Assalamualaikum
Hari Jumaat di Bandar Cukai, Terengganu | Kami bertolak dari Sandakan ke KL hari khamis, sampai ja KL, petang tu terus pergi ke Bandar Cukai, Terengganu, malam kami sampai, kami book hotel Shafura 3, confius jap sebab ada Shafura 1, 2 dan 3 hihi , seni bina hotel ini sangat cantik ya, ala-ala bangunan kerajaan, tak nampak macam sebuah hotel, parking ada disediakan betul-betul depan hotel..harga bilik queen pun boleh tahan RM120 untuk 1 malam tapi kalau untuk kami berempat memang tak muatlah, so husband book lagi bilik single untuk dia tidur haha.
terkejut juga time check in pihak hotel minta surat kahwin, nasib semua dokumen sha ada bawa. kalau nda kami terpaksalah tidur di kereta malam tu hihi. Esok paginya husband pergi meeting berdekatan dengan hotel, kami check out dan tunggu husband datang ambil.
gambar sumber dari google :)
Pagi tu kami bersarapan di Kedai Kopi Klasik Kemaman, sebab hari jumaat banyak kedai makan tutup, yang ni ja buka, itupun ramai orang, kami kena tunggu 15 minit untuk dapat tempat duduk.
Selepas tu, sementara menunggu baba siap kerja, kami round Kompleks Centre Point Kemaman..tak banyak juga kedai buka, jalan pun sunyi, so kami pergi lepak di Taman Bandar Cukai.
jumpalah dengan kawan baru, rancak bermain dan berbual adik ni tanya "awak cakap bahasa apa? " mungkin dia tak pernah dengar bahasa sabah hihi..










0 Comments
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)