Traveloka Fly & Win CNY Contest

Traveloka, Fly & Win CNY Contest | Assalamualaikum, beberapa hari sahaja lagi kita nak masuk bulan Februari, eh sedar tak sedar kita dah tinggalkan satu bulan dalam tahun 2018, cepatkan masa berlalu. Maka sudah genap sebulan sha mendirikan rumah tangga pada 22hb hari itu, inai masih dijari, jadi sha masih dianggap pengantin baru kan? hihi elok sangat Traveloka ada buat contest, sesuai betul dengan mood pengantin baru kalau dapat menang pakej bulan madu, ahhh ini sha nak bercerita panjang tentang Traveloka, Fly & Win CNY Contest, macam best kan?


Kalau korang nak tahu, Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan penginapan hotel terkemuka di Asia Tenggara. Jadi tdak hairanlah jika traveloka membawa korang untuk merasai percutian hebat sempena Tahun Baru Cina ini. Plan nak ke mana cuti Tahun Baru Cina ni? kalau jawapannya stay dirumah sahaja untuk tengok drama korea, eh rugilah cuti Tahun Baru Cina panjang tahuu. Kebanyakan syarikat berbangsa Cina akan bagi cuti paling banyak seminggu, paling baik hati. Kena lagi cuti perayaan ini jatuh pada hari jumaat, bagi yang kerja hari sabtu juga double horey, gaji tetap jalan sebab time itu memang cuti, paling heaven. Belum kira bonus tahunan kaching-kaching dalam poket..Kalau sha dulu kerja disyarikat Cina, bulan Tahun Baru Cina memang bulan kemeriahan apatah lagi bagi yang berbangsa cina yang merayakan perayaan ini, mana tidaknya, angpau dari boss, bonus tahunan, gaji, dan komisen, senyum yang biasa pun yah boleh jadi lebar punyaa oooo hihihi. 

Berbalik dengan apa yang sha nak kongsikan dengan korang mengenai Traveloka dalam perkongsian entry kali ini, Traveloka akan melancarkan promosi percutian melalui pertandingan online yang mana Traveloka memberikan penerbangan, penginapan dan percutian yang sangat-sangat menarik kepada pelanggan yang Traveloka sayangi dengan syarat perlu sertai dan memenangi contest tersebut dan korang bersama pasangan akan berpeluang untuk mendapatkan hadiah seperti pakej percutian yang eksklusif dan paling penting sekali tiket penerbangan pergi dan balik beserta penginapan hotel diluar negara free beb, lumayan kan korang? itu sha belum ceritakan lagi tentang dimana tempat-tempat yang bakal korang kunjungi kalau korang antara salah satu pemenangnya, sha pun excited sangat-sangat pasal contest ni. Mari kita check it out.

Terma dan Syarat

  • Traveloka Fly & Win CNY Contest ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, tidak kira suka main game, pemain game tegar ataupun yang tidak minat main game dengan syarat 18 tahun keatas pada bulan January 2018, yang genap umur 18 tahun pada bulan ini akan disifatkan telah pun meminta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga mereka.
  • Contest ini juga tidak valid kepada kakitangan dan ahli terdekat Traveloka Sdn Bhd (penganjur), anak syarikat, pengiklanan/agensi PR dan pembekal.

Tempoh Peraduan akan dijalankan dari 22 Jan 2018 hingga  28 Feb 2018. Sempat lagi kalau nak join..hihi Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan jika dianggap perlu tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.




Cara Menyertai Permainan 
  • Pergi ke laman web Traveloka CNY 2018 Contest.
  • Klik button START GAME untuk bermula. 
  • Sentuh skrin sekali lagi untuk membolehkan kapal terbang korang terbang dan memulakan permainan. 
  • Tinggal di tengah-tengah skrin sehingga set pertama bangunan dan halangan muncul

score tertinggi, jangan lupa untuk share di laman facebook korang ya


Peringkat Kelayakan 
1. Peserta dikehendaki mempunyai yang berikut untuk memasuki Cabaran Traveloka Fly & Win CNY: -
  • Peserta mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah kepada orang ramai untuk menyerahkan penyertaan permainan mereka. 
  • Peserta hendaklah menjadi pengikut Peminat Facebook Facebook Page. 
  • Peserta dikehendaki memainkan Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di laman web yang disediakan oleh Penganjur. 
  • Peserta perlu mengisi butiran mereka di halaman pendaftaran yang disediakan oleh Penganjur.
2. Peserta boleh berkongsi maksimum 5 kali sehari. 
3. Peserta dikehendaki mencapai skor tertinggi; hanya tiga pemenang utama yang akan dipilih untuk 4 Hadiah Utama yang dinyatakan di bawah seksyen 5.2. 
5. Peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang dinyatakan di bawah seksyen 5.3 dengan berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook. 
6. Pemenang akan dipilih secara rawak. 
7. Kegagalan mematuhi perkara di atas akan mengakibatkan kehilangan kelayakan peserta dan tidak layak untuk memenangi hadiah.

Hadiah untuk Pemenang Peringkat Akhir
Terdapat 3 hadiah untuk pemenang peringkat akhir yang akan memenangi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY.

Hadiah cabaran adalah seperti berikut:
  • Pemenang Hadiah Utama akan memenangi trip selama 6 hari 5 malam di Seoul (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.
  • 1st Runner Up akan memenangi trip selama 5 hari 4 malam di Phuket (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.
  • 2nd Runner akan memenangi trip selama 4 hari 3 malam di Langkawi (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.
Hadiah Cabaran Traveloka Fly & Win CNY kategori share di laman Facebook adalah seperti berikut:
  • 2 voucher Traveloka bernilai RM1000; 2 pemenang yang layak di mana setiap pemenang  akan memenangi 1 voucher Traveloka bernilai RM 1000.
Bagi pemilihan pemenang, keputusan Penganjur adalah muktamad dan mengikat dan tiada surat-menyurat atau rayuan selanjutnya akan dilayan. Terma & syarat tambahan berhubung dengan hadiah akan dikenakan.

Pemenang Cabaran Traveloka Fly & Win CNY akan diumumkan di laman Facebook rasmi Traveloka. Pemenang akan dihubungi menerusi alamat e-mel yang sah yang dikemukakan oleh mereka semasa menyertai Cabaran Traveloka Fly & Win CNY.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita mula kumpul score banyak-banyak untuk menang percutian impian korang dan pasangan. 

3 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. rasa macam kanak2 riang main game ni tp hadiah lumayan gilak ! =D

    ReplyDelete
  2. Senang je nak main game dia kan. Janji kumpul markah banyak2 utk peluang menang hadiah lumayan tu. Siapa nak bagi percutian percuma kalau bukan traveloka.

    ReplyDelete
  3. paling tinggi dapat 100 markah..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post