Bismillah,
Assalamualaikum
Photo credit to google
Sudah Masuk 3rd Trimester, Apa Ibu Mengandung Perlu Buat? | Berdebar rasanya bila sudah ke fasa terakhir mengandung ni, bagi ibu yang pertama kali mengandung dan bakal mendapat cahaya mata, mesti dah banyak kali tanya pengalaman ibu-ibu bagaimana rasanya bersalin, normal atau pembedahan? berapa berat baby? dan sebagainya hihi sha sampai mengandungkan anak kedua ini, soalan seperti ini memang tak lekang dari mulut, sebab orang tua bilang, mengandung pertama atau kedua memang berbeza caranya dan sakitnya.
Sedikit masa saja lagi, ibu bakal berpantang bersama si kecil comel yang dikandungkan selama 9 bulan 10 hari, Sudah Masuk 3rd Trimester, Apa Ibu Mengandung Perlu Buat? ada orang buat persiapan dari sejak dia tahu dia mengandung, ada orang rileks saja dah anak ke lima, buat persiapan pun simple saja, macam sha, pengalaman yang ada semasa mengandung anak pertama, sha nak buat yang lebih baik untuk anak kedua ini, lagi-lagi di fasa 3rd trimester ini, sha alami sendiri bagaimana sakitnya kontraksi, jahitan dan berpantang.
Baca : Sakitkah Kontraksi?
Sudah Masuk 3rd Trimester, Apa Ibu Mengandung Perlu Buat? berdasarkan pengalaman sha mengandungkan dan bersalinkan anak pertama, sha dapati semua list yang akan sha kongsikan sangat penting untuk sebelum, semasa dan selepas kita bersalin.
Baca : Tips Mudah Bersalin
1. Sediakan barangan baby dan kelengkapan ibu berpantang, barang keperluan baby dan ibu berpantang, tidak semua perlu dibeli, sediakan ikut kemampuan dan keperluan saja.
2. Senaman dan banyakkan berjalan, senaman yoga untuk permudahkan bersalin dan banyakkan berjalan juga dapat membantu ibu bersalin dengan cepat
3. Urutan Perineum, kebanyakan para ibu mnegatakan bahawa asbab mereka bersalin tanpa koyakan dan jahitan adalah disebabkan urutan ini. Korang boleh google cara-caranya.
4. Minum minyak zaitun dan kurma, minyak zaitun memang sangat membantu sha dalam proses mengandungkan anak kedua ini, 5 Kelebihan minyak zaitun kepada ibu mengandung, kurma juga makanan sunnah yang korang boleh amalkan sepanjang 3rd trimester
5. Minum Susu Kambing bagi mengelakkan baby kena kuning semasa lahir
6. Belajar cara pernafasan semasa mengajan dengan betul,
7. Ketahui perbezaan kontraksi palsu dan betul, pengalaman sha mengalami kontraksi palsu pada kandungan usia 32 minggu, sakitnya seperti senggugut pada pinggang dan tak perlu pergi hospital
8. Belajar mengenai penyusuan susu Ibu, susu ibu tidak akan keluar dengan banyak pada awal-awal bersalin, jadi korang kena belaraj mengenai penyusuan susu ibu beserta kuantiti nya
9. Penjagaan baby baru lahir, ibu yang pertama kali bersalin, perlulah pertolongan dari orang tua, jangan berpantang sendiri, sebab kita tak tahu apa-apa pasal penjagaan baby baru lahir
10. Penjagaan makanan ibu banyakkan makanan yang sihat untuk menghasilkan susu ibu yang banyak serta mepercepatkan luka jahitan sembuh.
InsyaAllah, dengan perkongsian ini, mudah-mudahan ibu-ibu yang baru pertama kali mengandung dan bakal bersalin sikit masa saja lagi, akan dapat ilmu yang bermanfaat, doakan sha dipermudahkan bersalin ya..amin
semoga saya jugak berpeluang untuk hamil satu hari nanti. InsyaAllah.. Aminn
ReplyDeleteSemoga dipermudah urusan Sha. Aaminnn
ReplyDelete