Program Baiti Jannati bantu kurangkan beban rakyat Wilayah | Assalamualaikum, Rumahku Syurgaku, kita memang sinomim dengan ayat ini kan, tapi tahukah kita bagaimana caranya untuk mendapatkan sesebuah rumah kediaman yang diimpikan oleh setiap keluarga tapi tahukah kita bagaimana caranya untuk mendapatkan sesebuah rumah kediaman yang diimpikan oleh setiap keluarga, lagi-lagi mereka yang berpendapatan rendah atau ibu tunggal, mahupun orang kurang upaya, walhal harga rumah sekarang sangat mahal dan susah nak dapat. Jadi inilah entry yang sha nak kongsikan dengan korang semua mengenai salah satu program yang dapat membantu kurangkan beban rakyat wilayah sekaligus merealisasikan impian mereka untuk memiliki sebuah rumah.
Kredit kepada Sinar Online
Menurut akhbar sinar online yang bertarikh October 2017, program ini telah berjaya membantu membaik pulih dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan telah dilanjutkan sehingga hujung tahun 2017 yang lalu.
Dalam akhbar yang sama, pada Februari 2018 yang lalu, sebanyak 10 keluarga dari Wilayah Persekutuan Labuan turut mendapat bantuan hasil peruntukan sebanyak RM150,000 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Manfaat daripada program ini juga, sha dapat tahu sehingga bulan berkenaan sejumlah 56 keluarga dari golongan sasaran seperti miskin tegar dapat memiliki rumah impian masing-masing.
Kredit kepada Sinar Online
Dalam akhbar yang sama, pada Februari 2018 yang lalu, sebanyak 10 keluarga dari Wilayah Persekutuan Labuan turut mendapat bantuan hasil peruntukan sebanyak RM150,000 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Manfaat daripada program ini juga, sha dapat tahu sehingga bulan berkenaan sejumlah 56 keluarga dari golongan sasaran seperti miskin tegar dapat memiliki rumah impian masing-masing.
Program Baiti Jannati ini juga merupakan salah satu program yang melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC) seperti TNB untuk turut sama turun padang membantu kerajaan untuk membaiki rumah kediaman golongan yang memerlukan seperti orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin.

Kredit kepada TheRakyat
Pada 13 April yang lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah menurunkan tandatangan sebagai gimik penyerahan rumah pada Majlis Kesyukuran Projek Baiti Jannati TNB 2018 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Alhamdulilah, dengan adanya program sebegini, pasti ramai lagi penduduk miskin tegar dapat merasai nikmat tinggal dirumah impian mereka seiringi dengan kepesatan ekonomi yang semakin mendadak . Dan ada baiknya jika program ini diperluaskan lagi dinegeri-negeri lain, sha yakin lagi ramai diluar sana yang memerlukannya.
Rujukan :-
Sinar Harian, http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/program-baiti-jannati-wp-bantu-300-keluarga-1.741471, http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/program-baiti-jannati-wilayah-persekutuan-taja-10-keluarga-1.796297
Utusan, http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tnb-peruntuk-rm5-8-juta-laksana-program-baiti-jannati-1.502620
TheRakyat, https://therakyat.com/2018/04/13/datuk-jo-mahu-sekolahkan-pembangkang-isu-kg-baru/mgf13042018_tr-projek-kesyukuran-projek-baiti-jannati-tnb-2018_05/
#AkarUmbiBinaNegara
#hebatkannegaraku
#ketuakampungkl



