
September 5, 2013
1st BE on September - DiGi Prepaid Project Zoom

September 1, 2013
Berbaju Kurung ke Pesta Arak Merderka
Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.
Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.
Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.
Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.
Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.
Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.
Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.
Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Edit Blog Lynn - Shaklee Agent
The Mortal Instrument : City of Bones
August 30, 2013
Edit Blog Mia - SinceYesterdayz
August 29, 2013
Lipstik Collogen Treatment D'Herbs
Assalamualaikum
Sha nak share tentang produk bibir yang sangat bagus untuk wanita dan lelaki yang mempunyai masalah bibir kering atau terkupas, memandangkan barang order dah sampai siang tadi, so nak snap sikit haha..
Actually sha pakai produk ini, dari awal bulan January, tahan lama juga lah, baru ja habis awal bulan lalu tu, cari supplier baru jumpa yang murah..kejap lagi sha bagitahu mana nak beli ya..
- Sebagai penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah
- Melembapkan bibir yang kering dan merekah
- Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan
- Kekal semulajadi selama 12 jam
- Lelaki dan perempuan boleh guna
- Boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan bibir bercollogen
Hari Kecemerlangan Akademik UiTM Sabah
Assalamualaikum
Actually majlis ini kemarin tapi lupa nak update haha..so nak juga update..so dapat sijil lah kan..ini untuk result sem lepas..alhamdulilah..insyallah sem ini nak struggle doa kan ya..ada beberapa gambar sha nak selitkan..gambar ambil sijil tiada lagi..mesti buruk tu..haha
inilah wajah2 yang bakal gradute..haha..agak sopan di situ haha..
Subscribe to:
Comments (Atom)










