, dahulunya anak masuk sekolah untuk pandai, sekarang anak kena pandai dulu baru masuk sekolah.






Post a Comment

0 Comments