Assalamualaikum
Kedai Gunting Rambut Murah Di Sandakan | hari ni bawa anak gunting rambut sebab isnin sekolah dah start, memandangkan kereta saga di taman mawar tempat ipar sha, so dari batu 12 sha kena naik bas sampai bataras batu 6 baru naik grab ke taman mawar batu 5, dekat ja tapi nak jimat dan bagi budak2 ni sekali sekala naik bas hahaha..rasakan..
part tunggu bas tu diorang dah membebel sebab hampir sejam juga tunggu, ada 2 bas lalu sebab full, dengan tengah hari panas kan.. budak-budak ni mana lah erti duduk diam..ada ja dorang buat..so dah sampai bas, dari batu 12 ke bataras rm3 seorang, budak 2 orang ni free, yang si adik siap boleh tidur lagi..mula2 aktif dan excited..lama2 jadi menagntuk sebab bas ada aircond..
sampai bataras order grab ke taman mawar harga rm6 lepas dapat kereta terus drive ke sejati flat untuk urusan gunting rambut, sha memang selalu bawa anak gunting rambut disini memang murah dari tempat lain, service pun tip top, dan tak ramai orang..kedai gunting rambut sebaris wangi, sebelah wedrink, lapar boleh tapau kuih depan wangi..sedap-sedap kuih disitu.
untuk harga gunting rambut budak sekolah RM7, dewasa RM10 naik RM1 dulu baru RM6 tapi still murah lagi..jika dibandingkan dengan harga kedai gunting di sejati walk..kedai kecil ja tapi matlamat tetap sama nak gunting rambut bagi kemas
cumanya baru naik poster pemberitahuan yang budak-budak sekolah area batu 12 ni ada free gunting rambut di pekan muhibah besok (ahad), so siapa2 yang berada dibatu 12 bolehlah bawa anak lelaki ke sana besok untuk gunting rambut free.




0 Comments
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)