Beranikan Diri Drive Ke Beluran Dengan Anak-Anak

Bismillah, 
Assalamualaikum

Lepas kelas menjahit hari khamis tu, husband sha suruh balik kampung di beluran buka puasa disana, sha sebenarnya berani ja kalau drive jauh, sebelum ni pun dah sampai kundasang pun..cumanya semasa sha drive husband ada ja di tepi, tapi sha belum pernah lagi drive jauh tanpa dia, beluran ni kira dekat lah juga, kalau dia drive cincai 45minit, sha drive 1jam 15 minit haha..slow ja lah kita bawa..time dia suruh tu dia pergi outstation ke KL, bila dia bagi kebenaran sha apa lagi beranikan diri lah drive ke sana dengan anak-anak..bila lagi kan..haha


seharian hujan, jalan di batu 32 check point pun mendap tapi masih boleh lintas lagi, seram ya tengok nya



Sampai ke beluran, air sungai belakang rumah dah tinggi, nasib tak banjir..rumah kayu, bila hujan sejuknya jangan cakaplah..seharian tu tidur ja kerja kami..tapi yang bestnya balik kampung boleh buka puasa ramai-ramai..


sandakan pun banjir, hampir kesemua jalan utama di sandakan tak dapat dilalui



lepas tu tiga hari yang lalu ada gempa bumi 6.8 magnitud melanda perairan sabah, kiranya ini paling kuat lah kan..kejadian berlaku dekat jam 1pagi, sha tiada pula terasa gegaran tu sebab lena di ulit mimpi hee..semoga baik-baik saja..














Post a Comment

9 Comments

  1. Alhamdulillah bila dah berjaya drive utk kali pertama tu, lepas² ni mesti dah confident kan ... Akk pun this year ada juga drive ke few tempat di luar zon selesa.
    Semoga dipermudahkan urusan semua yg terlibat. Dengarnya ada 2000 lebih mangsa banjir di Sabah skrg ni

    ReplyDelete
  2. Keberanian tu penting... tapi lebih penting berhati2.... Yes, baguslah pandu perlahan. Lebih selamat.

    ReplyDelete
  3. Kat Lipis Pahang ni panas terik takde hujan. Semoga baik2 je untuk semua di sana. Bahaya juga jalan mendap tu.

    ReplyDelete
  4. Saya jarang memandu juga kalau terpaksa baru memandu.

    ReplyDelete
  5. Seram tengok jalan mendap tu, Sha. Semoga baik-baik saja famili Sha di kampung. Tahniah, berjaya pandu sendiri pulang ke Beluran. Tak apa ambil masa lama, biar lambat asal selamat.

    ReplyDelete
  6. Seram pula jalan tu ... Cian tgok kawan2 posting pasal banjir... Semoga semuanya baik-baik saja... Syukurlah sampai ke destinasi dengan selamat walaupun tempuh perjalanan yg jauh dengan anak-anak lagi... Selamat berpuasa dan take care sha... Cuaca sekarang tak menentu...

    ReplyDelete
  7. Mahu tidak mahu..perlu juga beranikan diri untuk drive...yang penting ada keyakinan diri

    ReplyDelete
  8. Saya agak trauma lihat jalanan terbelah begitu. Teringat sinkhole 😭. Jadi memang seraaam nak lewat

    ReplyDelete
  9. Aiiiih seram lihat ratakan jalan itu 😫. Semoga cepat diambil tindakan. Sejak baca berita sinkhole, dan ada jalanan longsor begitu juga di Aceh, saya takuuut memang jika liat jalanan merekah 😢

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)