Assalamualaikum
Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Anjuran KEMAS | Pada ogos 2025, adalah titik permulaan sha mengikuti kursus anjuran KEMAS, masa tu sha ikut kursus kemahiran jangka pendek (KKJP) kemahiran komputer (kursus photo phone) selama 3 hari di area perumahan sha. Kursus ini adalah percuma dan targetnya adalah suri rumah atau pelajar lepas sekolah. Kursus yang akan datang ini adalah long term, selama setahun dan pendaftaran sebanyak RM10 diadakan seminggu sekali, merangkumi kursus asas jahitan, masakan, make up, kraf tangan dan lain-lain. Bahan-bahan mungkin berbayar, sha tak tahu lagi tapi macam mesin jahit tu cikgu ada sediakan juga.
kursus kemahiran jangka pendek (KKJP) kemahiran komputer (kursus photo phone) tempoh hari sha dan anak buah sha dapat hadiah sebab memang poster terbaik. Selain itu juga sha dapat beberapa goodies berupa selfie pod, beg sandang, file dan pendrive.
best join kursus begini selain dapat ilmu baru, dapat ramai kawan, kursus ni free makan dan kalau nak pulang atur anak ke sekolah cikgu yang mengajar pun ok ja, asal jangan balik rumah teruslah hihi..
Tempat korang ada kursus sebegini tak? jom share


0 Comments
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)