Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Anjuran KEMAS

Bismillah, 
Assalamualaikum


Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Anjuran KEMAS | Pada ogos 2025, adalah titik permulaan sha mengikuti kursus anjuran KEMAS, masa tu sha ikut kursus kemahiran jangka pendek (KKJP) kemahiran komputer (kursus photo phone) selama 3 hari di area perumahan sha. Kursus ini adalah percuma dan targetnya adalah suri rumah atau pelajar lepas sekolah. Kursus yang akan datang ini adalah long term, selama setahun dan pendaftaran sebanyak RM10 diadakan seminggu sekali, merangkumi kursus asas jahitan, masakan, make up, kraf tangan dan lain-lain. Bahan-bahan mungkin berbayar, sha tak tahu lagi tapi macam mesin jahit tu cikgu ada sediakan juga.


kursus kemahiran jangka pendek (KKJP) kemahiran komputer (kursus photo phone) tempoh hari sha dan anak buah sha dapat hadiah sebab memang poster terbaik. Selain itu juga sha dapat beberapa goodies berupa selfie pod, beg sandang, file dan pendrive.

best join kursus begini selain dapat ilmu baru, dapat ramai kawan, kursus ni free makan dan kalau nak pulang atur anak ke sekolah cikgu yang mengajar pun ok ja, asal jangan balik rumah teruslah hihi..

Tempat korang ada kursus sebegini tak? jom share 




Post a Comment

4 Comments

  1. Dulu zaman pandemi ada begini dari pemerintah kak. Tapi memang tak semua dapat lah. Membantu sangat utk orang yg ingin belajar ttg skill baru. Ntah itu belajar bahasa, memasak etc. cuma memang difilter hanya utk orang2 yg membutuhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul banyak benda baru belajar, sha pun join sebab nak isi masa lapang sebab anak-anak sha dah sekolah keduanya, so kalau duduk dirumah tak buat apa juga hihi

      Delete
  2. KEMAS daerah tempat saya tak ada pula kursus. Follow juga mereka di media sosial, tapi tak ada. Tapi saya pernah join kursus hujung minggu kolej komuniti, best juga sebab yuran murah dan sehari saja. Dapat belajar benda baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sehari ja kursus nya sha nak..xperlu fikir banyak lagi, tapi kursus kemas ni pun ok juga seminggu sekali kena pula time anak tiada kafa..boleh bawa diorang join sekali hihi sementara tunggu nak ke sekolah petang

      Delete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)