Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall | beli barang elektrik online? Biar betul, tak takut kah bila sampai barang tu rosak pula ? Return  pula satu hal, kena pergi pejabat pos urus itu ini, postage tanggung sendiri tau, Itu ja bermain difikiran, iyala kita sudah beli barang mahal macam tu, bila sampai rosak pula tak kah rugi tu, membazir duit saja.


Baca Pengalaman beli glucometer (alat untuk check gula untuk ibu mengandung)


Sha dah beli macam-macam secara online termasuklah power bank, rak piring, speaker dan sha pernah memberanikan diri untuk beli handphone pada ketika dahulu, syukur rezeki sha belum pernah lagi barang yang sha beli sha pulangkan balik kepada tuannya, adapun sparepart skuter suami sha iaitu starter tidak berfungsi dengan baik, leceh kalau nak pulangkan so burn Rm50 lebih disitu.


Pernah juga sha beli secara online baju pajamas untuk eshal , sha siap bagi ukuran dekat seller sebab eshal kan masih baby, umur 4 bulan tapi baju tu sha min saiz yang besar sikit. Lama boleh pakai, bila sampai baju tu, kecil lah pula, seluar langsung tak muat, baju singkat dan lebar bila di cuci, kualiti baju tu tak berapa elok. Salah seller sha dah bagi ukuran tetap bagi salah size, tapi nak buat macam mana, suami cakap tiada rezeki, jadinya baju tu simpan dalam stor. Baru nak matching dengan edan.


Baca Pengalaman beli pump susu di shopee


Beberapa bulan yang lalu sha dapat voucher dari PG Mall, terfikir nak beli apa dalam website nya, agak lama jugalah sha survey, lastly decide nak beli bread toaster dan hair dryer. 


Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall


Al kisahnya sha nak beli bread toaster sebab sha dan suami suka sangat makan roti paun yang panjang tu, selalu bakar di kuali dan masak telur mata untuk sarapan pagi, jadi sha rasa better sha beli bread toaster, brand faber. memandangkan ada voucher free kan hihi


Hair dryer pula sebab sha ada hutang dengan suami, sha rosakkan hair dryer dia untuk keringkan baju setahun yang lalu haha..jadi ngam juga di PG Mall ada brand yang sama iaitu Philips warna dan design lebih kurang jugalah hitam, so sha cepat-cepatlah grab.





Postage setiap satu item RM20 so untuk 2 item adalah RM40 walaupun barang tersebut dari kedai yang sama. Pos ke Sandakan Sabah


Baca Pengalaman beli baju mengandung di SG shop


Dalam RM130 juga sha spend dekat PG Mall untuk 2 item termasuk postage bagi sha agak mahal juga jika sha bandingkan beli di website lain seperti shopee, postage free apabila beli barang minimum RM15 atau RM40 ikut kedai juga.


Tapi di PG Mall pun ada diskaun juga, sha dapat claim RM20 postage untuk pembelian RM100 ke atas so oklah memandangkan dapat voucher di PG mall, semua bayaran adalah free


Jadi sha proceed payment.


Lepas buat pembayran, nanti pihak PG Mall akan hantar notification pembayaran dan tracking no.  melalui email yang korang telah daftarkan. Dan seller sha ni guna pos J&T


Baca Pengalaman membida di Chilindo


Malangnya bila sha cuba untuk trace tracking no. Pada website j&t ianya invalid, status dalam order pula pending pickup. Setiap hari sha check status tetap sama juga. Aduhai takkan lah seller PG mall ni nak menipu pula, jadi sha try chat seller, button chat pada status order ada tapi not working, button helpline pun tiada..website PG mall ni agak lembap sikit bagi pandangan sha, tapi buyer banyak juga beli dekat situ maybe sebab dapat voucher ka apa sha pun kurang pasti




Jadi sha pergi item yang sha beli tu, ah jumpa pun button chat, cepat-cepat sha tanya dia nombor tracking tak dapat trace dia minta order nombor sha bagi la, nak reply  tu pun makan masa juga sampai situ ja dia balas


Leceh lah pula kan, tak mesra alam betul lah, tiba-tiba pagi tu j&t call sha minta alamat penuh, sha terpikir tak kan lah barang PG mall dah sampai? 


Eh betul lah barang dah sampai, tracking tak dapat trace, barang dah sampai syukurlah haha baru ja sha nak cancel nak cari seller lain.


Dengan laju nya sha buka parcel, tengok hair dryer cantik seperti dalam gambar dan berfungsi. Saiz pun ngam dengan tangan sha, senang pegang dan ringan di bawah kemana saja. Love sangat hihi






buka kotak bread toaster pula comel tapi ada retak sikit dekat tempat penekan tu, sha try berfungsi dengan baik juga, ini mesti retak semasa penghantaran, sebab kotak kemek sikit, bolehlah asalkan berfungsi dan tak bahaya kalau digunakan.





Dua-dua barang ni ada warranty card jangan risau kalau rosak boleh return. Dan yang paling penting ada chop sirim..

So guys itu saja pengalaman sha beli barang elektrik secara online..mudah2an ada rezeki untuk beli lagi kali ni wishlist nak beli vacum robot tu..hihi doa kan







Assalamualaikum


Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain | Orang live di facebook boleh pula tengok sambil buka apps lain kan, kenapa youtube tak boleh ya? Tak semua apps muzik ada lagu kegemaran kita macam dekat youtube, sha suka dengar lagu di youtube dari dulu sampai sekarang walaupun boleh ja download lagu tu dekat 4shared hihi, maklumlah sha guna unifi, buat apa nak download kan haha kidding tapi akhir-akhir ni sha beralih kepada apps joox 


Tapi apps ni pula kena ada coin baru dapat mainkan lagu kegemaran, macam mana cara nak dapatkan coin, kalau tak silap sha, korang boleh karaoke atau nyanyi balik lagu artis banyak-banyak nanti akan dapat kumpul coin atau jadi VIP sha tak pandai sangat joox ni, sha cari ja lagu yang ada lepas tu mainkan, nanti lagu akan berganti dengan sendirinya. Yang bestnya ada lirik lagu, jadi lah dengar sambil nyanyi dakam bilik untuk hilangkan bosan.





Youtube pula masalahnya bila main lagu dekat situ tak boleh kasih off screen handphone dan kalau ada mesej masuk pun kita tak boleh keluar dari apps youtube tu, lecehlah youtube ni hihi bagi sha apps joox lagi bagus berbanding youtube, kurang iklan sikit tapi bila dah iklan datang tak boleh nak padam pula, macam iklan baru-baru ni, shopee shopee sebelas sebelas, haha dah terhafal pula jadinya..tapi iklan bulan 12 ni macam tak best pula haha..


Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain


Kiranya sha dah fade up la ni nak dengar lagu dekat youtube dah, tapi hari ni, sha buka facebook macam tahu ja kan perasaan sha haha muncul lah pula post tentang Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain, tengok macam senang ja, eh memang senanglah tak perlu install apa-apa apps pun cuma perlu setting sikit ja dekat browser yang korang guna sekarang, macam sha, guna chrome ja..meh sha tunjuk melalui gambar.


Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain




1. Buka browser kamu, sha pakai chrome, dan taip youtube.


2. Pergi setting, klik pada DESKTOP SITE


3. Buka web site youtube dan pergi setting lagi, klik pada DESKTOP SITE




4. So sekarang view youtube pada phone kamu akan jadi seperti kamu buka di laptop bukan? ok cuba kamu mainkan apa-apa lagu dan pergi ke home pada phone kamu, jangan tekan back ya


Bila sudah siap semua step, try untuk keluar dari google, muzik dari youtube akan berhenti, pergi home notification, dan tekan button play macam gambar diatas ini. Sha guna phone model oppo rasanya semua setting handphone sama ja kan.

begitulah cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain, senang bukan..

Tapi kalau korang perasan kan, bila main lagu dekat youtube ni rasa macam volume nya agak perlahan sikit berbanding main lagu dekat apps youtube.


Tapi suka koranglah mana apps yang korang pilih, sha tahu bukan youtube ja apps korang ada di dalam phone kan, tapi apps youtube ni memang sedia ada dalam phone jadi senang tak perlu tambah space 


Selamat mencuba

Cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh





Terkejut bila bangun pagi tengok  signal telephone tiada, ah sudah, teringat tentang mesej amaran dari telco seminggu yang lepas, Your account validity period is over. Please Topup before your SIM expiration date 18-NOV-2020 tapi dibiarkan dan terus lupa sehingga hari tamat tempoh baru rasa menyesalnya tak topup hari itu. Kalau korang pengguna telco tune talk, Korang jangan risau sha ada cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh.


Sha baru sahaja lalui sakitnya hati apabila signal telephone yang hanya paparkan tanda pangkah merah, apatah lagi nombor tersebut penting di mana semua urusan menggunakan nombor ini, termasuklah pengesahan TAC bank, jadi semua urusan pembayaran hari ini tidak dapat diteruskan. Nampak tak korang, dah jadi masalah pula kan.





Disebabkan di rumah sha guna unifi, jadi memang jarang sangat nak topup kredit nombor tune talk sha itu, kalau diluar pula sha guna nombor yang lain, telco Digi, sebab pelan Digi sangat murah, dan boleh renew lifetime  dengan hanya RM1 sehari sahaja, best kan. Sha dah lama terpikir nak tukar ke telco Digi tapi sebab covid ini susah sikit nak berjalan. Lepas ini sha akan tukar kepada Digi, coverage pun ok walaupun hanya segelintir tempat saja haha.


Jadi nak dipendekkan cerita, sha pun cuba untuk topup nombor tersebut, dengan harapan signal kembali muncul, namun hampa. Nombor tersebut tidak wujud, maksudnya nombor itu memang tamat tempoh.


Cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh


Pertama korang jangan cemas atau pikir apa-apa yang negatif, sebabnya nombor yang baru sahaja tamat tempoh boleh dapatkan semua tapi ada beberapa perkara yang korang perlu ikut. Ianya mudah saja dalam masa 24jam pasti korang akan dapat balik nombor tersebut.


Register sendiri di rumah


Kalau korang nak buat sendiri di rumah boleh saja, caranya korang dapatkan simkad di kedai dengan harga RM5, install aplikasi tune talk, scan ic dan aktifkan sim kad tersebut, ini semua korang boleh tengok dekat kit sim kad yang korang beli tadi.


Kemudian topup RM50 pada nombor tune talk baru ya, sebab kalau nak ambil semula nombor tune talk yang lama, kena pilih dulu nombor tune talk yang baru untuk sementara sahaja selama 24-48 jam daam tempoh masa bekerja, lepas tu korang pergi live chat untuk pengaktifan, topup nombor baru dan live chat korang boleh pergi ke aplikasi tune talk.


Kena ikut semua cara diatas baru boleh live chat.


Korang chatlah saya nak dapatkan nombor yang telah tamat tempoh, jadi dia akan minta kad pengenalan dan nama untuk pengesahan, pastikan nombor yang korang nak ambil balik itu atas nama dan kad pengenalan jadi senang kerja kan hihi. 


Kemudian dia akan minta nombor serial pada sim kad korang, ianya ada pada belakang sim kad tune talk yang baru korang beli, tolong jangan buang, kalau ada masalah nanti boleh rujuk balik, sha snap ja letak dalam phone hihi


Dan akhir sekali dia akan balas pengaktifan dalam masa 24-48 jam waktu bekerja, selama waktu ini korang akan pakai nombor tune talk yang baru, lepas dari waktu itu, nombor tune talk yang lama akan diaktifkan semula, dan boleh pakai macam biasa. Tapi untuk nombor sha hanya makan masa tak sampai 24 jam pun bangun pagi check aplikasi dah tertera nombor lama, alhamdulilah lega sikit hati hihi.


Tapi kemarin sha dah terlampau risau kan jadinya sha tak buat sendiri dirumah, sha cari ejen tune talk berdekatan untuk dapatkan semula nombor telephone tune talk yang telah tamat tempoh, sha search ejen tune talk di group sandakankini, dan terus mesej tanya bolehkah dia dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh dan dia pun balas boleh puan.





Disebabkan musim covid meningkat di Sandakan Sabah, sha ambil keputusan untuk menggunakan khidmat ejen tune talk, jadi sha tak perlu ke kedai untuk membeli sim kad dan urus pendaftaran tersebut, ianya free dan hanya bayar harga sim kad sahaja.


Untuk pengetahuan kamu semua pengguna tune talk tempoh sah kredit tune talk adalah selama 45 hari sahaja, jadi kalau kamu tidak topup selama tempoh itu, maka nombor kamu akan tamat tempoh.


Sebenarnya cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh di atas sangat mudah dan korang boleh sendiri di rumah, dan ejen tersebut boleh saja tunjukkan caranya tanpa perlu tolong daftarkan untuk sha, tapi rezeki sha dapat orang yang boleh tolong selesaikan masalah ini pun sha dah bersyukur tau..


Terima kasih Sis Shyna dan husband tolong daftarkan nombor tune talk, walaupun datang jauh dari Kg bahagia ke Taman sejati, batu 7. Semoga murah rezeki tolong orang yang susah.


Oh ya, nanti bila dah bertukar ke nombor yang lama, pihak tune talk akan call bagitahu, mana lah tau kan korang lupa hihi.


Bercakap tentang lupa, husband sha pun lupa nak topup nombor tune talk dia dan nombor dah lama expired, aduhai kenapalah kami berdua ni kan..ini mesti sebab pakai dua nombor sampai lupa nak topup nombor tune talk. Dan untuk aktifkan nombor husband, sha guna khidmat ejen tune talk yang sama juga, jadi tak perlu semak fikiran hihi besok baru ambil sim kad husband.


Di Sandakan, rasanya tiada kiosh tune talk jadi memang susah untuk pengguna tune talk berurusan, kena cari ejen baru dapat selesaikan. Tapi kalau nak tukar telco lain ke tune talk boleh juga buat sendiri di aplikasi atau cari ejen berdekatan korang. Sha hari tu tukar telco dengan ejen dapat free sim kad, siap dia daftarkan sekali. Tapi ejen tu jauh di batu 32 kena cari masa sesuai baru dapat cod. Itu yang sha cari area Sandakan cepat dapat.


Yang bestnya tune talk ni pelan RM48 unlimited data dan call sebulan dan hotspot 5GB, dulu sebelum guna unifi kami guna pelan ini, puas hati sangat data tak pernah habis, call bila-bila masa dan siapa sahaja, tapi sejak pindah ke rumah sekarang ini, line pula masalah, jadi kami terpaksa ambil unifi pakej RM89 sebulan semua orang boleh pakai itu yang lupa nak topup nombor tune talk hihi


Untuk telco lain korang boleh pergi ke kiosk berdekatan, untuk dapatkan nombor yang sudah lama tamat tempoh masih boleh selagi nombor itu belum dipakai orang lain.


Nombor sha ini sha pakai dari tahun 2008 sampai sekarang setia sha guna bukan apa sebab apa-apa memang akan daftarkan ke nombor ini, kawan senang cari sebab guna 1 nombor ja, lagipun nombor sha ni senang ingat jadi sayang pula kalau dah tak boleh guna kan,


sha dulu pernah juga sim kad maxis tamat tempoh, cara nay sama ja sha pergi centre ambil balik nombor tu, musim pkp ni call ja operater, nanti diorang akan hantar sim kad melalui pos.


Dah banyak kali tukar telco, semua telco sha pernah pakai haha dari maxis, digi, tune talk, celcom, xox, umobile tetap pakai nombor yang sama. 


Itu saja untuk entry kali ini, semoga bermanfaat buat semua.






5 Tips Pesan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah 


Berkerja terutama di bandar kota raya besar seperti Kuala Lumpur, benar-benar menguji bukan saja dari segi pengurusan kerja supaya semuanya siap sebelum pulang ke rumah tetapi juga pengurusan masa sewaktu pergi dan juga pulang. Kadangkala badan terasa sangat penat hinggakan bila tiba di rumah, sudah tak peduli rasa lapar dan terus baring untuk tidur lepaskan lelah.


Jika orang bujang mungkin boleh dianggap tidak mengapa, terasa lapar sangat bangun makan roti dan mee segera pun dah okay, tetapi bagaimana dikalangan mereka yang punya keluarga. Isteri yang berkerja pasti perlu fikirkan perasaan dan makan minum suami manakala ibu yang berkerjaya pula pasti perlu fikirkan kehendak anak-anak juga.


Hendak keluar makan di luar memang boleh, tapi sekarang dengan adanya corona virus ini, rasanya sudah tidak sesuai lagi. Bahaya untuk keluar bersama keluarga walau hanya untuk pergi makan. 



Oleh kerana itu, bersesuaian dengan teknologi yang semakin berintegrasi di dalam aktiviti seharian kita ini, ada baiknya kita memilih jalan yang paling mudah dan terbaik. Tambahan pula, banyak perniagaan telah menemui lebih banyak cara untuk menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan salah satu daripada trend yang semakin meningkat adalah pesanan dan penghantaran makanan secara atas talian (online). 


Zaman sekarang ini sudah menjadi perkara biasa untuk memesan makanan dalam talian dan menghantarnya sehingga terus ke depan pintu rumah daripada pergi ke restoran dan duduk makan di sana seperti dulu. Peningkatan gaya hidup seperti ini kebanyakannya didorong oleh generasi muda yang bergantung pada aplikasi dan perkhidmatan ekonomi semasa. 


Buktinya, menurut USA Today, penyelidikan baru-baru ini mendapati bahawa 77 peratus dari kalangan anak muda di sana hari ini telah menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dalam 90 hari terakhir, yang merupakan 26 peratus lebih banyak daripada semua pengunjung di Amerika Syarikat. 



Di Malaysia ini sendiri, semakin hari semakin ramai yang suka menggunakan servis pesanan dan penghantaran ke rumah. Tidak hanya untuk makanan saja malah semakin meluas dengan penghantaran lain termasuk barangan runcit untuk keperluan dapur dan rumah serta barangan keperluan harian bayi seperti lampin pakai buang dan lain-lain lagi. 


Bagi anda yang masih baru dengan servis pesanan dan penghantaran makanan secara online ini, berikut adalah beberapa petua bagus yang boleh diikuti untuk memastikan anda mempunyai pengalaman terbaik semasa memesan makanan secara online ini. 


#1 - Pesan Makanan Dalam Talian Lebih awal Supaya Sedia Semasa Pulang


Ramai orang menggunakan penghantaran makanan sebagai pilihan kerana tidak mahu memasak atau letih setelah bekerja. Namun, jika anda merancang lebih awal, anda dan keluarga tidak akan merasa lapar untuk menunggu makanan dalam tempoh yang sangat lama. 


Caranya, anda hendaklah memesan makanan sebelum keluar bekerja pada hari tersebut atau sementara anda sedang menunggu untuk menjemput anak-anak dari sekolah. Ini kerana sebilangan besar perkhidmatan penghantaran makanan ini memberikan anggaran masa penghantaran dalam tempoh 30 minit sehingga ke 1 jam lamanya. Kadangkala boleh memakan masa yang lebih lama dari itu. 


Maka, sekiranya anda tahu akan pulang sekitar jam 6:00 petang, mulakan pencarian makanan dan terus buat pesanan online sekitar jam 4:45 atau 5:00 petang. 


Sekiranya anda risau kalau-kalau makanan tiba lebih awal, boleh buat bayaran secara online dan tinggalkan pesanan supaya makanan tersebut diletakkan pada ruangan beranda jika tidak ada orang yang menjawab salam dan membukakan pintu.


#2 - Buat Pesanan Sebelum Tiba Rasa Lapar Yang Kemuncak 


Merancang penghantaran makanan juga dapat memberi manfaat kepada kesihatan. Sebagai contoh, sekiranya ingin makan lebih sihat atau menurunkan berat badan, boleh jadualkan penghantaran terlebih dahulu dengan membuat pesanan makanan yang kurang kolestrol, salad atau pilihan rendah kalori yang lain. 


Penting juga untuk buat pesanan sebelum tiba rasa lapar yang amat sangat kerana semakin lapar, bermaksud semakin banyak makanan yang diinginkan. 



#3 - Berikan Petunjuk Arah Penghantaran Yang Jelas


Sangat penting untuk membuat penghantaran semudah mungkin bagi pemandu yang akan menghantar makanan untuk anda. Tinggalkan petunjuk yang jelas semasa proses pesanan kerana sekiranya pemandu tidak mengenali persekitaran tempat tinggal anda itu, ia amat membantunya semasa melakukan proses penghantaran tersebut. 


Lebih baik, sertakan sekali petunjuk yang lebih detail seperti pintu dengan pintu berwarna merah, pagar berwarna hitam dengan jenis dan warna kereta yang ada di dalam pagar. Dan jika anda mempunyai anak-anak yang sedang tidur dan anda tidak mahu membangunkan mereka, tinggalkan juga nota arahan agar pemandu mengetuk pintu dan bukannya membunyikan loceng pintu tatkala tiba nanti. 


#4 - Buka Lampu Luar Jika Keadaan Sedikit Gelap


Penting juga untuk mempermudahkan pemandu anda setelah mereka sampai di rumah anda. Pastikan tidak ada halangan yang menghalangnya masuk ke pintu seperti haiwan peliharaan dan sampah. Pastikan juga bahagian luar rumah anda cukup terang dan mudah dilihat jika penghantaran tersebut pada waktu malam atau mungkin dalam keadaan gelap yang akan hujan. 


Ini bagi membantu pemandu mencari alamat yang betul dan sampai ke pintu rumah anda dengan lebih cepat. Pemandu juga ingin merasa selamat ketika menghantar, jadi pencahayaan yang tepat akan memastikan mereka tahu ke mana harus pergi dan dapat melihat siapa yang mengambil pesanan tersebut. 


#5 - Apa Salahnya Beri Sedikit Tip Sebagai Tanda Berterima Kasih 


Sebilangan besar pemandu penghantaran bergantung pada tip yang diberikan oleh pelanggan untuk memastikan mereka mendapat upah yang lebih. Pemandu juga akan dengan senang hati mengambil wang tunai, kerana ini adalah pembayaran segera, dan bukannya menunggu untuk dibayar oleh perkhidmatan pesanan. 


Menurut Glamour Magazine, pemberian 15-20% tip adalah tahap standard untuk pesanan makanan yang besar seperti beberapa pizza atau set makanan untuk beberapa orang. Sebaiknya beri lebih tip jika pesanan untuk penghantaran tersebut kebetulan dilakukan dalam cuaca yang agak buruk. 



Dengan pemberian tip seperti ini, jika buat pesanan lagi di lain kali, si penghantar pasti berasa senang hati untuk memberikan perkhidmatan di tahap yang paling baik.


Foodpanda Sedia Memberikan Perkhidmatan Pesanan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah


Di Malaysia ada banyak pihak yang menawarkan servis online food delivery. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda. Dengan Foodpanda ini ada pelbagai jenis makanan yang boleh di pesan. Caranya juga mudah. Hanya perlu memuat turun aplikasi Foodpanda di handphone masing-masing, sudah boleh membuat pesanan mengikut jenis makanan yang dikehendaki. 


Caj penghantaran juga sangat berbaloi dan menjimatkan berbanding perlu memandu sendiri ke mana-mana kedai untuk membeli makanan. Tambahan pula lepas balik berkerja tentu mahu rehat dan duduk makan dengan tenang sambil melepaskan lelah selepas seharian berpenat lelah di pejabat dan sebagainya.