Kelas PKK - Mengunting Kain Dan Jahit Tepi

Bismillah, 
Assalamualaikum


Kelas PKK - Mengunting Kain Dan Jahit Tepi | Minggu lalu siap buat pola baju kurung moden, so dah boleh gunting kain, kalau kain macam sha ni agak susah sikit sebab licin, kalau cotton senang ja tampal pola atas kain dan terus gunting, cuma sha beranikan diri untuk gunting juga ikut pola.


inilah hasilnya mengunting di rumah..ruang kena besar dan penat ya, untuk gunting kain depan sahaja mahu ambil masa sejam sebab kain ni licin pandai lari ukuran haha..harapnya bila dipakai ngam la juga, kalau tak ngam kita beli ja baju kurung lain untuk raya nanti hahaha


lepas gunting jangan lupa lebihkan untuk basi, ini sha dah jahit tepi untuk elakkan benang terkeluar dan bagi cantik kain, terima kasih kak shima tolong jahitkan guna mesin kak rozie, free ja, semoga murah rezeki..permudahkan urusan org..kalau orang lain akan cas RM3 untuk 1 baju dan skirt.

Post a Comment

0 Comments