Sinopsis K-Drama 8 Episode The Glory

Bismillah, 
Assalamualaikum




Sinopsis K-Drama 8 Episode The Glory | Sha baru habis tengok drama ni, gantung sebab episode hanya ada 8, durasi setiap episode dari 40-54 min dan akan ada season 2 pada march ini, drama korea ni di tayangkan di netflix langgan cepat untuk tengok drama ni.

Drama mengenai seorang pelajar sekolah Moon Dong Eun dilakonkan oleh Song Hye Kyo yang telah dibuli teruk oleh 5 orang pelajar sehingga dia berhenti sekolah. Meskipun dia telah beberapa kali melaporkan kes buli terhadapnya kepada guru disekolah namun laporannya diendahkan. Harta dan pangkat membuatkan Park Yeon Jin dan 4 lagi kawannya berani untuk membuli Dong Eun.

Selepas Dong Eun berhenti sekolah dia nekad untuk membalas dendam kepada 5 orang pembuli termasuk seorang gurunya. Dong Eun berhempas pulas bekerja sambil belajar untuk memasuki alam perguruan untuk membalas dendam. Impiannya hanya Park Yeon Jin, di masa yang sama Yeon Jin kelihatan bahagia setelah berkahwin dengan suaminya Joo Yeo Jeong yang berpengaruh dan kaya serta di kurniakan anak yang comel . Dengan itu, Dong Eun lebih bersemangat untuk mendekati keluarga Yeon Jin dan mengatur cara mendekati suami dan anaknya.

Banyak lagi aksi menarik di saat Dong Eun merancang untuk membalas dendam dengan membuatkan kawan pembuli bergaduh antara satu dengan lain. Dan lebih best lagi apabila pembantu rumah sebuah yayasan membantunya dalam mengumpul maklumat berkenaan orang terdekat 5 orang yang telah membulinya. 

Pertemuan Dong Eun dengan watak hero dalam drama ini seorang doktor pakar Ju Yeo Jeong di lakonkan oleh Lee Do Hyun turut bersetuju membantu dia dalam impiannya untuk membalas dendam.

Drama ini berunsur 18+ mempunyai banyak adegan lasak dan romantik sangat tidak sesuai untuk tontonan umum.

Sekian dari ulasan ringkas mengenai k-drama the glory korang dah tengok boleh komen sini best ke tak..tapi watak song dalam drama ni mencerminkan emosi dan perwatakan beliau dari selepas dia bercerai tu, kesian kan,semoga song tabah dan kuat menghadapi masa akan datang


2 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. suka cerita ni..SHK nampak muda sebab kurus kecik

    ReplyDelete
  2. rasanya dlm banyak2 drama Song Hye Kyo, ni yang berlainan sikit and rasa watak dia paling best.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post