Kebaikan Amalan Menabung Di Era Endemik

Bismillah, 
Assalamualaikum



Faedah Amalan Menabung Di Era Endemik | Fasa Pandemik telah berlalu, negara kita pun sudah beralih ke fasa Endemik dimana memakai mask di tempat awam tidak lagi diwajibkan, masih ingatkah lagi seluruh dunia dilanda wabak Covid-19 di awal tahun 2020, dimana negara kita mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan pada bulan mac 2020, semua sektor diberhentikan seketika, kesan dari itu, banyak antara rakyat kita dibuang kerja dan syarikat lain gulung tikar. 

Bila sudah masuk ke era endemik masih ramai orang diluar sana masih struggle untuk mencari kerja, malah yang ada kerja tetap pun berfikir untuk membuat side income sebab semua lapisan masyarakat terkesan dengan kenaikan harga barang di kala ekonomi kian membangun.

Kebaikan Amalan Menabung Di Era Endemik

Amalan menabung adalah satu tabiat positif yang dididik sejak kecil lagi, apatah lagi di era endemik ini, namun ramai yang kecundang untuk meneruskan hal ini akibat keinginan berbelanja yang tertunggak akibat Perintah kawalan pergerakan di laksanakan, lebih-lebih lagi pada musim perayaan dimana sudah 2 tahun rakyat kita hanya merayakannya di rumah sendiri tanpa pulang ke kampung. 

Namun harus diingat bahawasanya kehidupan rakyat Malaysia kini dilihat kian terbeban dengan kos hidup yang meningkat. Oleh itu kita perlu bersedia secara fizikal dan mental tanpa mengambil remeh tentang aspek kewangan.

Simpanan untuk Masa Depan

  • Bersusah dahulu, bersenang kemudian, ketahuilah bahawa, menabung masa kini akan mencerahkan masa depan, jika korang menabung untuk sesuatu keperluan penting, korang harus set target dan masa, contohnya menabung untuk majlis perkahwinan, korang boleh gunakan laman web savingscalculator.org untuk mengira berapa korang perlu simpan untuk sebulan dari jangka masa yang korang telah tetapkan ini bagi mengelakkan korang mnyusahkan ibu bapa untuk meminjam duit orang lain bagi mencukupkan duit majlis perkahwinan korang sekali gus dapat menyediakan duit backup untuk kegunaan selepas berkahwin.

Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan

  • Benarlah kata pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan" dengan amalan menabung ini, kita dapat gunakannya semasa kecemasan apatah lagi apabila mempunyai anak kecil yang sangat memerlukan rawatan segera, ataupun kita terdesak menggunakan wang untuk menanggung kos perbelanjaan sesuatu perkara yang kita tidak jangka 

Hindari sifat boros dan membazir

  • Dalam Islam, sifat boros dan membazir ini adalah amalan syaitan. Sifat boros dan membazir ini patut dihindari bagi mengelakkan seseorang mengalami masalah kewangan yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, buat perancang yang teliti dan ambil kira keperluan perbelanjaan  dan bukan nya kehendak.

Galakan anak menabung sejak kecil

  • Bagi mewujudkan masyarakat yang bijak menabung, ibu bapa seharusnya menanamkan sifat suka menabung dikalangan anak sejak kecil lagi dengan memberitahu anak kebaikan menabung untuk kesenangan masa depan. Bak kata pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" pupuk sifat sabar dalam menabung, pasti akan memberikan hasil yang memuaskan.

Kaedah menabung zaman sekarang

Terdapat banyak kaedah menabung di zaman teknolongi ini jika dibandingkan dengan zaman dahulu yang hanya menyimpan duit dirumah mempunyai risiko tinggi untuk hilang, dimakan anai-anai atau terbakar. Zaman sekarang menabung secara dalam talian amat popular apatah lagi ianya sangat menyenangkan sesetengah pihak kerana tidak perlu beratur dan membazir masa untuk pergi ke kaunter hanya untuk menyimpan duit, malah jumlah duit dan transaksi juga dapat dilihat dengan mudah.

Secara kesimpulannya, amalan menabung dapat memberi manfaat bukan sahaja masa kita memerlukan tapi juga untuk jangka yang panjang. 



1 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post