Anak Mula Puasa Tahun ini

Bismillah, 
Assalamualaikum


Tahun ini anak mula puasa, memang awal tapi tak salah kalau dorang try, sebelum bulan puasa lagi sha dah bagitahu awal-awal siapa puasa umie akan bagi ganjaran, masing-masing lah pilih dan bagitahu apa yang diorang nak beli, sha tak target keduanya puasa full, setakat diorang mampu, sha tetap akan belikan juga cuma tunggulah resultnya nanti..hihi

Time sahur tu memang request telur dadar ja la, tiada menu lain..puasa pertama tu kelam kabut sikit segala periuk angkat sekali atas meja makan..hahha

puasa pertama tu eshal bukan jam 3 itu pun sebab naik kereta nampak keropok terus ngap..yang abang pula jam 6 sikit lagi nak sungkai, sandakan jam 6.21 petang..puasa seterunya full alhamdulilah..

time sekolah ni mencabar sikit bagi si abang sebab dia ni aktif bermain dengan kawan-kawan di kafa dan di sekolah rendah kena jalan kaki sikit dan naik tangga la..setakat ni masih full juga

Cumanya sha dah janji dengan dorang akan beli makanan diorang suka lepas pulang dari sekolah, semua nak dibelinya..maklumlah lapar kan haha.makanan ja beli, minuman buat sendiri, kita nak jimat, lama lagi pak hang nak gaji hihi.


Post a Comment

0 Comments