Showing posts with label sinopsis. Show all posts
Showing posts with label sinopsis. Show all posts

January 11, 2023

Sinopsis K-Drama 8 Episode The Glory

January 11, 2023 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum




Sinopsis K-Drama 8 Episode The Glory | Sha baru habis tengok drama ni, gantung sebab episode hanya ada 8, durasi setiap episode dari 40-54 min dan akan ada season 2 pada march ini, drama korea ni di tayangkan di netflix langgan cepat untuk tengok drama ni.

Drama mengenai seorang pelajar sekolah Moon Dong Eun dilakonkan oleh Song Hye Kyo yang telah dibuli teruk oleh 5 orang pelajar sehingga dia berhenti sekolah. Meskipun dia telah beberapa kali melaporkan kes buli terhadapnya kepada guru disekolah namun laporannya diendahkan. Harta dan pangkat membuatkan Park Yeon Jin dan 4 lagi kawannya berani untuk membuli Dong Eun.

Selepas Dong Eun berhenti sekolah dia nekad untuk membalas dendam kepada 5 orang pembuli termasuk seorang gurunya. Dong Eun berhempas pulas bekerja sambil belajar untuk memasuki alam perguruan untuk membalas dendam. Impiannya hanya Park Yeon Jin, di masa yang sama Yeon Jin kelihatan bahagia setelah berkahwin dengan suaminya Joo Yeo Jeong yang berpengaruh dan kaya serta di kurniakan anak yang comel . Dengan itu, Dong Eun lebih bersemangat untuk mendekati keluarga Yeon Jin dan mengatur cara mendekati suami dan anaknya.

Banyak lagi aksi menarik di saat Dong Eun merancang untuk membalas dendam dengan membuatkan kawan pembuli bergaduh antara satu dengan lain. Dan lebih best lagi apabila pembantu rumah sebuah yayasan membantunya dalam mengumpul maklumat berkenaan orang terdekat 5 orang yang telah membulinya. 

Pertemuan Dong Eun dengan watak hero dalam drama ini seorang doktor pakar Ju Yeo Jeong di lakonkan oleh Lee Do Hyun turut bersetuju membantu dia dalam impiannya untuk membalas dendam.

Drama ini berunsur 18+ mempunyai banyak adegan lasak dan romantik sangat tidak sesuai untuk tontonan umum.

Sekian dari ulasan ringkas mengenai k-drama the glory korang dah tengok boleh komen sini best ke tak..tapi watak song dalam drama ni mencerminkan emosi dan perwatakan beliau dari selepas dia bercerai tu, kesian kan,semoga song tabah dan kuat menghadapi masa akan datang


February 9, 2021

Sinopsis Space Sweepers Lakonan Song Joong Ki

February 09, 2021 5 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Sinopsis Space Sweepers Lakonan Song Joong Ki | Space Sweepers antara filem yang trending dan sedang mengungguli carta popular No. 1 di Netflix minggu ini, sha sudah menontonnya kemarin, ceritanya mengenai angkasa lepas dan bagaimana keadaan bumi pada tahun 2092 yang tenat dengan kemusnahan akibat terlalu padat, begitu juga dengan pencemaran, bencana alam dan penyakit yang berbahaya. Song Joong ki bersama kumpulannya dalam misi menyelamat seorang budak berusia 7 tahun yang mana boleh mengubah dunia.

Yang bestnya filem Space Sweepers ini adalah filem angkasa lepas atau sci-fi yang pertama di Korea Selatan. Sebenarnya filem ini sudah dibincangkan pada tahun 2011 lagi, dan baru sahaja ditayangkan pada 5 februari di seluruh negara. 

Sha memang peminat setia pelakon korea Joong ki dari kami sama-sama bujang lagi hihi, tak lah, dari dia ahli running man, sebab dia paling cute di situ haha..sampailah ke drama Descendant of the sun, feeling habis tengok drama tu dan berkahwin dengan heroin nya, kecewa juga dan sekarang keluar filem baru, semua lakonan dia best..

Saksikan Space Sweepers Trailer di youtube



Sinopsis Space Sweepers 

Digambarkan situasi pada 2092, Space Sweepers berkisar mengenai bumi mengalami kemusnahan berpanjangan disebabkan terlalu padat, pencemaran berleluasa, bencana alam, kemarau dan penyakit berbahaya. Pada masa sama, golongan kaya-raya dan berkuasa membina habitat baharu berteknologi tinggi di angkasa lepas dipanggil Utopian Skies. Mereka juga mengambil alih dan menguasai segala sumber bumi menjadikan penduduknya semakin ditindas. 


Kapal angkasa Victory satu-satunya yang bertahan mengutip sisa-sisa buang angkasa demi kelangsungan hidup. Kapal itu dikendalikan kru termasuk Tae-ho, Kapten Jang (Kim Tae Ri), Tiger Park (Jin Sun Kyu) dan robot bernama Bubs (Yoo Hai Jin). Pasukan itu diduga selepas dipertemukan dengan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun iaitu Dorothy. 



Pertemuan itu menimbulkan kekacauan kepada mereka dan Dorothy menjadi kunci utama yang bakal mengubah dunia. Apatah lagi dunia ketika itu berada di bawah cengkaman Sullivan yang memiliki agenda licik demi kepentingan dirinya sendiri. Pasukan itu terpaksa mengubah misi mereka daripada sekadar pemungut sisa buangan kepada penyelamat dunia.


Ending nya robot tu dah ada badan sendiri, dan comel ya lakonan Hai jin, sha ingatkan bubs tu robot lelaki rupanya unnie (kakak) hahaha tapi terselit juga kerjasama antara pasukan, macam mana kita percaya antara ahli pasukan, dan nilai kekeluargaan, walaupun dorothy berjauhan dengan ayahnya, tapi ahli pasukan tae-ho menjaganya dengan baik sekali.

Selamat menonton :)

April 27, 2020

Sinopsis Bukan Gadis Biasa

April 27, 2020 1 Comments
Sinopsis Drama BUKAN GADIS BIASA lakonan AYDA JEBAT dan Remy Ishak ...

Sinopsis Bukan Gadis Biasa | Assalamualaikum, terjebak lagi kali ini dengan drama melayu yang bagi sha episode pertama saja sudah membuatkan tertarik untuk menontonnya, sha tengok dekat you tube sahaja, tapi kurang minat dengan watak Shiela Rusly dalam drama kali ini, macam annoyed betul haha..sha dengan husband berteka teki di episode pertama, meneka lakonan kanak-kanak yang mana akan ambil watak Ayda Jebat dan Remy Ishak dalam drama ini, maka dengan itu, jom kita baca Sinopsis Bukan Gadis Biasa


Sinopsis Bukan Gadis Biasa

Johana berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya.

Amirul, jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan.

Rayyan memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah.

Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama.

Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia bertemu dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan mula tertarik dengan Johana.

JUDUL : BUKAN GADIS BIASA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Sabtu, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Janjira, Rofa Azzahra Chinta Nadessha
PENULIS NOVEL : Liza Nur
PENGARAH : Azman Haji Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia,  Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

WATAK PELAKON 
Ayda Jebat sebagai Johana
Remy Ishak sebagai Rayyan
Nazim Othman sebagai Amer
Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
Ozlynn Waty sebagai Juliana
Chacha Maembong sebagai Hanim
Mas Khan sebagai Amirul
Idzham Ismail sebagai Bun
Zarul Husin sebagai Suffian
Ako Mustafa sebagai Pak Ya
Shajiry sebagai Bruno Din
Heryanto Hassan sebagai Raja Muzaffar
Lia Natalia sebagai Ujah
Zalfa Zin sebagai Suraya
Ashhry Atan sebagai Azim 

March 23, 2020

Sinopsis Parasite Korea Movie

March 23, 2020 4 Comments

Sinopsis Parasite Korea Movie | Assalamualaikum guys sempena cuti kawalan pergerakan ni..moh lah kita pulun tengok movie korea haha...cuma nya kalau sha movie Parasite ni tak berapa berkenan lah dihati sha haha..bagi 3 bintang ja..tapi kalau korang belum tengok..jom baca sinopsis ringkas dulu ya

Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang lelaki muda bernama Ki-taek serta ahli keluarganya yang semuanya sedang menganggur dan bergelut untuk meneruskan kehidupan. Pada suatu hari, seorang rakan Ki-taek telah membantu beliau untuk mendapatkan kerja sebagai seorang tenaga pengajar terhadap keluarga Park yang kaya raya dan terkenal. Kejayaan Ki-taek memperoleh pekerjaan dengan keluarga Park telah mendorong ahli keluarganya yang lain untuk mula menumpukan perhatian bagi mendapatkan pekerjaan yang berpotensi di dalam kehidupan keluarga tersebut. Akhirnya, satu kejadian aneh, tidak diingini dan sukar dijangka telah melanda Ki-taek dan ahli keluarganya sehingga merubah kehidupan mereka sekeluarga.

Nak tahu apa yang terjadi korang kena tengok sendiri haha, sha download dekat telegram ja movie ni, sebab tengok dekat you tube tiada pula..so selamat menonton ya.




May 18, 2018

Sinopsis Cinta Fatamorgana

May 18, 2018 4 Comments
Sinopsis Cinta Fatamorgana | Assalamualaikum, guysss, selamat berbuka puasa semua, macam biasa, Sabah adalah negeri yang terawal berbuka puasa heee, mesti korang tengah layan habis cerita ini kan? sha tak berapa suka tengok drama TV3 jam 7 tapi since cerita ini lain dari yang lain, terlayan lah juga kan haha..mari baca Sinopsis Cinta Fatamorgana

Image result for sinopsis cinta fatamorgana

Cinta Fatamorgana mengisahkan tentang Huzair dan Rifqi yang telah bersahabat baik sejak mereka masih kecil lagi. Kedua-duanya menyimpan perasaan terhadap seorang gadis bernama Nur Wildad. Selepas selesai SPM, ayah Huzair telah membiayai pengajian mereka di sebuah universiti. Ditakdirkan Huzair dan Wildad bertunang. Namun Huzair selalu sibuk dengan kerjanya membuatkan Wildad semakin rapat dengan Rifqi. Suatu hari Huzair ditimpa kemalangan yang menyebabkannya lumpuh sebelah kaki dan hilang penglihatan. Setelah kembali sembuh, Huzair kembali untuk menjalin hubungan dengan Wildad. Dan Rifqi mengalah demi menjaga persahabatan mereka. Namun akhirnya Huzair menyedari bahawa Wildad lebih menyayangi Rifqi berbanding dirinya.

Apakah pengakhiran cerita ini? kenalah tengok kan haha, sha pun ternanti-nanti episode akhirnya..eh korang jangan lupa pergi solat terawih tauu..selamat berpuasa :)