Showing posts with label Coretanku. Show all posts
Showing posts with label Coretanku. Show all posts
June 17, 2014
May 26, 2014
Banyak Dugaan Dalam Perniagaan
May 13, 2014
Saya KUAT !!
May 4, 2014
Tempat Singgahan - Masjid Terapung Likas

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا
Dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya, dan bagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya.” 
Terselfie di kereta hiks :P
Snap-snap dekat tepi masjid, sementara tunggu maghrib, syukur alhamdulilah boleh tersenyum depan masjid, dan I wish that nanti akan dinikahkan di sana..haks..amin..untuk permandangan dalam masjid korang kena pergi sendiri..hihi..
April 30, 2014
Gunting Rambut Selepas BREAK?
April 28, 2014
Santai Isnin


April 27, 2014
The BEST Proposal I've Seen yet :)
Post by Suburgatory.
April 25, 2014
Aku Memang CENGENG
April 24, 2014
Pencuri Senyap
January 17, 2013
Jangan mudah buruk sangka kepada Allah dan orang lain
“Akak, hari ini adik sangat malang. Nak cari orang mengadu. Boleh Ustazah dengar,” kata Kak Ijat.
“Boleh saja… apa berlaku?” tanya Kak Fidah.
“Hari ini hari malang dan terlalu banyak ujian,” kata Kak Ijat.
“Pagi tadi lepas solat subuh, adik tidur kembali, dan terbangun lewat untuk bekerja. Masa nak start kereta, kereta pula susah nak start, kalau panggil lembu bergerak, mungkin lebih mudah,” tambah Kak Ijat.
“Ok….” Jawab Kak Fidah.
“Masa tengahari, adik order daging lembu tempatan NFC, tapi pelayan itu kata tak berbaloi suruh ambil daging lain. Adik tengking dia, yang hina daging NFC kegemaran adik… lepas sejam tunggu, daging yang dimasak pula macam plastik,” rungut Kak Ijat lagi.
“Hmmm…” Jawab Kak Fidah.
“Masa adik nak balik rumah, ada call, adik angkat bateri habis – tak apa, sampai rumah nak duduk kerusi urut adik yang berharga RM20,000, kerusi pula rosak. Segalanya tak betul hari ini? Mengapa hari ini teruk sangat,” kata Kak Ijat sambil menggulung kain tangannya dan menghentam meja.
Kak Fidah hanya tersenyum.
“Cuba dengar pula cerita ini. Nasib baik Ijat terlepas tidur, kalau tidak, Ijat akan sakit kepala satu hari. Nasib baik kereta susah nak start, kalau tidak, Ijat akan keluar 10 minit lebih awal dan bertemu dengan satu kemalangan dahsyat.
Nasib baik masa tengahari itu terlebih waktu kerana makanan tak datang-datang, jika Ijat balik awal akan bertemu dengan bos yang bengis dan bakal kena marah.
Nasib baik, di dalam kereta, telefon Ijat habis bateri, kalau tidak, Ijat akan kena tertipu oleh orang sebalik telefon itu.
Nasib baik di rumah kerusi urut rosak, dalamnya ada short, jika Ijat buka akan gelap satu malam kerana semua suis akan rosak dan malam itu Ijat akan duduk seorang kegelapan. Ok tak Ijat? Ada rasa lega?” tanya Kak Fidah.
“Bagaimana Ustazah boleh berfikiran sedemikian rupa?” tanya Kak Ijat.
“Mudah. Akak tak pernah sangsi dengan Allah. Akak tak pernah sangsi bahawa perancangan Allah adalah lebih baik daripada perancangan diri sendiri.”
Sumber FB :)
October 17, 2012
Kisah bau KASTURI dan ZINA.
Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengin
gatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.
Sumber : FB
September 17, 2012
Insyallah..tunggu tau
September 4, 2012
Sop Nama Saya Review Blog Opzzpinky
- Blog agak berat kerana penggunaan banyak widget. Widget yang kurang penting boleh dikurangkan
- Penggunaan gambar yang bersaiz besar menambah jumlah berat blog. Boleh kecilkan kualiti untuk meringankan blog
- Shoutbox kecil tidak papar link yang ditinggalkan tidak digemari oleh kaki BW [betul ker?]
- Ruang iklan banner kurang sesuai pada pendapat Sop. Jika dimasukkan pada sidebar lebih menarik. Apabila laptop atau komputer saiz kecil, ia mengganggu paparan di sebalah kiri.
Korang rasa-rasa mana sangat betul dimata korang? hehe..sha bukan tak puas hati..tapi saja nak korang komen..hahaha..bah..yala kan kritikan korang sangat dihargai..tapi janganlah bah pedas sangat..nanti nda kena kawan hehe..
Nota Pink : Tengok blog sha kena review di sini thanks juga kepada blogger yang telah singgah di blog ini dan telah memberi pendapat tentang blog sha di kotak komen En sop..insyallah ada masa sha akan kurangkan widget di sidebar :)
August 12, 2012
Siapa Nak Voucher RM300 ??
sorry gambar blurr
ni ahh..sha dapat voucher dari kak Lida Rahim
Hadiah sha menang GA..ala..saguhati ja..dapat ketip kuku..cute..hehe..thanks kak..tapi ni voucher kata kak Lida Rahim sempena hari raya, dia bagi voucher untuk Premium Beautiful boleh tengok ~> SINI
Kalau korang berminat boleh komen SINI, actually sha dah tanya kak Lida Rahim, dia kata ok ja..so tanpa membazirkan voucher tersebut, sha nak pass lah pada orang yang betul-betul nak..sayang ja kalau tak guna kan??
Nota Pink : voucher ni 1 ja, so siapa-siapa yang berminat cepat-cepat contact sha tau !! besok sha umumkan sapa yang bertuah tu :D
August 5, 2012
Asyraf Meragam..egrrhhhh~
auntie tersayang..ngee~
Akhirnya dia berhenti meragam..setelah 3-4 kali dia teriak..adui..penat..sakit otak dengar..arrggggghh..awas kau asyraf..nanti auntie gigit pipi kau..ah..auntie memang vampire..ha ha ha..amik kau !! sekarang dia tengah lena di pangkuaan mama dia..rasanya dia cari susu ibu kot..hehe..puasa asyraf..puasa..mama kau puasa tu sayang..hehe..
Sesibuk mana pun, masih ingat dia..
August 2, 2012
Hadiah Dari Penang
sha dapat 2 biji jam yang ada lakaran bangunan di bandar penang, 6 biji keychain pun ada bangunan or simbol-simbol negeri penang, 2 helai tudung, 2 kotak coklat..
alahai bila lah nak sampai sana..mesti pening sebab bahasanya beda dengan bahasa sabah..ah..amik kau !! hehe
hadiah ini sempena apa ya?? entahlah dia sengaja bagi hadiah sebab mahu mengayat lah tu..haha..tak dalah..apapun..thanks to MR. A, sha suka sangat tudung tu..ngee..nak tengok sha jadi model tudung?? hhehe
lena ja Spongebob tidur atas katil..ok dah..tak leh pandang lama-lama..
July 31, 2012
Bapa tahu sha mahu pulang KK
July 28, 2012
Alhamdulilah, Bapa semakin sembuh
July 25, 2012
Doa korang diperlukan
Subscribe to:
Comments (Atom)






