Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2020 | Assalamualaikum, Membayar zakat bagi yang mampu adalah Rukun Ketiga daripada 5 Rukun Islam yang lain. Membayar zakat juga adalah salah satu daripada pembersihan harta yang dilakukan sekali dalam setahun. Pada tahun ini, Muis telah mengumumkan 2 kadar fitrah bagi negeri Sabah iaitu RM6 bagi individu yang terkesan susulan perintah kawalan pergerakan, manakala RM7.50 bagi individu yang kurang terkesan susulan Perintah kawalan pergerakan yang dijalankan mulai 18 Mac yang lalu.
Penetapan 2 kadar tersebut adalah bertujuan meringankan beban umat Islam yang kurang berkemampuan dan penetapan kadar zakat fitrah RM7.50 adalah berdasarkan harga 2.7 kilogram beras Vietnam white rice (5% hancur) yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat di Sabah.
Jalankan tanggungjawab korang dengan membayar zakat secara atas talian seperti Maybank2u, Cimb Click, Snap and pay, Boost dan MYePG bagi mengelakkan korang berurusan di luar rumah namun pihak Muis juga turut melaksanakan perkhidmatan amil bergerak dari rumah ke rumah, serta pembukaan kaunter zakat ditempat yang terpilih.
Sha pasti semua rakyat terkesan dengan wabak Covid-19 ini, namun sama-samalah kita membantu golongan asnaf dengan membayar zakat fitrah tahun ini.
sekarang nie kena bayar online jelah..
ReplyDelete