Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

January 18, 2024

Tular Jalan Kinabatangan, Sabah Bagai ke Bulan.

January 18, 2024 1 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Tular Jalan Kinabatangan, Sabah Bagai ke Bulan 


Baru-baru ni tular jalan di salah satu daerah di Sabah iaitu Kinabatangan berlubang yang sangat teruk sehingga menyusahkan penduduk sekitar serta pengguna jalan raya yang lain untuk melaluinya.

Bercerita mengenai jalan tersebut akhir tahun lalu, suami sha ditugaskan untuk bekerja luar daerah selama seminggu lebih, jadi kami mengambil keputusan untuk ikut sekali ke Lahad Datu, memang akan limpas (lalu) jalan berlubang seperti yang sha cakapkan tadi, tidak hanya 1 tempat, malah 3 tempat yang sha dapati jalannya berlubang sepanjang perjalanan dari kinabatangan ke lahad datu tersebut. Menyukarkan para pengguna bila limpas jalan time hujan dan waktu malam. Sudah begitu tiada lagi lampu..kesian betul bah.

Sha sebagai rakyat sabah amat kecewa dengan perkara ini, sudah 2024, jalan raya di sabah masih begitu malah lebih teruk, jangankan di kinabatangan, sedangkan jalan telupid pun sama teruknya, hari itu Raja dan permaisuri datang melawat sabah, itu pun pihak berkenaan baru bertungkus lumus membuat jalan, terima kasih jugalah sebab terbuat juga jalan walaupun hakikatnya tidak tahan lama.

Ini juga sangat memalukan bagi pelancong dari luar negara mahupun dalam negara, di sabah banyak tempat perlancongan tapi fasilitinya sangat daif.

Jadi di harap pihak berkenaan sila lah ambil perhatian dengan isu ini, jangan sampai ada yang terkorban dengan jalan yang sangat teruk ini, atau tak kan mau kena viral baru ada tindakan macam jalan di Kinabatangan ni, Yb yang lain tolonglah turun padang tengok masalah jalan disabah..

Baru-baru ini ada kemalangan melibatkan pemandu lori sampah terbalik ketika sedang mengelak lubang di kawasan berkenaan.


gambar credit to facebook


Update jalan kinabatangan sudah kena tampal, mungkin musim hujan jadi dorang kubur ja tu lubang pakai pasir/tanah..jadi boleh la gambar bikin bukti kena buat..



January 6, 2023

Punca Bekalan Air Bersih Di Sandakan Masin

January 06, 2023 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Punca Bekalan Air Bersih Di Sandakan Masin | Sha ingat lagi awal bulan Disember 2022, pihak service cuckoo menukar filter penapis air, selepas itu air penapis tersebut rasa masin, jadi sha pun komplain dengan HQ cuckoo yang dah 2 minggu air masin, sha fikirkan air masin tu berpunca dari selepas penukaran filter penapis air  cuckoo tu, rupanya satu sandakan rasa air main hihi. Tapi the best cuckoo pun dah 2x tukar filter penapis air sha..hihi

PUNCA BEKALAN AIR BERSIH DI SANDAKAN MASIN

SANDAKAN :  Pagar sungai (river gate) di Sungai Segaliud, yang dirosakkan dipercayai menyebabkan penyusupan air laut ke dalam empangan penahan Sungai Segaliud, sekaligus menjadi punca paras kemasinan yang luar biasa serta tinggi dalam sistem bekalan air pengguna harian di Sandakan.

Difahamkan, laporan Polis turut telah dibuat selepas mendapati bahawa pagar sungai di Sungai Segaliud didapati telah rosak dan kabelnya juga telah dicuri pada bulan lepas.

Akibat kerosakan itu, ia juga tidak dapat membuang air laut dari sistem bekalan, terutamanya semasa kejadian air pasang besar pada bulan lepas. 

Pada masa ini, Jabatan Air mengepam air dari sungai ke empangan bagi mengurangkan tahap kemasinan dalam sistem bekalan air. 

Jabatan Air juga memantau dengan teliti berkenaan isu itu dan memastikan bekalan air pada masa ini masih selamat untuk digunakan oleh pengguna.

Sementara menunggu alat ganti sampai dari luar negara, Jabatan Air turut mencadangkan untuk melakukan pembenihan awan di kawasan Segaliud bagi mendorong hujan bagi mengurangkan lagi tahap kemasinan berkenaan.

ish ish..siapalah yang tak bertanggungjawab pergi curi kabel tu, akibat tindakan tak bermoral dorang tu, satu sanakan sampai sekarang bekalan air bersih masih rasa masin, walaupun dah pakai penapis air, bayangkan kalau tak pakai penapis air, lagi terasa masin nya hihi, apapun semoga dipermudahkan urusan jabatan air sabah untuk menyelesaikan masalah ini..jimat garam hihi

August 12, 2022

Inisiatif Rumah Ronald McDonald untuk golongan B40 di Kota Kinabalu, Sabah

August 12, 2022 1 Comments

Bismillah, 

Assalamualaikum

Pada 5 Ogos yang lalu, majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi penubuhan Rumah Ronald McDonald telah berlangsung di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Kota Kinabalu. Inisiatif Rumah Ronald McDonald adalah kemudahan penginapan untuk golongan berpendapatan rendah bagi memudahkan keluarga ulang alik ke Hospital apabila anak mereka menerima rawatan di hospital berkenaan.




Walaupun Rumah Ronald McDonald ini masih dalam proses perancangan, namun Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) Dato’ Azmir Jaafar berkata, pelan sudah pun disiapkan dan hanya menunggu kelulusan dari kerajaan. Penginapan sementara ini bernilai kira-kira RM 3 juta dijangka siap pada Mac atau April tahun hadapan. 

Kadar Bayaran Penginapan sebanyak RM5 satu malam

Ahli keluarga tentu risau dengan kos penginapan dan buntu mencari penginapan yang dekat dengan hospital. Dengan inisiatif ini, ahli keluarga hanya perlu membayar RM5 untuk satu malam malah pihak hospital turut berganding bahu untuk menaja keluarga yang kurang berkemampuan serta keluarga yang datang dari jauh untuk merawat anak mereka di hospital berkenaan.



Majlis menandatangani perjanjian persefahaman penubuhan Rumah Ronald McDonald di HWKKS disaksikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah

RMHC bantu naik taraf kemudahan sedia ada

Selain dari penginapan sementara ini, RMHC juga telah menghantar permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pihak RMHC menaik taraf balai pelawat HWKKS dengan menambah sebanyak 16 katil yang sebelum ini hanya memuatkan 26 katil berkonsepkan asrama. Harapan Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang dengan menaik taraf kemudahan ini dapat memberikan keselesaan kepada lebih ramai keluarga yang memerlukan.

 


Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) 

menagihkan set happy meals kepada media 

Penubuhan Rumah Ronald McDonald yang keempat di Sabah

Sesuai dengan lokasi penginapan, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah juga dilihat mempunyai ramai pesakit kanak-kanak dan wad kanak-kanak yang terbesar di Sabah.

Selain daripada Rumah Ronald McDonald yang bakal dibina di HWKKS, terdapat tiga Rumah Ronald McDonald beroperasi ketika ini iaitu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Cheras; Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Kesimpulannya, usaha murni Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dalam membantu menyediakan penginapan bagi golongan B40 sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan keluarga yang memerlukan tempat penginapan ketika anak mereka dirawat. Semoga persatuan dan agensi lain turut sama membantu golongan yang memerlukan, dan saya berharap semoga perancangan ini siap sepenuhnya seperti yang dirancangkan.

 

 


April 4, 2020

Bayaran Fasa 1 - Bantuan Prihatin Nasional Pada 6 April Ini

April 04, 2020 2 Comments


Bayaran Fasa 1 - Bantuan Prihatin Nasional Pada 6 April Ini | Assalamualaikum, syukur alhamdulilah bantuan BPN akan dibayar secara berperingkat pada isnin depan setelah PM kita umumkan di berita tempoh hari. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat perintah kawalan pergerakan ini dikeluarkan sejak 18 Mac lalu.
Baca : Terima Kasih PM
Duit yang kita dapat tu, gunakanlah sebaik mungkin ya, besar kemungkinan PKP ini akan dilanjutkan, kita tunggu pengumuman dari Perdana Menteri 10 April ni, so bila dah dapat bantuan tu, rancang lah sehabis mungkin, beli lah stok makanan yang memadai. bayar bil yang patut, bayar rumah sewa, bayar hutang yang ada, jangan tambah hutang lagi, jangan beli emas dulu haha..simpan duit untuk kegunaan masa depan, sebab gaji bulan 3 dapat half saja.

Yang penting korang teruskan duduk rumah, bila dapat bantuan tu, jangan berpusu-pusu pergi bank keluarkan duit, sekarang kan dah boleh check guna online banking, kalau boleh pakai kad debit ja untuk buat pembayaran bila korang belanja.

Sekian entry sha hari ini, hihi semoga dunia cepatlah sembuh dari covid-19

March 28, 2020

Terima Kasih PM

March 28, 2020 3 Comments

Terima Kasih PM | Assalamualaikum, alhamdulilah kemarin PM kita telah menyampaikan berita gembira mengenai Bantuan Prihatin Nasional yang berjumlah hampir 10 Billion kepada rakyat Malaysia akibat bencana Covid-19 yang menyerang seluruh dunia. Syukur tidak terhingga kepada kerajaan baru yang sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat sekarang. Terima Kasih PM dan menteri yang terlibat.

Bantuan ini akan diagihkan pada bulan April dan Mei, sedikit sebanyak dapat melegakan hati rakyat yang terpaksa menanggung kerugian akibat ketiadaan pendapatan di musim perintah kawalan pergerakan di lanjutkan selama 14hari lagi.

Baca : http://www.opzzpinky.my/2020/03/perintah-kawalan-pergerakan-dilanjutkan.html

Seluruh rakyat mendapat manfaat dari bantuan ini, terdapat juga beberapa bantuan lain yang telah PM umumkan :-
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam 
  • Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta 
  • Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
  • Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan
  • Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020
  • Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan  RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020 
  • Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP 
Diharap dengan bantuan ini, semua rakyat Malaysia dapat memberi kerjasama agar terus duduk dirumah, jangan sebarkan virus, cukuplah PKP ditambah 14hari, jangan lagi tambah, semua perlu keluar rumah untuk menjalani aktiviti seperti biasa bila virus ini sudah pulih sepenuhnya.

Semoga Malaysia sembuh seperti sedia kala dan kita dapat menikmati Ramadhan serta Syawal dengan aman, amin