Pengalaman Menduduki Peperiksaan Online SPA9 Pembantu Pembangunan Masyarakat

Bismillah, 
Assalamualaikum

Pengalaman Menduduki Peperiksaan Online SPA9 Pembantu Pembangunan Masyarakat | Peperiksaan ni pada 7hb yang lalu, sha lambat nak update memandangkan Peperiksaan ni online jadi senang la buat kan duduk rumah ja dah boleh buat masalahnya soalan dalam bentuk psikometrik apakah itu??


Ini merupakan kali pertama sha dapat duduki Peperiksaan dari SPA, sha ingat lagi temuduga kali kedua sewaktu sha mengandungkan anak kedua 8 bulan time tu besar dah perut, malangnya sha gagal ujian amali.


Alhamdulilah rupanya menyangkut pula Peperiksaan kali ni bagi jawatan pembantu Pembangunan Masyarakat dalam erti kata lain Pembantu kebajikan la.. alhamdulilah kekosongan pula di Sabah dan paling best husband sha pun dapat juga..doakan kami lulus exam ni dan dipermudahkan untuk ke temuduga pula..

Ciri-ciri soalan psikometrik


Soalan ada 199, kena jawab dalam masa 1jam 30 minit soalan berbentuk psikometrik yang mempunyai pilihan jawapan seperti

a) sangat setuju
b) setuju
c) tidak pasti
d) tidak setuju
e) sangat tidak setuju

Kebanyakan soalan mengenai sikap positif dan negatif dalam diri..soalan korang boleh cari di google banyak sangat soalan yang sama dengan soalan yang korang dapat. Ada juga soalan dan ulasan jawapan berbayar itu pun korang boleh google serendah RM40 kalau sha tak silap

Sebelum Peperiksaan bermula memang sha akan kaji la macam mana soalan dia kan..70% apa yang sha jumpa dalam Google keluar dalam Peperiksaan tapi masalahnya soalan sangat mengelirukan dan jawapan ada pada diri kita

Tips menjawab soalan psikometrik SPA9


Sha ada terbaca lah beberapa tips untuk menjawab soalan psikometrik ni antaranya hanya jawab jawapan sangat setuju atau sangat tidak setuju, ini kerana kalau korang jawab tak pasti maksudnya korang tidak yakin dengan diri sendiri.

Dan satu lagi, jawapan yang korang jawab adalah atas kehendak penilai SPA itu sendiri, maksudnya dia cari nilai dalam diri kita melalui soalan psikometrik ini.

Ada juga sha dengar positif kan diri korang bila mejawab soalan psikometrik sebab iyalah Peperiksaan mengisi jawatan kosong SPA so mesti penilai mau calon yang baik baik aja..hihi

Tips tambahan yang paling penting adalah pastikan soalan lain sama jawapan maksudnya dalam 199 soalan psikometrik ni kadang ada 2 3 maksud yang sama tapi soalan berbeza. So pastikan jawapan korang konsisten.

Apapun banyakkan cari info mengenai soalan psikometrik banyak soalan tapi ulasan untuk kita dapat jawapan itu kena cari sendiri haha..tapi kalau nak boleh ja bayar kan..

Doakan sha dan husband lulus dan diserap masuk dalam jawatan ni..semoga tips ini membantu korang yang sedang menduduki Peperiksaan Online SPA9 Pembantu Pembangunan Masyarakat. Good luck dan all the best

1 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post