Assalamualaikum
Air Terjun Mahua, Tambunan | Cuti sekolah yang lalu sha dan family plan pergi Tambunan, sha dah pernah pergi,time bujang dulu..masa study dekat UiTM, tapi kali ni pergi dengan husband dan anak-anak, so isnin tu kami gerak jam 6 petang dari Sandakan, sebab husband sha ada kerja lagi, lepas siap kami jalan sampai Ranau jam 10 dan tidur di hotel. Esoknya kami sambung perjalanan ke Tambunan melalui jalan Ranau lebih kurang sejam 10 minit begitu sampailah Air Terjun Mahua.
Harga Tiket Masuk
18 tahun ke atas RM6
17 tahun - 13 tahun RM5
12 tahun ke bawah dan 60 tahun ke atas serta OKU adalah percuma
beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi - 4.30 petang
Dah sampai gate, kena jalan kaki sikit dalam 7 minit begitu, tapi nda la terasa betul sebab sepanjang jalan redup di tutupi oleh pokok-pokok macam ke poring juga, jika beruntung dapat tengok bunga rafflesia, time tu tiada tapi kali pertama sha pergi ada jumpa.
bawalah baju basahan lepas mandi, dan tuala, sini ada tandas lelaki dan perempuan, ada juga beberapa pondok disediakan, kalau nak bbq pun boleh cuma kena angkat jauh sikit.
sejuk ya airnya kalah poring..sha tak larat mandi, budak-budak ni kebal betul..naik atas dua-dua bergegar.
ini port paling cantik kalau bergambar cuma ramai orang..dapatlah bergambar 1 keluarga..sejukkkk














0 Comments
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)