5 Entry Paling Menyengat September 2017

Assalamualaikum dan Selamat datang Bulan Oktober, cepat ja masa berlalu, bulan lalu baru buat 5 Entry Paling Menyengat Ogos 2017, kali ini untuk bulan September pula.



5 Entry Paling Menyengat September 2017

1. Segment Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia
Segmen yang dilancarkan oleh rakan blogger sabahan iaitu Sofinah Lamudin, menampilkan pelbagai hadiah gadget yang menarik untuk dimenangi, segmen ini mengenai suai kenal, dalam entry korang boleh kenalkan diri dan tarikh tutup penyertaan sehingga bulan Disember, so ada masa lagi kalau nak join kan :) good luck sis sofie

2. Lirik Lagu Baby Shark
Tangan macam ketam bila anak-anak buah sha dengar lagu ni..haha aunty pun ikut goyang sama tau, baby shark doo doo doo sampai pengsan haha..

3. Google Adsense Approved dan 3.3k Page View
Alhamdulilah, pada hari pertama bulan September, permohonan google adsense diterima setelah 5kali membuat permohonan, ada tips sha kongsikan disitu dan pada hari sama juga page view blog untuk kali pertama mencecah 3.3k so wow!

4. Hebatnya Dugaan Bertunang
Selamat bertunang kawan-kawan, another one step closer, jangan bertunang lama-lama tau, banyak dugaannya. Dan sebaiknya sembunyikanlah pertunangan, kalau break nanti taklah teruk sangat kan? hihi..pesanan untuk diri sendiri :P

5. Mengenali PayuDara Anda Sendiri
Entry mengenai kesedaran tentang perubahan anggota penting kita. Jangan ambil mudah, perlu kerap periksa untuk mencegah dari kehilangannya, kan mencegah lebih baik dari mengubati :)

Jumlah entry untuk Bulan September adalah 11 sahaja hahaha, aduhai sedihnya, makin sikit pula sharina oi..sha sibuk bulan lalu, banyak sangat cuti sekolah, alasan boleh terima tak?

Dan Top refferel untuk Bulan September adalah Cik Sayidah Napisah, dan sha ada letakkan feed percuma untuk blog Sayidah pada bahagian footer, korang boleh singgah dan baca blog menarik beliau

Itu sahaja 5 entry yang paling menyengat pada bulan lalu, sekian terima kasih kepada pembaca setia blog sha..korang memang awesome bogiaa..

9 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post