August 30, 2012

Perkongsian pengalaman mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal

August 30, 2012 6 Comments


Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography 

mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal

Sumber : FB

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Nota Pink : Alangkah bahagianya jika kahwin dengan cara macam ni..Insyallah :)

August 29, 2012

KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA

August 29, 2012 2 Comments


Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"
Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...
Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"
"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"
"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"
"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"
"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"
"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"
"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...
"CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"
Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"
WALLAHUALAM :)

Nota Pink : Wanita adalah perhiasan dunia yang sungguh berharga..maka bersyukurlah menjadi seorang wanita

August 28, 2012

Perlu tukar Code ads Nuffnang !!

August 28, 2012 4 Comments
Semua pun dah maklum tentang wajah baru En Nuffnang, 1st tukar ja sha terus blank..eggrr..mana nak pergi ni? sesat dalam dashboard Nuffnang sendiri..yang paling teruk sekali, langsung tak dapat nak show analytic blog sha..dah lah pulus tak masuk-masuk..kedekut sangat nak bagi duit raya..umur sha baru 3 tahun ni..hahaha

Ok..penyelesaiannya senang ja..tengok tajuk tu..dapat baca kan? good..hehe..cara nak tukar code tu pun senang juga..sha pun baru tahu juga..so nak share kat korang lah..mana tahu korang pun macam sha..tengah tunggu tutorial pasal Nuffnang baru ni hahaha~

Step 1 : Pergi Nuffnang dan login


Step 2 : Klik Add ad unit


Step 3 : Klik Ad Type dan klik button yang dalam kotak merah tu untuk dapatkan code
Step 4 : copy dan gantikan pada code sebelum ni


Step 5 : Klik Placement untuk tutorial pasal cara nak pasang code


Dah siap !!!


Cara nak buat My Referrer

August 28, 2012 4 Comments


Step 1 : Go to ~> http://www.e-referrer.com
Step 2 : Register dan isi form


Step 3 : Login dan klik Get Code


Step 4 : Pergi Dashboard > Design > Page Element > Add Gadget
Step 5 : Paste kan pada HTML/JavaScript
Step 6 : Save

Nota Pink : tuto kali ni sesuai sangat bagi mereka yang sedang buat GA or apa2 lah..nak bagi tengok top referrer kan :) gud luck ya..

August 26, 2012

Raya?

August 26, 2012 10 Comments

Errr..malasnya nak update pasal raya..jeles ja tengok blog korang penuh dengan gambar raya..pakai baju cantik-cantik, gambar dengan family, makan sedap-sedap..bestnya..sha hanya beraya di hospital, pakai baju baru, kumpul ramai-ramai then gerak pergi hospital ziarah bapa..

Alhamdulilah kemarin bapa sha dah pindah ke wad biasa..dia dah mula sihat..sebelum ni dia tak dapat bangun sebab bius yang teramat kuat..maklumlah 2x kena bedah..tapi sha yakin dia memang kuat :D sha ja tak kuat tengok dia..asyik nangis ja time pergi lawat dia..

Nota Pink : Itulah dugaan Allah, semoga apa yang dia alami sekarang akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah dia buat..

Header Kemerdekaan

August 26, 2012 6 Comments

Apa yang kita sedia maklum bulan ini adalah bulan KEMERDEKAAN..bertuahlah pada sesiapa yang lahir pada bulan ini, dulu time sha di Secondary School..akan diumumkan siapa yang lahir pada bulan ogos..mesti dapat hadiah..hehe..sha tak dapat sebab sha lahir hujung tahun..hampeh!!

! ✿ opZZpinky ✿ !

Semangat kemerdekaan, jadi sha buat header sempena kemerdekaan..hehe..lawa tak?  
peace yo~ jom kita nyanyi lagu 31 ogos..


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Nota Pink : Merdeka...Merdeka !!