Sinopsis Space Sweepers Lakonan Song Joong Ki

Bismillah, 
Assalamualaikum


Sinopsis Space Sweepers Lakonan Song Joong Ki | Space Sweepers antara filem yang trending dan sedang mengungguli carta popular No. 1 di Netflix minggu ini, sha sudah menontonnya kemarin, ceritanya mengenai angkasa lepas dan bagaimana keadaan bumi pada tahun 2092 yang tenat dengan kemusnahan akibat terlalu padat, begitu juga dengan pencemaran, bencana alam dan penyakit yang berbahaya. Song Joong ki bersama kumpulannya dalam misi menyelamat seorang budak berusia 7 tahun yang mana boleh mengubah dunia.

Yang bestnya filem Space Sweepers ini adalah filem angkasa lepas atau sci-fi yang pertama di Korea Selatan. Sebenarnya filem ini sudah dibincangkan pada tahun 2011 lagi, dan baru sahaja ditayangkan pada 5 februari di seluruh negara. 

Sha memang peminat setia pelakon korea Joong ki dari kami sama-sama bujang lagi hihi, tak lah, dari dia ahli running man, sebab dia paling cute di situ haha..sampailah ke drama Descendant of the sun, feeling habis tengok drama tu dan berkahwin dengan heroin nya, kecewa juga dan sekarang keluar filem baru, semua lakonan dia best..

Saksikan Space Sweepers Trailer di youtube



Sinopsis Space Sweepers 

Digambarkan situasi pada 2092, Space Sweepers berkisar mengenai bumi mengalami kemusnahan berpanjangan disebabkan terlalu padat, pencemaran berleluasa, bencana alam, kemarau dan penyakit berbahaya. Pada masa sama, golongan kaya-raya dan berkuasa membina habitat baharu berteknologi tinggi di angkasa lepas dipanggil Utopian Skies. Mereka juga mengambil alih dan menguasai segala sumber bumi menjadikan penduduknya semakin ditindas. 


Kapal angkasa Victory satu-satunya yang bertahan mengutip sisa-sisa buang angkasa demi kelangsungan hidup. Kapal itu dikendalikan kru termasuk Tae-ho, Kapten Jang (Kim Tae Ri), Tiger Park (Jin Sun Kyu) dan robot bernama Bubs (Yoo Hai Jin). Pasukan itu diduga selepas dipertemukan dengan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun iaitu Dorothy. 



Pertemuan itu menimbulkan kekacauan kepada mereka dan Dorothy menjadi kunci utama yang bakal mengubah dunia. Apatah lagi dunia ketika itu berada di bawah cengkaman Sullivan yang memiliki agenda licik demi kepentingan dirinya sendiri. Pasukan itu terpaksa mengubah misi mereka daripada sekadar pemungut sisa buangan kepada penyelamat dunia.


Ending nya robot tu dah ada badan sendiri, dan comel ya lakonan Hai jin, sha ingatkan bubs tu robot lelaki rupanya unnie (kakak) hahaha tapi terselit juga kerjasama antara pasukan, macam mana kita percaya antara ahli pasukan, dan nilai kekeluargaan, walaupun dorothy berjauhan dengan ayahnya, tapi ahli pasukan tae-ho menjaganya dengan baik sekali.

Selamat menonton :)

5 comments:

  1. assalamualaikum Opzzpinky, wah mcm menarik cite ni sains fiksyen..kalau drama korea biasa sy kurang sikit..boleh tgk ni.👏👏

    tq dh masuk bloglist..nnt sy kemaskini bloglist sy👏

    ReplyDelete
  2. macam menarik cerita ni...joong kiiiiii!hahaha

    ReplyDelete
  3. Uish.. macam best.. tak sempat lagi nak tengok..

    ReplyDelete
  4. dulu dulu minat jugak dengan dengan joongki ni tp lepas dia cerai jadi kurang minat hehe skrg pencen suda dari kdrama ni, gigih layan anime ja hehhe

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)