Tasneem Marketplace Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan Tanpa Modal

Bismillah, 
Assalamualaikum

Tasneem Marketplace Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan Tanpa Modal | Zaman sekarang memang sangat popular berniaga dengan hanya menggunakan handphone, ianya lebih fleksible dari segi masa dan tempat, apa yang lebih best lagi berniaga tanpa modal. 


Golongan sasaran kepada platform sebegini adalah  mereka yang menjadi suri rumah tidak kira sepenuh masa ataupun separuh masa untuk menjana pendapatan sampingan dikala kos sara hidup meningkat naik. Sekaligus dapat membantu mereka mempunyai duit sendiri hanya dengan kerja dari rumah.


Baru-baru ini, Syarikat Tasneem yang dikenali ramai melalui produk penjagaan ibu dan bayi berkolaborasi dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo mencipta satu flatform baharu iaitu Tasneem Marketplace (TMP)

Latar Belakang Tasneem

Tasneem Business Legacy adalah sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang menawarkan pelbagai rangkaian produk terbaik dari sumber semula jadi  sangat sesuai untuk bayi, ibu mengandung, penjagaan ibu berpantang, serta turut dikongsikan untuk kegunaan seisi keluarga.

Pada Majlis pelancaran yang diadakan kemarin juga turut mempromosikan produk terbaharu iaitu Fruta Gummy Vitamin c dan DHA dan Rollesh Minyak Aromaterapi 


Selain dari itu, perkongsian Tasneem Mom and Baby Club group konsultasi percuma untuk para ibu bapa mendapatkan ilmu parenting. Jangan lepaskan perluang untuk sama-sama jadi ibu bapa yang hebat !

Tasneem Marketplace Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan Tanpa Modal

Dengan adanya platform Tasneem Marketplace (TMP) dapat membantu golongan suri rumah menjana pendapatan tanpa modal sekali gus berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik. Pihak TMP mensasarkan menjelang akhir tahun ini, dapat melahirkan 10,000 usahawan berjaya menjana pendapatan melalui platform ini. Semoga lebih ramai yang dapat manfaatnya.



Jom sertai Tasneem Marketplace secara percuma

Sempena pelancaran besar-besaran ini, Tasneem Marketplace menjemput kamu yang berminat untuk menjana pendapatan tanpa modal, senang dan mudah ini, sertai pasukan TMP mendaftar sebagai reseller 

Daftar percuma dan nikmati cashback minimum 3% dengan Tasneem Marketplace


Sesi preview akan diadakan pada malam Isnin 22hb Ogos 2022 join group TMP di telegram sekarang >> LINK TELEGRAM

Lebih banyak info :-


1 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Tanpa modal tu yang menarik. Betul, kadang suri rumah ni manalah nak dapat modal pendahuluan kan. Dapat platform macam ni, tak rugi grab.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post