Duduk dirumah tidak lagi membosankan dengan 150 pilihan game online percuma Main Sampai Puas

Bismillah, 
Assalamualaikum




Duduk Dirumah Tidak Lagi Membosankan Dengan 150 Pilihan Game Online Percuma Main Sampai Puas | Hari ini adalah hari ke lapan kita duduk dirumah sejak kerajaan mengumumkan untuk lock down, sudah seminggu duduk dirumah, ini antara suatu hikmah untuk kita berehat dirumah, banyak benda yang kita boleh buat termasuklah kemas rumah, bercucuk tanam, dekorasi rumah dan sebagainya. Pasti ramai tahu main game juga boleh mengisi waktu lapang jika kena tempatnya.

Pengaturan masa yang baik adalah penting bagi seseorang untuk menangani masalah stress duduk dirumah. Kita patut cuba jalani kehidupan yang sihat dengan adanya perancangan jadual harian yang berkualiti. Isilah jadual harian korang dengan bermain game selama 20 minit hingga 1 jam sehari. 

Mengimbau kenangan sewaktu jadi kanak-kanak

Kalau sha ingat balik zaman kanak-kanak dahulu, tahun 90an begitu, jadi kanak-kanak adalah sesuatu perkara yang sangat best, tiada tekanan, pikir nak main ja, bangun tidur, mandi, makan, jalan pergi rumah kawan, balik rumah dah petang, biasalah zaman dulu komunikasi secara bersemuka sangat luas dan tiada batasnya. 


sumber : google

Sha pernah ada kawan yang kira berada jugalah, mak bapa dia mampu beli mainan macam brick game, video game yang guna tape tu, yang kami ni cuma menumpang ja pinjam sekejap dapatlah merasa happy nya main game hihi, dapat tengok dengan dekat pun dah kira beruntung tau..yang adik dia perempuan pula, ada barbie doll, siap ada kitchen set lagi, sha cuma ada patung kertas ja itu pun dah rasa bersyukur sangat. 

Bosan duduk dirumah, boleh lepak rumah kawan, sha perempuan pun siap panjat pokok ambil jambu, tapi turun tak pandai haha, aduhai aktif sangat, sha ingat lagi sha pernah dikejar kambing lepas tu panjat pokok, teriak sebab tak pandai turun haha, tiada istilah bosan duduk dirumah sebab dulu mana ada pkp macam sekarang, kalau pun ada banyak aktiviti di dalam rumah boleh buat, handphone masa tu belum ada lagi, jadi sha lebih banyak habiskan masa dengan membaca novel, time tu sha tingkatan 3 tapi dah habis baca novel tingkatan 5 hihi, start situ sha suka dengan sastera.

Sekarang banyak pilihan game online yang korang boleh dapat secara percuma, layari plays.org di laman web ini korang boleh akses game melalui laptop, PC, TV yang mempunyai sambungan internet dan Handphone. Setiap orang mempunyai salah satu device ini, jadi korang tiada alasan untuk merasa bosan bila duduk dirumah.


Kenapa perlu bermain game di Plays.org

Game yang ada di laman web ini sangat mengimbau kenangan di tahun 90an, sebijik betul game yang sha pernah main pada 20 tahun yang lalu, serius sha rindu sangat zaman jadi budak, lagipun dalam laman web plays.org ini terdapat 150 pilihan game online percuma yang korang boleh main bila-bila masa dan dimana jua korang berada. Main sampai puas tapi jangan lupa ikut jadual masing-masing ya hihi.

Kadang nak mula main game online secara percuma ini, kena daftar dulu kan, tapi yang best tentang laman web game yang sha cakap ini, korang tak perlu daftar untuk bermain di laman web tersebut..biar betul? Betullah..masuk ja laman web plays.org korang terus pilih game apa yang korang nak main.

Tak perlu download, tiada iklan dan senang akses

Lagi satu, main game ini tak perlu download aplikasi, kita boleh main directly melalui laman web tu, senang nya kerja, tak perlu penuhkan storage handphone, dahlah handphone sha full dengan gambar dan video anak, anak sha baru 2 ya hihi, lagi pula kalau download aplikasi game dekat handphone, anak sha yang seorang ni dah pandai cari game dekat handphone, game mana yang tak makan data, kalau dibiar main game pula pandai berpindah arah, habis semua kata-kata alien dia hantar dekat whatsapp kawan-kawan :)

Main sampai puas tanpa ada iklan, jarang betul atau langsung tak pernah jumpa game yang kita main secara percuma yang tiada iklan, adapun setiap kali main tak sampai 1 level up dah keluar iklan, lama pula tu ada yang sampai 30 saat, menunggulah kita dengan sabar ya, sampai ada tanda x itupun kalau klik awal melepas point percuma haha, sha main game waktu anak tidur ya, ibu patut main game untuk hilangkan stress, tapi bila dah banyak sangat iklan muncul mana tak stress,  good bye lah jawabnya kan.

Apabila laman web yang tiada iklan, maka browser akan jadi sangat ringan, maksud sha, bila kita buka laman web tu, kita senang akses, tidak payah tunggu loading sampai 100%, pilih ja game yang korang nak main dengan senang hati sebab game nya sangat lightweight melainkan internet korang dah nak habis lah hihi



Game legend, kadang kita lupa cara nak main, kalau korang jenis yang skema, laman web ni ada sediakan cara-cara bermain game tersebut tapi sha jenis yang hantam sajala, bukannya bayar pun haha..Selain dari itu, ada disediakan rating untuk design, tahap kesusahan game tersebut dan rate orang yang main balik game tu, ini untuk korang yang dah tak tahu nak main apa, boleh rujuk pada rating replay hihi. Kalau bosan main 1 orang, boleh ajak anak atau suami main game sama-sama, ada disediakan juga game yang boleh main 2 orang. Jadi meriah sikit rumah tangga kan hihi.

Favorite game dalam plays.org





150 game percuma, mata siapa yang tidak rambang, sampai habis lockdown pun belum habis 150 game tu, tapi sha dari dulu sampai sekarang memang minat game pin ball, kalau main di laptop, sha pandai jadi naga sekejap, sebab penat tekan tetikus bola pandai terlepas, tapi bila main di handphone, boleh cipta rekod baru haha..lagipun dah upgrade dah siap ada space adventure lagi pin ball nya..tapi ada juga game yang hanya support pada PC, tidak pada handphone, korang skip ja apa susah, banyak lagi game korang boleh pilih, sha suka main di handphone ja, 150 pilihan game online percuma, boleh main sampai puas hihi

Duduk dirumah tidak lagi membosankan dengan 150 pilihan game online percuma



Banyak lagi sebenarnya game pilihan sha, yang pastinya apabila kita bermain game dalam laman web ini, ia mengajar kita berfikir secara logik, selain dari hilangkan stress lah duduk rumah 2 minggu kan korang boleh main game ini pula, 

Tambahan lagi, korang kena pandailah atur masa, jangan hidup fokus dengan game ja sehingga hilang orang sekeliling, kesian dekat family, dorang yang bayar wifi tau haha, duduk dirumah tidak lagi membosankan dengan 150 pilihan game online percuma, main sampai puas
Bismillah, 
Assalamualaikum


Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan | Umur berapakah sepatutnya untuk bayi perempuan bersunat? persoalan ini sangat biasa bagi ibu bapa yang baru mendapat anak perempuan, ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa tahu mengenai bersunat dan juga kelebihan bersunat bagi bayi perempuan dari segi Agama Islam.

Bersunat bagi anak lelaki kita memang biasa dengar apatah lagi ketika anak lelaki sudah mulai memasuki usia 12 tahun, pada zaman dahulu, kenduri doa selamat akan diadakan dan bidan kampung akan dipanggil untuk upacara bersunat, kebiasaanya kalau buat dikampung memang akan dibuat bersunat beramai-ramai, tapi zaman sekarang ramai yang buat diklinik swasta sahaja. Macam mana pula dengan bersunat bagi bayi perempuan?

Sunat Bayi Perempuan Menurut Islam

Berkhatan / Berkhitan / Bersunat adalah proses yang melibatkan pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bayi perempuan. Bahagian yang dipotong itu sebenarnya kecil sahaja dan ianya sangat berbeza dengan bersunat pada anak lelaki yang seperti kita dengar sebelum ini. 

Berapa umur yang paling sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan? 

Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah lebih sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan dan selalunya ibu-bapa akan membawa bayi perempuan mereka bersunat selepas si ibu habis tempoh berpantang pada 44 hari ke atas. Bagi anak perempuan sha, sebenarnya sudah lama sha rancang untuk sunatkan dia sejak usia 3 bulan lagi, sebab dengar orang cakap lambat sunat nanti susah sikit, kita pula yang tak senang tidur hihi, tapi alhamdulilah eshal selesai bersunat ketika umurnya 10 bulan, semuanya dipermudahkan.

Bersunat di Klinik Swasta atau Di Rumah Bidan?

Baru sha terfikir kenapa tidak sha sunat eshal diklinik saja memandangkan sekarang pun kes covid meningkat, bawa baby pun banyak risiko kalau kita mau buat dirumah bidan. Lagipun sha sudah tanya bidan, kena sediakan barang macam kain sarung, kain putih lilin, dan pengeras, macam leceh kan banyak kena sediakan. Dan proses bersunat di rumah bidan ini sha tidak tahu, mungkin ada ibu-ibu tahu boleh kongsikan di laman komen :) 

Jika bersunat di klinik swasta kena ikut polisi klinik tersebut, mereka akan tanya dulu usia bayi, ada yang mengambil dari usia 3 bulan kebawah ada juga klinik yang hanya mengambil dari usia 6 bulan keatas. Dan pastikan sebelum korang gerak pergi klinik, korang telephone dahulu ya. 

Bayaran mengikut klinik tersebut, macam Klinik Syifa Batu 6 IJM Sandakan, bayaran hanya RM 20 untuk seorang, proses pemotongan sangatlah mudah dan cepat, doktor hanya bagitahu dia akan lukakan sedikit pada atas faraj sahaja sehingga keluar darah sedikit kemudian siap. Proses bersunat di klinik swasta bagi bayi perempuan tidak melibatkan bius kecuali umur budak tersebut sudah besar.

Awalnya sha takut sebab ini anak perempuan pertama, jadi sha tutup mata bila eshal disunatkan, dalam fikiran sha darah akan keluar memancut-mancut haha..tapi doktor cakap tidaklah, asal ada sedikit darah keluar itu sudah cukup, lega hati sha hihi.

Pastikan bayi korang berada dalam keadaan sihat, tidak demam atau mempunyai masalah lain, jika ada boleh tangguhkan sehingga dia betul-betul sihat. Jika ada keraguaan berkaitan umur yang sesuai, boleh bertanya doktor terlebih dahulu. 

Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan Dari Segi Agama Islam

Bersunat bagi bayi perempuan akan membari manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antara kelebihan bersunat, ianya menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang dari pelbagai penyakit.

Bersunat juga dapat membawa kesempurnaan pada agama, keindahan dan meluruskan syahwat. 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud : “Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.” (Direkodkan oleh Al-Baihaqi)

Penjagaan Selepas Bayi Perempuan Bersunat

Berbeza dengan bersunat bagi lelaki, bayi perempuan biasanya mengambil masa yang cepat untuk pulih disebabkan hanya potongan kecil pada bahagian kemaluan nya. Jadi bayi perempuan biasanya akan bergerak aktif selepas bersunat. 

Sebelum pergi ke klinik pastikan lampin bayi dalam keadaan kering, selepas disunat, doktor akan menahan darah dengan kapas selepas itu darah tidak lagi keluar, cuma perlu ditekankan faktor kebersihan terutamanya dalam hal menukar lampin.

Selesai urusan bersunat bagi bayi perempuan, dengan entry ini sha baru tahu kelebihan bersunat menurut Islam, bila ada anak perempuan baru dapat ilmu baru, tapi kalau korang tiada anak perempuan bolehlah hebahkan kepada keluarga, teman atau jiran, semoga bermanfaat buat semua dan dipermudahkan urusan korang :)