Jangan mudah buruk sangka kepada Allah dan orang lain


“Akak, hari ini adik sangat malang. Nak cari orang mengadu. Boleh Ustazah dengar,” kata Kak Ijat.

“Boleh saja… apa berlaku?” tanya Kak Fidah.

“Hari ini hari malang dan terlalu banyak ujian,” kata Kak Ijat.

“Pagi tadi lepas solat subuh, adik tidur kembali, dan terbangun lewat untuk bekerja. Masa nak start kereta, kereta pula susah nak start, kalau panggil lembu bergerak, mungkin lebih mudah,” tambah Kak Ijat.

“Ok….” Jawab Kak Fidah.

“Masa tengahari, adik order daging lembu tempatan NFC, tapi pelayan itu kata tak berbaloi suruh ambil daging lain. Adik tengking dia, yang hina daging NFC kegemaran adik… lepas sejam tunggu, daging yang dimasak pula macam plastik,” rungut Kak Ijat lagi.

“Hmmm…” Jawab Kak Fidah.

“Masa adik nak balik rumah, ada call, adik angkat bateri habis – tak apa, sampai rumah nak duduk kerusi urut adik yang berharga RM20,000, kerusi pula rosak. Segalanya tak betul hari ini? Mengapa hari ini teruk sangat,” kata Kak Ijat sambil menggulung kain tangannya dan menghentam meja.

Kak Fidah hanya tersenyum.

“Cuba dengar pula cerita ini. Nasib baik Ijat terlepas tidur, kalau tidak, Ijat akan sakit kepala satu hari. Nasib baik kereta susah nak start, kalau tidak, Ijat akan keluar 10 minit lebih awal dan bertemu dengan satu kemalangan dahsyat.

Nasib baik masa tengahari itu terlebih waktu kerana makanan tak datang-datang, jika Ijat balik awal akan bertemu dengan bos yang bengis dan bakal kena marah.

Nasib baik, di dalam kereta, telefon Ijat habis bateri, kalau tidak, Ijat akan kena tertipu oleh orang sebalik telefon itu.

Nasib baik di rumah kerusi urut rosak, dalamnya ada short, jika Ijat buka akan gelap satu malam kerana semua suis akan rosak dan malam itu Ijat akan duduk seorang kegelapan. Ok tak Ijat? Ada rasa lega?” tanya Kak Fidah.

“Bagaimana Ustazah boleh berfikiran sedemikian rupa?” tanya Kak Ijat.

“Mudah. Akak tak pernah sangsi dengan Allah. Akak tak pernah sangsi bahawa perancangan Allah adalah lebih baik daripada perancangan diri sendiri.”

Sumber FB :)

6 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. oh thts so true. tak rugi bersangka baik dgn Allah

    ReplyDelete
  2. sangat setuju dengan entry nie ... kan kadang kita nie selalu fikir naseb malang..padahal kita yang kelam kabut... bersangka baik dengan ALLAH ...thanks entry nie buat saya tersenyum :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post