Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Bismillah, 
Assalamualaikum




Pengalaman Menjual Makanan dan Minuman Di bulan Ramadhan | Teruja sha bila diberi peluang untuk menjual makanan dan minuman di bulan Ramadhan, sebabnya ini adalah kali pertama sha berjual secara face to face, selalunya sha jual secara online saja dan impian sha tercapai.

Tahun ni sha berpuasa di rumah mertua, memandangkan suami sha cuti panjang, so kami plan akan tinggal di beluran (kampungnya) sepanjang dia cuti. Dan paling sha dah lama plan dengan ipar sha adalah berjualan untuk juadah sungkai (berbuka puasa)

Pengalaman menjual makanan dan minuman di bulan ramadhan agak mencabar juga memandangkan ramai juga orang kampung suami turut berjual. Awalnya sha buat kek coklat dan puteri mandi jualan habis sha dapat dalam RM20 lebih. Sha pun bukan pandai buat kuih sangat haha.

Bila dah order tepung waffle, pendapatan sha bertambah sedikit demi sedikit, alhamdulilah rasa teruja sangat hihi. Sha buat 10 biji waffle setiap hari dengan harga RM2 satu biji belah 2, semua habis, paling pun tak laku 1 2 biji ja, 

Lepas tu sha buat pula minuman air jagung klebang tu sha memang awal beli pati nya, so tinggal tambah susu pekat, cair dan air putih, bancuh dalam balang dan masukkan ais. Sha jual 1 cup RM2 ada juga RM4 letak sikit pure jagung.

Air jagung klebang sha jual depan rumah mertua, jualan pertama sha dapat jugala dalam 17 cup terjual, mungkin sebab orang beli nak try rasa nya, lama-lama sha menjual sha dah nampak regular customer sha yang selalu membeli hihi, terutamanya adik yang tinggal depan rumah, boleh dikatakan setiap hari membeli air jagung klebang. Sedap katanya. Alhamdulilah.

Menjual makanan dan minuman di bulan ramadhan ni ada pasang surutnya kadang semua jualan sha abis, air pun tinggal sikit untung besar juga, namun ada juga kalanya banyak jualan tak dibeli down sekejap hati sha haha..sebab nk kira modal tu macam mana nak cover kan. Nasib jualan sha ni guna sikit modal, lagipun sha mana lah dapat buat banyak sebab ada anak kecil lagi kan.

Tapi pengalaman menjual makanan dan minuman bagi sha memang best, penat dengan tak cukup tidurnya sha menyiapkan jualan dan akhirnya dapat hasil dari tangan sendiri..syukur Allah bagi peluang untuk sha rasai nikmat berjualan ni.

Hasil jualan yang paling tinggi sha pernah dapat iaitu RM93 sehari, banyak bukan? Bila dapat banyak begini sha terus rasa happy sangat, paling sikit sha dapat RM20 sehari itu pun sebelum jual air di depan rumah

Cuma nasihat sha, siapa yang berniat nak menjual zaman sekarang kena ikut sop, pakai mask, print code my sejahtera, guna pencek suhu, baru-baru ini majlis daerah datang ambil rekod penjual yang menjual depan rumah, kalau ada lesen menjaja itu more better.

Niat menjual dah ada, bolehlah list nak jual apa, makanan atau minuman, biasanya kalau dekat kampung memang laku jual kuih muih kampung macam wajid, kusui, kuih gelang, campiang, puteri mandi, ini memang antara jualan yang selalu habis, kalau mau jual air pula pilihlah air yang senang di buat, macam sha punya jualan air tu, memang orang lain dah kenal brand so rasanya memang orang dah tau pekat dan sedap, pati korang boleh dapatkan di vendor batu 6 sandakan. Next mungkin sha try yam atau manggo puasa dah nak habis pati sha masih banyak lagi hihi, bilang mak mertua, nanti sambung menjual time raya nanti hahaha..

Apapun menjual makanan dan minuman memang best, untuk yang awal awal menjual memang tak boleh expect jualan abis terjual macam air sha banyak lebih sebab sha buat banyak sayang sangat tapi boleh sedekah di masjid hihihi.

Sentiasa positif dan berasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Buat makanan dan minuman yang mudah dan tak memerlukan kos yang banyak.

Semoga laris manis jualan sha dan kamu semua hihi

Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall | beli barang elektrik online? Biar betul, tak takut kah bila sampai barang tu rosak pula ? Return  pula satu hal, kena pergi pejabat pos urus itu ini, postage tanggung sendiri tau, Itu ja bermain difikiran, iyala kita sudah beli barang mahal macam tu, bila sampai rosak pula tak kah rugi tu, membazir duit saja.


Baca Pengalaman beli glucometer (alat untuk check gula untuk ibu mengandung)


Sha dah beli macam-macam secara online termasuklah power bank, rak piring, speaker dan sha pernah memberanikan diri untuk beli handphone pada ketika dahulu, syukur rezeki sha belum pernah lagi barang yang sha beli sha pulangkan balik kepada tuannya, adapun sparepart skuter suami sha iaitu starter tidak berfungsi dengan baik, leceh kalau nak pulangkan so burn Rm50 lebih disitu.


Pernah juga sha beli secara online baju pajamas untuk eshal , sha siap bagi ukuran dekat seller sebab eshal kan masih baby, umur 4 bulan tapi baju tu sha min saiz yang besar sikit. Lama boleh pakai, bila sampai baju tu, kecil lah pula, seluar langsung tak muat, baju singkat dan lebar bila di cuci, kualiti baju tu tak berapa elok. Salah seller sha dah bagi ukuran tetap bagi salah size, tapi nak buat macam mana, suami cakap tiada rezeki, jadinya baju tu simpan dalam stor. Baru nak matching dengan edan.


Baca Pengalaman beli pump susu di shopee


Beberapa bulan yang lalu sha dapat voucher dari PG Mall, terfikir nak beli apa dalam website nya, agak lama jugalah sha survey, lastly decide nak beli bread toaster dan hair dryer. 


Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall


Al kisahnya sha nak beli bread toaster sebab sha dan suami suka sangat makan roti paun yang panjang tu, selalu bakar di kuali dan masak telur mata untuk sarapan pagi, jadi sha rasa better sha beli bread toaster, brand faber. memandangkan ada voucher free kan hihi


Hair dryer pula sebab sha ada hutang dengan suami, sha rosakkan hair dryer dia untuk keringkan baju setahun yang lalu haha..jadi ngam juga di PG Mall ada brand yang sama iaitu Philips warna dan design lebih kurang jugalah hitam, so sha cepat-cepatlah grab.





Postage setiap satu item RM20 so untuk 2 item adalah RM40 walaupun barang tersebut dari kedai yang sama. Pos ke Sandakan Sabah


Baca Pengalaman beli baju mengandung di SG shop


Dalam RM130 juga sha spend dekat PG Mall untuk 2 item termasuk postage bagi sha agak mahal juga jika sha bandingkan beli di website lain seperti shopee, postage free apabila beli barang minimum RM15 atau RM40 ikut kedai juga.


Tapi di PG Mall pun ada diskaun juga, sha dapat claim RM20 postage untuk pembelian RM100 ke atas so oklah memandangkan dapat voucher di PG mall, semua bayaran adalah free


Jadi sha proceed payment.


Lepas buat pembayran, nanti pihak PG Mall akan hantar notification pembayaran dan tracking no.  melalui email yang korang telah daftarkan. Dan seller sha ni guna pos J&T


Baca Pengalaman membida di Chilindo


Malangnya bila sha cuba untuk trace tracking no. Pada website j&t ianya invalid, status dalam order pula pending pickup. Setiap hari sha check status tetap sama juga. Aduhai takkan lah seller PG mall ni nak menipu pula, jadi sha try chat seller, button chat pada status order ada tapi not working, button helpline pun tiada..website PG mall ni agak lembap sikit bagi pandangan sha, tapi buyer banyak juga beli dekat situ maybe sebab dapat voucher ka apa sha pun kurang pasti




Jadi sha pergi item yang sha beli tu, ah jumpa pun button chat, cepat-cepat sha tanya dia nombor tracking tak dapat trace dia minta order nombor sha bagi la, nak reply  tu pun makan masa juga sampai situ ja dia balas


Leceh lah pula kan, tak mesra alam betul lah, tiba-tiba pagi tu j&t call sha minta alamat penuh, sha terpikir tak kan lah barang PG mall dah sampai? 


Eh betul lah barang dah sampai, tracking tak dapat trace, barang dah sampai syukurlah haha baru ja sha nak cancel nak cari seller lain.


Dengan laju nya sha buka parcel, tengok hair dryer cantik seperti dalam gambar dan berfungsi. Saiz pun ngam dengan tangan sha, senang pegang dan ringan di bawah kemana saja. Love sangat hihi






buka kotak bread toaster pula comel tapi ada retak sikit dekat tempat penekan tu, sha try berfungsi dengan baik juga, ini mesti retak semasa penghantaran, sebab kotak kemek sikit, bolehlah asalkan berfungsi dan tak bahaya kalau digunakan.





Dua-dua barang ni ada warranty card jangan risau kalau rosak boleh return. Dan yang paling penting ada chop sirim..

So guys itu saja pengalaman sha beli barang elektrik secara online..mudah2an ada rezeki untuk beli lagi kali ni wishlist nak beli vacum robot tu..hihi doa kan







Bismillah,
Assalamualaikum

Pengalaman Beli Glucometer Di Shopee | Bila sudah gula tinggi semasa mengandung, BSP kena buat 2 minggu sekali, benda yang paling tidak disenangi oleh para ibu, kerana terpaksa pergi ke klinik 3 kali dalam sehari, bahkan ada yang sampai 5 kali sehari. 

Jadi, sha ambil keputusan untuk membeli glucometer untuk kemudahan bersama hihi, sebenarnya ada baik nya juga beli glucometer ni, ianya bagus untuk mengawal bacaan gula kita sebelum kita pergi bsp keesokan hari nya.

Terlampau banyak jenis dan jenama glucometer yang ada di pasaran, begitu juga dengan harga, jika tidak mau menunggu lama boleh beli di farmasi, harga anggaran dalam RM90 hingga RM150 tapi kalau mau bajet di shopee ada jua berjual RM30 keatas, korang kena pandak cari lah..sebab tak semua rate dari pelanggan baik dan 5 bintang

Untuk jenama yang sha beli di shopee ini rate 5 bintang, walaupun penghantaran hampir sebulan untuk sampai ke Sandakan sabah. Nasib sampai sebelum sha bersalin hihi.

Penggunaan sangat senang, walaupun manual bahasa cina hihi..next entry nanti sha tunjukkan cara penggunaan nya ya.

1 set glucometer didatangkan dengan 1 mesin, 2 battery, 1 batang penyucuk, 1 botol strips dan 2 kotak jarum berharga RM39.90 tidak termasuk postage ke sabah RM5.30

Sha baru bawa set ni tadi pergi klinik, tapi nurse cakap kena rujuk pergi doktor untuk compare dengan klinik punya, alahai ramai pula orang, nanti sha update lagi minggu depan sha amik bsp ya.


Beli Pump Susu Dekat Shopee | Assalamualaikum hi mummies out there, rindu edan tak? haha umie edan nak story beli pump susu murah-murah ja dekat Shopee, mostly umie edan beli barangan baby dekat sana, kalau korang nak tahu pump susu pun penting tau untuk ibu selepas bersalin, nak tahu sebabnya, eh umie edan share dekat korang kenapa perlu beli pump susu dekat shopee cehh haha..


Semua orang tahu shopee adalah mall online termurah diabad ini, iya itu sha akui..sebab kebanyakan barangan anak sha beli dekat sana termasuklah Beg Mummy 5 in 1, murah tauu tapi korang kena pandai carilah, ada yang murah tapi belum masuk postage, ada yang murah tapi nun diseberang china, lambat dapat, ada yang murah tapi belum ada orang beli, so itu kena teliti, tengok komen betul2 ada yang rating tak cantik boleh cari yang more better.

Image result for susu ibu pertama

So lepas bersalinkan edan hari, susu tak keluar, stress gila, suami marah sebab anak dah lapar sehari tak menyusu, sha dah try makan dan minum macam-macam, still keluar cuma susu pekat putih yang dipanggil colostrum. pump guna pump manual sakit yang amat ya, so decided untuk beli pump susu, maka gigih lah mencari dekat shopee heee..



Untuk Pump Susu ni sha beli dekat kedai sini murah-murah ja sha beli yang penting boleh pump susu dengan baik dan keluarkan susu haha kan korang. Oh ya time sha beli ni on sale jadi harga dia RM26+ tambah postage bolehlah dapat RM31. So korang pun boleh tunggu nak purchase besok sebab on sale juga sha tak tahu berapa harga tapi try la kan hihi. Stok hanya ada pink, i like pink hihi
Beli Beg Mummy 5 in 1 Murah di Shopee | Assalamualaikum entry kali ini saja-saja nak share pengalaman beli beg mummy 5 in 1 murah di shopee, untuk mommy to be macam sha, sha  sangat-sangat recommended korang beli beg ni untuk pergi bersalin dihospital nanti, ataupun nak berangkut ke klinik or pergi mana-mana bawa baju baby kan..senang packing.


Sha suka beli barangan di Shopee, mostly quality terbaik, penghantaran pun cepat dan harga terlebih murah berbanding beli dekat kedai, kecuali pos ke Sabah agak mahal sikit, tapi sekarang pun tengah ada diskaun untuk barangan RM35 keatas, so boleh diterima juga lah kan hihi.

Actually persiapan baby kena prepare seawal 7 bulan kan takut terberanak awal ja, so korang yang tengah pregnant tu boleh lah menghadap web site shopee, musim gaji time ni boleh cuci mata, at least kumpul barangan baby sikit-sikit, so bulan terakhir ni, sha beli Beli Beg Mummy 5 in 1 dengan harga RM30 plus postage ke Sabah RM8.00++ dan pilihan warna polkadot merah. Harga boleh murah lagi korang boleh survey dekat web site tu, tapi kebanyakannya postage mahal, so lebih kurang ja dengan harga sha dapat, kalau macam area semanjung memang free postage, untung korang haha.

ukuran beg


Beg mummy 5 in 1 termasuklah:- 

- 1 x Large Size Bag 
- 1 x Medium Size Bag 
- 1 x Changing Mat (Diaper Mat) 
- 1 x Bottle Warmer Bag 
- 1 x Food Bag



Quality beg memang terbaik, sha suka sebab tebal dan jahitannya pun kemas, warna menarik tapi husband sha cakap beg ni macam klasik ja, haha tak apala yang penting muat barang-barang baby :P, ada beberapa barang lagi sha purchase dekat shopee hari ini, barang baby dan barang sha, nanti ada masa sha review lagi ya.



Untuk beg mummy 5 in 1 ni sha beli dekat kedai sini boleh tengok komen pembeli termasuk sha mostly yang beli puas hati dengan quality beg, murah tak apa yang penting qualitynya terbaik kan..

Pengalaman Beli Baju Mengandung Di SG Shop | Assalamualaikum, hi guys, Im Back, selamat datang bulan April, bulan ke empat perkahwinan sha sedar tak sedar baby dalam perut pun seminggu lagi nak 4 bulan, selamat tinggal 1st trimester haha, bulan March sha sangat tiada mood nak blogging, hopely bulan ini sha rajin lah ya..banyak product kena buat review lagi ni, tapi sebelum itu nak story dulu kisah excited sha Pengalaman Beli Baju Mengandung Di SG Shop.
Daftar SG SHOP Sekarang ==> Link

Sebenarnya ini bukan kali pertama sha beli barang dekat SG Shop, tapi memandangkan 2 tahun account SG Shop sha menyepi, sha teringin nak tengok-tengok baju mengandung, lagi-lagi perut dah memboyot kedepan, baju saiz s dah tak muat dah, sob sob, tapi happy juga dapat shopping baju baru kan.

Terkejut bila sha buka account SG Shop, tup tup ada RM100 SGReward, perghhh, inilah masanya untuk sha beli baju mengandung haha, thanks tau SG Shop sebab bagi sha reward banyak tu.

Jadi sha pun lepas tengok mana yang berkenan dengan harga dapatlah 1 baju mengandung saiz L, 2 baju besar saiz L, dan  1 maternity pant, terpaksalah pakai saiz L sebab badan sha dah tak muat saiz s hahaha, korang sebelum beli kena ukur dulu saiz tau takut nanti tak ngam pula, tapi saiz baju dari SG Shop kecil-kecil maklumlah orang Asia kan hihi. Dan sha menyempat juga beli selipar cute pink color hihi.

RM 26.21

RM 13.66

RM 18.97

Maternity pant only RM 19.31

RM 9.52



Ok total semua harga diatas tidak termasuk postage, sha pun ada juga pakai duit sendiri untuk postage dari China ke Sabah, berat kesemua barang 1340g untuk 5 item, Shipping method pula menggunakan Economy Air RM 36.00 

Alhamdulilah sampai ke tangan sha dengan selamat dan sangat puas hati, postage ambil masa dalam seminggu lebih sahaja. Untuk Daftar SG SHOP Sekarang ==> Link

Pengalaman Beli Power Bank di Shopee | Assalamualaikum, bercerita tentang power bank, jangka hayat bateri sebuah handphone memang tidak akan selamanya baik, lagi-lagi handphone yang telah digunapakai sejak 2 hingga 3 tahun, malah lebih dari itu pun ada. Maka dengan itu sha nak share pengalaman beli power bank di shopee.

Berapa kali kekerapan korang mencas handphone pada satu hari? Sha boleh jadi 3 kali sehari, kadang kalau berada diluar kena simpan sedikit bateri untuk kecemasan, terbantut hajat nak main game hihi. Dan Pengalaman membeli power bank di Lazada terdahulu boleh dirujuk kembali, tapi memandangkan mood bertukar ke mall online yang lain, tergerak hati ingin mencuba untuk membeli power bank online di shopee. 

Terkadang, sifat ingin mencuba tempat shopping online baru jangan terlalu diikut, takut merana diri..hihi Shopee.com.my adalah pusat membeli belah online sama macam yang lain, tapi yang bestnya, shopee membolehkan kita berinteraksi dengan penjual secara lebih dekat, kalau nak tukar warna sesuatu barang, tapi dah proceed payment boleh terus chat kepada penjual tersebut, kalau dorang belum hantar, masih boleh ubah dan tiada cas dikenakan. 

Pengalaman sha pula, semasa membeli power bank ini, termasuk sekali dengan pouch, tapi sedihnya pouch tiada dalam parcel, sha terus chat penjual dalam website itu, mana lah tahu ada kesilapan teknikal (always husnuzon ya! ) dan dia minta maaf sebab staff dia salah tengok, kebesokkannya dapat notification yang pouch dah hantar ke alamat sha..(tapi belum sampai, nanti sha update) 

Untuk power bank ini, sha beli RM35 RM1 sekali dengan pouch, free postage setiap barangan RM30 keatas. Setakat ini sha puas hati dengan power bank ini ;) pink, comel gituu Banyak penjual, harga kena padan dengan kualiti, korang kena baca betul-betul komen pembeli yang lain, takut nanti ada penjual yang 'tiruan' pula.

Assalamualaikum para pengemar membeli belah secara atas talian termasuklah sha sendiri, mesti korang sudah sedia maklum tentang kewujudan sistem bida secara atas talian untuk barangan rumah, peribadi wanita, lelaki, kecantikan dan lain-lain lagi di laman web Chilindo, bukan? Yang pastinya siapa sudah memasuki laman tersebut tidak akan dapat menahan jemari untuk menekan butang bida pada skrin seperti gambar diatas, yang belum pernah, mari sha kongsikan pengalaman sha membida barang di Chilindo.

Laman Web Chilindo http://www.chilindo.com/my/

Apa itu Chilindo
Tapi sebelum itu, sha ingin berkongsi sedikit infomasi tentang Chilindo, dimana laman web ini akan melelong kesemua barangan bermula dari RM 0.10 dalam erti kata lain, minimum 10 sen sahaja, sehinggalah pengguna lain turut sanggup membayar berapa banyak jumlah untuk sesuatu barang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, maka dia adalah pememangnya, seronok bila dengar kan.


Berikut adalah hasil bidaan yang telah sha menangi pada fasa pertama sha memasuki laman web tersebut, jika korang boleh perasan disitu, ada beberapa barang yang agak pelik untuk kita berfikir apakah ianya berguna ataupun tidak selepas memenanginya. Pada sha memenangi sesuatu bidaan itu, amatlah seronok, terasa diri ini sudah dapat 4 Flat dalam CGPA peperiksaan, walaupun hakikatnya barang itu tidak perlu sebenarnya..hahaha

Pengeluaran barang bidaan yang tidak diingini
Namun, dengan cetek ilmu tentang proses keluarkan barangan yang tidak diperlukan, sha pun dengan sedih hati setuju untuk membayar ketujuh-tujuh barangan itu. Hakikatnya terpaksa membayar RM 68++ termasuklah RM8 untuk kos penghantaraan.

Ingin sha tekankan disini, bahawa barangan yang korang tidak perlukan dan ingin melepaskannya, korang boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak Chilindo, email barang tersebut dan tunggu pengesahan daripada pihak mereka.

Proses pembayaran yang sangat lembap
Beza dengan laman membeli belah yang lain, Chilindo mengamalkan sistem pembayaran menggunakan kad kredit sahaja, jadi pengguna lain terus membayar secara manual menggunakan bank masing-masing dan terus email bukti pembayaran pada pihak Chilindo. Walaupun pihak Chilindo mengatakan sistem begini adalah yang paling selamat.

Dari pengalaman sha, proses ini sangat lembap, sha sendiri tidak tahu lepas buat pembayaran, pihak Chilindo sudah dapat terima pembayaran tersebut ataupun belum kerana tiada pemberitahuan lepas buat pembayaran kena hantar email dengan siapa, jadi sha terpaksa tunggu seminggu dan email pihak Chilindo sendiri pasal masalah ini.

Penghantaran
Sha berpuas hati dengan penghantaran yang cepat dan tepat ke alamat dengan hanya RM8 sahaja, berbanding dengan kos lain yang kos penghantarannya mengikut berat barangan tersebut. Tapi ketujuh-tujuh barangan sha ringan juga.

Kepuashatian Pelanggan 
Walaupun harga murah berbanding dengan barangan dilaman web lain, alhamdulilah sha puas hati dengan barangan yang telah berjaya dibida pada lawan web Chilindo ini. namun sha belum terfikir untuk membida pada fasa kedua selepas ini, haha.

Tongkat selfie monopod RM6.30
Tripod Octopus Fleksibel RM 3.20

Kasut Eve wanita RM 15.90

Ini antara barangan yang telah sha bida, maka dengan itu, sebelum korang membida fikir dua kali lima dahulu, dan pastikan bidaan korang pada musim gaji bagi mengelakkan bidaan dikeluarkan, bida barangan yang perlu sahaja, dan jangan membazir, sekian dari pengalaman sha membida di laman web Chilindo, pengalaman korang pula macam mana?

Image result for tempat kerja baru
Alhamdulilah, akhirnya sharina berjaya meng-update entry pasal tempat kerja barunya, haha..actually nda baru sudah, sebab mau dekat 2 bulan lebih sudah kerja sana, saja mau bagitau diblog, kot-kot orang kuat stalk blog ni hahaha, mau juga tau perkembangan terbaru sharina kan..haha perasan

Yeahhh, sesudah menghabiskan tempoh 5 bulan menganggur, akhirnya, sha dapat kerja di Sandakan, memang nekad sudah hati ini mau cari kerja di Sandakan sebab dekat sama keluarga dan tut..haha..nanti karau pindah randah mengangkut barang yang macam lari dari rumah saja bah.

Tempat kerja baru ni sha sebagai Admin Clerk di Company Aluminium dan Glass, sibuk tersangatlah sibuk. Sha ok ja kalau sibuk pun kan, yang penting persekitaran ok, tapi nda macam yang sha impikan, tempat kerja lama masih yang paling bagus didunia haha, dengan bos yang boleh buat kawan, (bos pandai stalk ini blog hahaha) malangnya boss sekarang sangat garang dan tegas, tapi masih boleh tahan jugalah, jadi sharina kenalah pandai fikir positif, dan kerja kena ikhlas

Tapi kalau betul nda tahan, apa boleh buat kan..hah
memang begitu kalau kerja makan gaji


Sha xda selfie dalam opis memandangkan busy kerja, tapi sha jumpa gambar opis dalam google 

Image result for hwa chai glass enterprise

Liang (cantik) bukan? untuk cleaning satu bangunan ni, memang sandi (teruk) juga awal pagi, hahaha..apapun. semoga Allah cekalkan hati sharina untuk terus berjuang dalam office ini..hahaha..aminnn

Tempat Kerja Baru

by on May 24, 2017
Alhamdulilah, akhirnya sharina berjaya meng-update entry pasal tempat kerja barunya, haha..actually nda baru sudah, sebab mau dekat 2 ...


Baca uzu punya pengalaman tentang 3x ditahan security guard disebabkan ATM card dia, sha pun ada pengalaman juga, sebiji situasi dengan uzu cumanya sha bukan ATM card..

Habour Mall, shopping mall baru buka dekat Sandakan, so time tu sha dengan kawan janji nak stay borak2 dicafe sementara sha ada kirim HP dengan dia yang baru beli dekat KL. 

So, HP baru, kotak pun masih baru, ada code tuk scan dekat situ, habis ja deal dengan kawan sha pun pergilah masuk kedai pakaian..tiba2 scanner tu berbunyi kuat, pertama tu sha ingat bukan sha, sebab banyak juga orang yang masuk sekali dengan sha, lepas tu yang masuk tadi diminta keluar, bila masuk balik, turn sha tu yang berbunyi,...Ya Allah, malunya, semua orang tengok...merah betul muka sha time tu hahaha..

Lepas tu security guard tu cek beg sha, tiada apa selain kotak HP, lepas tu sha pun senyum, dia kata ohh..ok masuklah..start situ sha rasa malu sangat..dah takda feel nak shooping, so sha keluarlah..bila keluar bunyi lagi..dah macam nak meletup tahan malu, datang lagi security guard cek semuanya..lepas tu dia kata kotak HP tu yang ada scan bar..sha senyum ja lah tak tahu nak cakap apa dah..

Lelaki hensem keluar masuk ja tengok sha kena tahan..
Malu sangat..arrrrr...
korang ada tak pengalaman macam sha??cer cerita ...

Assalamualaikum

Nak share sedikit pasal pengalaman mencari kerja dengan hijab atau bahasa melayunya..tudung tapi sejauh mana sesebuah syarikat akan mengambil pekerja dengan style bertudung? 

Photo: We should relize about it.Come on malaysians...   

Www.opzzpinky.my

Pengalaman membeli barang online

Sha pernah mengalaminya bila sha try cari kerja sambilan di area kk..kebanyakan syarikat tidak akan mengambil pekerja yang bertudung, sha pelik sangat2 kenapa mereka tidak mengambil pekerja sebegitu sedangkan kita dinegara Islam.

Apa pandangan korang?


Assalamualaikum

Dunia semakin mudah, ringkas dan cepat dengan adanya Online, yang jauh didekatkan, ceh !! haha..hanya dengan beberapa klik kita sudah mampu memilikinya..maksud sha barangan yang kita mahu, sha sendiri adalah penjual barangan online -KLIK- promote sikit :P tapi sha lebih kepada services Edit Blog

So topik hangat ini menceritakan pengalaman sha membeli produk secara online..sebelum ini sha jual beli memang lancar ja, dengan suppliers yang sha kenali di alam maya, tak perlulah sha mention kan :)

Ceritanya bermula di Facebook, kenal seorang kakak M, menjual barang F dengan harga yang sangat murah..sha sebagai penjual agak happy juga dapat barang begitu murah kan..lagipun sha tolong kawan beli..so transaction berlaku apabila kedua2nya setuju

Pada hari pertama selepas transaction, kakak M bagi respon tahu yang dia akan hantar secepatnya..so biasanya sha akan expect dapat sehari selepas transaction..so sha tunggu lah..kawan sha punya nda sabar..harga pun boleh tahan RM 100++ jugaklah


So seminggu dah berlalu, risau juga, langsung tiada respond dari kakak M, sha cuba contact kakak M, dia kata dia busy sikit, ok sha tunggu, memandangkan alamat yang sha letak di hostel, lagipun dah nak balik beraya, so sha nak confirm cepat2 bila boleh dapat tu barang, akak tu kata maybe sehari sebelum balik beraya..tapi dia kata tracking no hilang..so sha tahu lah dia dah send barang tu

Alhamdulilah, sha dapat kawan yang penyabar, sebab tahu barang tu ada masalah dekat pos laju, nak col pun xtau tracking no, so sha tunggu, first time barang ada masalah, sha tak tahu nak buat apa..sebulan berlalu, barang tak ada khabar..


OMG, sha nak juga penjelasan dari kakak M, lama juga baru dia balas messej sha..sha kata, refund la duit tu, syukur juga dia transfer balik duit tu, dan start cari supplier yang boleh dipercayai..akhirnya sha dapat barang tu walaupun taklah semurah yang dijanjikan oleh kakak M, at least sampai juga kan..hihi

tak sedar panjang pula sha taip..so hati2 apabila membeli online, kot2 korang ada nak kongsikan mengenai tajuk ini, boleh komen ya..

Sharing is Caring..