Mesin Basuh Berjasa 7 Tahun

Bismillah, 
Assalamualaikum

Mesin Basuh Berjasa 7 Tahun | Hari ini, maka berakhirlah perkhidmatan mesin basuh manual jenama midea yang sha beli pada tahun 2019, selama 7 tahun dia berjasa membantu menyenangkan kerja sha sebagai suri rumah walaupun sepanjang tempoh itu sebanyak 2 kali dia rosak, itu pun masih under warranty dan pada tahun lalu dia rosak pun sha masih boleh baiki sendiri





Boleh baca entry yang sha kongsikan tentang Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

Sha ingat lagi sha terpaksa beli mesin basuh manual ini sebab sha memang cuci pakai tangan, bila menjemur air menitik terkena pakcik tingkat bawah, masa itu anak baru satu, jadi ada ja masa cuci pakai tangan, tapi ia lah dulu-dulu kan baru kahwin semua nak jimat, 1 bulan beli mesin baru, bulan seterusnya beli peti sejuk, ada duit beli tv pula, alhamdulilah walaupun tak lengkap perabut dalam rumah, tapi rasa happy sebab dah ada rumah sendiri.

Sebenarnya sha dah lama menyimpan niat mau tukar mesin basuh ini ke automatik, salah satunya tak perlu jaga kain, tunggu siap ja, tapi niat sha tu memang  nak tunggu mesin basuh manual ni rosak sepenuhnya baru ganti, kita nak berjimat sekali gus tak nak membazir..dan hari ini dia rosak, terus zup suami pergi kedai cari mesin baru..

Dulu mesin basuh manual ni kami beli di Chung Hwa kedai elektrik di Bandar indah jaya batu 4, sandakan. Kebanyakan barang elektrik sha akan beli sini, memang murah dan ada penghantaran. Kali ini beli juga di kedai ni, sha beli jenama Morgan 10kg dalam RM839 harga promosi awal tahun. Jenama ni pun kira tak asing jugalah sebab ianya buatan Malaysia, banyak lagi peralatan elektrik Morgan keluarkan seperti peti sejuk, oven, pemanggang dan lain-lain, tak nafikan jenama lain ok, tapi siapa lagi nak support barangan sendiri kalau bukan kita. hihi

mesin basuh korang jenama apa? dan dah berapa tahun dah korang pakai?? jom share dengan sha..

Post a Comment

0 Comments