Sumbangan Bantu Suria Lekat Lekit

Sumbangan Bantu Suria Lekat Lekit  | Assalamualaikum, dunia blogger digegarkan dengan berita saman RM3juta yang dikenakan oleh salah satu pengusaha skin care kepada Suria Lekat Lekit atas kenyataan yang dikeluarkan diblog berkenaan menjatuhkan perniagaan mereka. Ramai blogger dan rakan sosial media turut simpati dan memberi Sumbangan Bantu Suria Lekat Lekit, sama ada dari segi kewangan ataupun khidmat review barangan mereka.

Saya seorang blogger yang banyak menulis review & pendedahan tentang produk produk kecantikkan untuk masyarakat. Akibat dari perkara tersebut saya telah di kenakan saman sivil kerana menulis satu pendedahan
Suria Lekat Lekit merupakan blogger yang selalu berkongsi pendapatnya tentang produk kecantikan diBlog dan diFacebook. Bagi sha, kak suria sangat berterus terang dalam penilaiannya, namun ada pembaca yang boleh terima dengan cara baik tapi ramai juga yang cepat terasa hati dengan olahan beliau. 

Saman telah di failkan di negeri pantai timur sedangkan saya di Selangor Memang pada permulaannya saya memilih untuk membiarkan saja kes ni Kerana saya tiada kemampuan untuk membayar kos guaman Tapi atas nasihat peguam.. Jika saya tidak melawan atau membela diri Saya bakal berhutang sebanyak RM3juta kerana tuntutan saman tersebut & di mufliskan Sekarang kes saya masih dalam prosiding di Mahkamah Saya sedang membuat rayuan untuk memindahkan kes ke mahkamah shah alam Bagi menjimatkan kos. 
Luahan hati mengenai proses saman sivil terhadap beliau membuatkan sha rasa terharu bertapa kuatnya hati kak suria menghadapi masalah sebegini. Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Saya perlu Berjuang kerana bagi saya perjuangan ini bukan hanya untuk diri saya Malah untuk mereka yg lain juga Saya berharap akan ada ramai pihak akan tampil membantu Memberi sumbangan supaya saya boleh terus berjuang di mahkamah 
Walaupun hakikatnya sha tidak pernah bertemu dengan blogger ini, sha menyeru marilah kita hulurkan Sumbangan Bantu Suria Lekat Lekit, jika tidak mampu dengan wang ringgit, boleh tadahkan doa semoga dipermudahkan beliau mengharungi.

Sesiapa yang berniat untuk menyampaikan Sumbangan Bantu Suria Lekat Lekit, boleh di buat melalui Maybank account 162795008709 (Nursuria) dan hubungi Facebook beliau Suria LekatLekit, semoga dengan entry ini dapatlah membantu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kak suria. Amin :)

3 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post