Assalamualaikum
Lepas kelas menjahit hari khamis tu, husband sha suruh balik kampung di beluran buka puasa disana, sha sebenarnya berani ja kalau drive jauh, sebelum ni pun dah sampai kundasang pun..cumanya semasa sha drive husband ada ja di tepi, tapi sha belum pernah lagi drive jauh tanpa dia, beluran ni kira dekat lah juga, kalau dia drive cincai 45minit, sha drive 1jam 15 minit haha..slow ja lah kita bawa..time dia suruh tu dia pergi outstation ke KL, bila dia bagi kebenaran sha apa lagi beranikan diri lah drive ke sana dengan anak-anak..bila lagi kan..haha
seharian hujan, jalan di batu 32 check point pun mendap tapi masih boleh lintas lagi, seram ya tengok nya
Sampai ke beluran, air sungai belakang rumah dah tinggi, nasib tak banjir..rumah kayu, bila hujan sejuknya jangan cakaplah..seharian tu tidur ja kerja kami..tapi yang bestnya balik kampung boleh buka puasa ramai-ramai..
sandakan pun banjir, hampir kesemua jalan utama di sandakan tak dapat dilalui
lepas tu tiga hari yang lalu ada gempa bumi 6.8 magnitud melanda perairan sabah, kiranya ini paling kuat lah kan..kejadian berlaku dekat jam 1pagi, sha tiada pula terasa gegaran tu sebab lena di ulit mimpi hee..semoga baik-baik saja..







0 Comments
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)