February 12, 2018

Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger

Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger | Assalamualaikum, hye korang, uniknya GA dari pokcikblogger ni kan hadiahnya pula Minyak Gonggang, eh sha baru 1st time dengar

Apa itu minyak gonggang?

Minyak Gonggang dihasilkan dari kulit pokok gonggang, sejenis pokok yang sukar ditemui hanya terdapat didalam hutan dikawasan berbukit. Diproses secara tradisional oleh pokcik sendiri tanpa menggunakan bahan kimia. Minyak ini terhad. Demi menjaga kelangsungan hidup pokok gonggang ini, kulitnya harus diambil sedikit dan harus membiarkan kulit pokok ini sembuh semula untuk mengambil kulit yang lain pula. Dan stok minyak gonggang ini pun terhad. Sebelum ini pokcik hanya memenuhi permintaan jiran tetangga saudara mara dan sahabat terdekat sahaja. 

Jadi start 11 Februari 2018 pokcik blogger nak bagi hadiah minyak ini kepada 10 orang blogger yang bertuah bagi memcuba Minyak Gonggang. wahh khasiatnya pun hebat, so guys apa tunggu lagi..jom try

Klik banner kalau nak join ya

February 9, 2018

FEMINGRA Rahsia Keunggulan Wanita

FEMINGRA Rahsia Keunggulan Wanita | Assalamualaikum, hi girls out there, sha nak sharing benda baik punya, kalau korang bergelar "perempuan, wanita, ibu, kakak, makcik, nenek, asalkan korang mempunyai rahim", (sebab sekarang jantina sangat diragui) haha, korang wajib baca entry ini, sebab Femingra ini adalah salah satu minuman yang merungkai rahsia untuk keunggulan setiap yang bergelar wanita.


Mesti korang takut dek kerana sudah terlalu banyak makanan tambahan yang dikeluarkan oleh ratusan jenama diluar sana, ada yang menjanjikan "pasti ketat mengikat" ada pula "minum terui abang nak seround lagi" tapi kita lupa apa kandungan pada produk berkenaan, jangan kata makanan tambahan, nak pakai set penjagaan wajah pun takut, sebar iklan bagai nak rak tapi kelulusan KKM tiada, ish ish..sia-sia produk kena tarik balik..nda kah rugi tu guys?

Apa kebaikan FEMINGRA kepada setiap wanita?
Femingra diformulasi khas dari 7 bahan organik utama berkepekatan tinggi serta diperkaya dengan teknologi MPPT (Micro Pine Pollen Technology). Bahan-bahan yang 100% dari sumber semulajadi dan organik ini telah terbukti membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita. Ia diperkayakan dengan agen perangsang hormon terbaik iaitu Debunga Pain (Pine Pollen). Femingra bertindak balas pantas dan selamat digunakan bagi wanita pelbagai peringkat usia.

FEMINGRA ini diproses di kilang bertaraf GMP, ianya juga diadun dari 8 bahan-bahan organik yang semulajadi dan ada kelulusan KKM. Sebarangan pertanyaan mengenai produk ini, korang boleh rujuk sini. Tapi sebelum itu, mari sha terangkan secara terperinci mengenai FEMINGRA :)

8 Bahan Organik ada pada FEMINGRA
  1. Buah Markisa - Kaya dengan nutrisi, mineral dan vitamin. Tinggi kandungan antioksida  dan  dapat membantu meningkatkan peredaran darah. Selain dari melancarkan pencernaan ianya juga merangsang sistem imun tubuh serta sekaligus memperkuatkan tulang. 
  2. Debunga Pain ( Pine Pollen) - Merupakan egen peransang hormon terbaik Mengandungi mineral, protien dan vitamin yang lengkap untuk tubuh badan Terdapat lebih dari 20 asid amino dan 8 asid amino yang penting Anti penuaan Mengimbang hormon dan meningkatkan testosteron untuk meningkatkan libido Mampu mengurangkan gejala-gejala tidak baik menopause. meningkatkan stamina,kecergasan dan kesihatan wanita
  3. Horny Goat Weed (Epimedium) - Merangsang libido & daya seksual wanita. ianya juga menggalakkan aliran darah dan membantu mengimbangi hormon semasa PMS atau menopause. Mengandungi icariin yang membantu mengurangkan gejala menopause. 
  4. Akar Maca - Afrodisiak yang hebat. Mengimbangi hormon seks dan meningkatkan keinginan seksual. Melaraskan gejala menopause seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh ketika malam, dan kemurungan juga sebagai perangsang kesuburan wanita. 
  5. Manjakani - Mengetatkan tisu dalaman wanita. Menegangkan kulit. Ianya terbaik untuk faraj atau prolaps rahim, gejala pendarahan rahim tidak normal, masalah keputihan dan lendiran tidak normal di dalam faraj. Dapat menghapuskan bau di kawasan kemaluan dan membantu menegangkan payudara. 
  6. Habbatus Sauda - Membantu mengawal pendarahan haid, mengawal intensiti kitaran bulanan dan mengurangkan masalah penghadaman. Ianya juga sebagai pelembap yang baik untuk kulit dan rambut. Mempunyai ciri-ciri anti-radang. Sangat tinggi antioksidan. 
  7. Tribulus Terrestris - Meningkatkan prestasi seksual dan sensitiviti wanita. Selain dari mengurangkan gejala menopause seperti panas badan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi ianya juga dapat mengawal insomnia, tekanan darah tinggi, cepat marah, dan kehilangan minat seksual. 
  8. Pueraria Mirifica - Melegakan gejala menopause dan merangsang nafsu seks. Meningkatkan kelembapan faraj dan membantu meningkatkan saiz payudara. Menggalakkan penghasilan kolagen serta memberi kesan awet muda.


Cara Penggunaan
  1. Bancuh sepeket Femingra bersama 120ml air sejuk/suam.
  2. Minum sehari sekali sebelum makan pada waktu pagi atau tengahari. Tidak digalakkan minum pada waktu malam.
  3. Gunakan secara konsisten sekurang-kurangnya sebulan. Kesan penggunaan dapat dilihat dalam masa 7 hari.
Sekotak FEMINGRA ada 15 sachets. AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Testimonial ringkas dari Sha sendiri


Setiap kebaikan perlu dikongsi bersama, apatah lagi pengantin baru seperti sha, tapi korang yang belum kahwin pun wajib mula menjaga dalaman dari sekarang tau. Terdapat 8 bahan organik yang sha percaya dapat azam 2018 sha tercapai, selebihnya tawakal kepada Allah, tapi apa yang sha ingin kongsikan mengenai kesan FEMINGRA terhadap diri sha sendiri adalah, perubahan ketara apabila "mahkota wanita" kita dipuji suami, eh bukan bahagian sensitif itu sahaja, tapi part luaran, makin menonjol, hormon serasi, haid teratur, bertenaga selepas berani mencuba produk FEMINGRA ini. Kalau nak ikutkan testimonial sha minum jamu dengan minum FEMINGRA ini, rasa dan baunya hampir sama tapi sha masih boleh minum lagi sebab FEMINGRA ini ada rasa manis-manis sedap.

Jadi apa alasan korang untuk tidak mencuba FEMINGRA yang rahsianya sudah terbongkar untuk keunggulan setiap yang bergelar wanita, sebarang pertanyaan korang boleh layari terus ke link yang telah sha share dekat bawah, ingat tauu, siapa lagi akan jaga dalaman kita selain diri sendiri..




Email : info@maxwellhealth.com.my

Khidmat Pelanggan : +6012-326 3304

Alamat : MAX WELL HEALTH SDN BHD (1187418-K) 
21-1, Jalan Cempaka SD12/2, Bandar Sri Dam


February 8, 2018

Alhamdulilah, I'm Pregnant

Alhamdulilah, I'm Pregnant | Assalamualaikum, sujud syukur kepada Allah, walaupun usia perkahwinan sha dan suami baru sebulan lebih, inai dijari pun belum hilang lagi namun rezeki itu tidak pernah salah alamat, bagaimana cara sha mengetahui yang sha sedang pregnant? mari sha nak sharing hihi..*excited mommy to be*

Belum sebulan sha bergelar isteri, mood honeymoon masih ada, namun simptom mengandung sangat ketara, antaranya mual, pening, sakit bahagian breast, kerap kencing, perut cramp dan lain-lain lagi, tersangat nda selesa pada awal perkahwinan, sha selalu mengadu sama suami, dia pun hairan, sebelum kahwin jarang betul sha ada sakit sebegini. Jadi dengan hati yang curious, sha pun cari dekat internet, blog banyak membantu,  hampir setiap hari sha google sakit yang sha alami, dan semua jawapan menjurus kepada simptom PREGNANT, "eh nda akan lah aku pregnant, awal sangat kali" itu ja ayat sha selalu cakap dalam hati, bila bagitahu suami tentang perkara ini, dia jawab "nda mustahil, Allah bagi rezeki awal"


24/1/2018 - Sha suruh suami beli pregnancy test dekat farmasi, sebab curios sangat dengan tanda-tanda yang sha alami sejak kebelakangan ini. Lagi ketara apabila sha gemar makan asam boi cicah dengan limau kasturi pada waktu malam, suami sedang kusyuk dibuai mimpi sha merata benda masam seorang diri haha, sedap owww. Jadi, sebelum solat subuh sha sudah siap-siap kencing dalam bekas, sebab excited betul mau test air kencing buat kali pertama hihi. Lepas suami pergi kerja, sha buat pregnancy test sorang-sorang sebab takut harapan untuk punya anak kecewa depan suami hihihi..sha terus titis air kencing 3 kali pada pregnancy test tadi, kemudian kelihatan 1 line warna merah pada alat tersebut, dalam kepala otak sha, pregnancy test ni kena ada 2 lines baru dicop mengandung, "ok fine, 1 ja pula line yang keluar" dengan nada kecewa sha tengok kotak pregnancy test tu, "eh kejap dia bilang mau tunggu 5 min baru result ada, adehh excited punya pasal bah ni haha" the result showed me 2 lines, 1 line sangat terang dan 1 lagi nda betul terang, macam samar-samar (macam dalam gambar diatas), jadi sha pun dengan rasa excitednya pergi tanya my bff, "tahniah sayang, pregnant sudah kau tu", terus terkaku, Allah mendengar doa sha dan suami.

Sampai ja tempat kerja, suami whatsapp sha tanya result, terus sha kasih tengok dia gambar pregnancy test, dia bilang belum ada rezeki, "astaga b, 2 line bah tu" hahaha suami sha macam nda percaya sebab yang satu line nda clear kan, so dia sudah tanya cousin nya yang juga seorang doktor, dia bilang test balik hari ahad, sebab time sha test pun period baru 1 hari missed, jadi memang baru lagi la kan..adehh sharinaaa, walaupun suami sha macam masih meragui keputusan tu tapi naluri keibuaan sha tu memang menunjukkan yang sha pregnant hihi..kuat kan aura nyaa.


28/1/2018 - Again, sha pun test lagi, memang test waktu subuh sebab air kencing pertama itu memang berkesan, jadi sha pun pergi tandas sorang-sorang lepas kami solat subuh, kali ini main rendam tu pregnancy test di dalam bekas, senyum-senyum sendiri bila kenampakan sudah itu line yang hari tu nda clear, terus dalam hati "nah kan, mengandung bah aku" haha terus cepat-cepat naik pergi atas bilik, kasih nampak result sama suami, terus dia happy tapi nda kasih nampak tu muka happy dalam hati, jadi bapa sudah aku haha

Mulalah hari-hari sha sebagai orang yang mengandung haha

Perkara pertama yang sha mau buat lepas tahu sha sahkan sha mengandung, ialah kasih tahu semua orang tentang berita gembira ini, tapi sayangnya suami kasih limit sama orang yang terdekat sahaja, cehh haha..orang sudah excited dia mau tangguh-tangguh lagi, tapi setiap apa yang dia cakap mesti ada terselit 1001 kebaikan, itulah bestnya suami sha ni, haha kematangannya terserlah haha, lepas itu, nda jadi sha share sama seluruh dunia, sha just bagitahu keluarga terdekat sama kawan-kawan sahaja.

Dan hari ini sha mengambil keputusan untuk sharing dalam dunia blog selepas 6 minggu baby dalam perut dengan izin suami atas niat perkongsian pengalaman kali pertama mengandung, InsyaAllah selepas ini lagi banyak entry mengenai pregnant sha dalam blog ini, harap sangat sha rajin mau taip haha..

Itu sahaja setakat ini, cerita Alhamdulilah, I'm Pregnant, dikesempatan ini, sha tadahkan kedua tangan,  mendoakan agar pasangan diluar sana semoga Allah makbulkan doa korang untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah..amin..

Dan sha mohon doa kalian agar sha dapat menempuhi hari-hari yang mendatang sebagai ibu yang mengandung, yang juga sha yakin dugaannya sangat kuat terutamanya bab alahan..hihi

Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi

February 7, 2018

Full Movie Apocalypto 2006 Watch Online

Full Movie Apocalypto 2006 Watch Online | Assalamualaikum hi guys, kalau korang jenis yang suka tengok filem ganas, wayang ni memang terbaik, walaupun sha bukan antara dalam list yang suka tengok filem ganas dan seram, sha pun belum tengok lagi filem ni, actually tidak berani pun mau tengok hihi, so sha share dekat korang link untuk korang tengok sendiri scene yang ganas itu, errr 

Image may contain: 2 people, swimming

Filem ini ditayangkan pada 2006 arahan Mel Gibson dan tengah viral di facebook selepas sha terbaca post dari NAZRI HAMID

Cerita tentang pengorbanan seorang ayah kepada anak dan isterinya. Ada 2 suku kaum orang asli, 1 kaum baik dan 1 kaum lagi suka menindas dan membunuh kaum lain demi ritual agama mereka. Kaum yang jahat ni pergi la mencari mangsa ke perkampungan kaum lain untuk mencari manusia untuk dibunuh dan dijual.
Si hero dalam cerita ni adalah bapa kepada seorang anak dan suami seorang isteri yang ditangkap untuk dibunuh. Kampung mereka dibakar dan kaum yang lain dibunuh dengan kejam. Cara diorang bunuh memang 18SG betul beb! Ganazzz. Dalam huru hara tu si hero sempat lah menyorokkan anak dan isteri di sebuah lubang. 
Si hero ni ditangkap dan berusaha sampai titisan nafas terakhir untuk menyelamatkan diri untuk pergi ke lubang di mana isteri dan anaknya menyorok. Sedih, suspen, gembira, bangga semua perasaan ada masa korang menonton cerita ni nanti. Banyak pengajaran dalam cerita ni. Begitulah yang patut seorang ayah ada iaitu sifat melindungi anak dan isteri selagi hayat ada.
Full Movie Apocalypto 2006 Watch Online
korang boleh pergi ke laman --http://vexmovies.org/apocalypto

Selamat menonton 

SEGMEN BLOGWALKING BY ZATI


klik banner tanda support, jom join guys

Assalamualaikum, mood hari ini nak join segment, lama menyepi blog sha ni, jadi jom kita menjoinkan diri, syarat mudah sahaja hihi

Mangsa tag : +Mia Liana dan +Eca Dwinky Asha