Tips Cerai Susu Badan Anak Kedua

Bismillah, 
Assalamualaikum

Tips Cerai Susu Badan Anak Kedua | Teringat dekat entry sebelum ini cerai susu badan anak pertama ,kali ni tulis pula pengalaman cerai susu anak kedua, alhamduilah keduanya menysusu badan lebih dari 2 tahun seperti yang disyorkan dan lepas cerai susu macam mana pula dengan air susu yang ada pada badan kita, nanti sha akan share di entry ini. So ini tips yang sha akan kongsikan tips cerai susu badan anak kedua.




Anak kedua ni lain sikit peelnya, dah lah suka berkepit dibawah ketiak umienya, kemana saja macam bayang bayang umie, kadang rimas jug apatah lagi bila malam kami berdua tak senang tidur eshal  kejap tidur sebelah kiri kejap sebelah kanan, sha terfikir juga ada lagi kah susu badan dia hisap ni..penat jangan cakap la, ibu yang menyusu badan akan selalu sakit badan dan berat badan bertambah sebab kuat makan akibat baby masih menyusu kan.

Sha rasa memang ini lah masanya untuk cerai susu, umur eshal pun dah lebih 2 tahun, macam abangnya juga cerai susu pada umur 2 tahun 4 bulan, kali ini bagi chance umie rehat serehatnya dari susu badan selama 4 tahun 4 bulan 

baca pengalaman sha dalam Proses cerai susu anak pertama

Tips Cerai Susu Badan Anak Kedua 

1. Pilih waktu sesuai : masuk ja umur 2 tahun mama dah boleh start susukan sama ada sebelah siang atau pun malam pilih antara satu, kalau sha, sha akan pilih susu badan sebelah malam sebab malas bangun buat susu botol haha, so siang tu sha akan bagi dia susu botol selang seli dengan susu badan, nanti lama sikit baru kurangkan susu badan.

2. Jangan berhenti susu badan mendadak : okay eshal waktu siang dah sepenuhnya susu botol cuma waktu malam dia masih lagi menempel macam puting babau tu, dah jadi kebiasaan dorang kan susu badan tak hidap pun asal asal ja dapat, so slowly talk dengan eshal sebelum dia tidur tak boleh susu badan eshal dah besar.

3. Elakkan letak benda terlarang pada puting : ini sha ada try letak cuka, lepas tu kena marah dekat baba dorang sebab nanti efek dekat perut dorang pula, fikir betul juga kan, kesian juga so jangan cuba letak minyak kapak ka, vicks ka, cuka ka, jangan ya kesian dekat anak.

4. Sentiasa peluk dan sayang anak : bila proses cerai susu ni melibatkan emosi anak, maka anak cepat terasa dengan kita, mungkin dia akan fikir kita tak sayang dia lagi sebab dah tak bagi susu badan, jadi kita perlu kerap peluk dan cakap sayang dekat dia, bagi alasan yang dia boleh terima , anak perempuan dia manja sikit dari lelaki tapi tetap peluk juga anak lelaki untuk mengelakkan dia rasa terpinggir. peluk anak ini bagus sebenarna amakan sampai dia besar membantu memberikan dia semangat dan kasih sayang

5.Susu botol atau minum dalam gelas : anak pertama sha dia memang tolak susu botol dah banyak jenis sha beli, tapi dia pilih minum susu dalam gelas yang ada straw beli di mr.diy RM1.50 ja senang kerja sha kan, tapi anak kedua ni kat mydin yang murah tu RM10 dapat 2 botol dia rembat ja minum sambil limpang, aik beza kan dia dengan abangnya haha,,tapi perlu diingat bila susu dalam botol banyak kerja sebab kena pastikan botol sentiasa bersih sebelum digunakan dan sentiasa direndam dalam air panas untuk mengelakkan bakteria melekat dalam botol.

Selepasa beberapa minggu eshal dah tak susu badan malam pun dia dah pandai tidur sebelah babanya sebeum ni tidur dibawah ketaik umie ja, tidur kami berdua pun jadi lena bangun pun rasa segar namun sha kadang rindu juga eshal menempel tapi tak boleh nak, bagi umie rehat ya, sha tengah malam tak lagi macam tikus cari makanan di dapur sebab lapar hihi.


Lepas cerai susu apa jadi dekat air susu badan yang tidak dihsiap? 

Soalan ni berlegar di otak sha selepas sha dah tak bagi eshal susu badan so susu sha jadi besar dan keras, sakit apabila disentuh dan terasa berat, actually susu badan yang tidak diransang akan mengering dengan sendirinya, macam demand dan supply, boleh pam susu tapi sha kalau pam susu akan sakit kepala so sha pilih untuk tunggu dia kering, tapi sakit jugalah sebab keras kan, option lain sha akan tuam pakai air suam dan sekarang dah beransur kering. 

Alhamdulilah untuk 4 tahun pengalaman menyusukan 2 orang anak secara berterusan, sha doakan ibu ibu diluar sana juga mampu menyusukan anak sampai umur 2 tahun.




Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post