Mengenali PayuDara Anda Sendiri


Mengenali PayuDara Anda Sendiri | Assalamualaikum, Pentingnya kesedaran awal mengenai salah satu penyakit tertinggi dikalangan wanita iaitu Kanser PayuDara. Baru-baru ini, ibu sha telah menjalani pembedahan buang keseluruhan payudara sebelah kiri akibat 3 ketul ketumbuhan pada payudaranya. Jadi tips kali ini sha bawakan untuk Mengenali PayuDara Anda Sendiri.

Related image

Oleh itu, jangan ambil mudah tentang perubahan bentuk payudara korang, entry ini khas untuk bacaan semua remaja, yang belum berkahwin, yang telah berkahwin, warga emas dan tidak terkecuali bagi kaum lelaki
  • Biasakan diri dengan perubahan normal payu dara
  • Periksa sebulan sekali, pada hari ke7-10 dari hari pertama haid
  • Jika putus haid atau kitaran haid yang tidak tetap, dan untuk lelaki pilih hari yang sama setiap bulan
  • Juga semasa hamil.

Dapatkan nasihat doktor jika korang mengesan :-
  • Perbezaan luarbiasa pada saiz, bentuk, rasa permukaan kulit dan warna payudara
  • Lekukan atau kedutan pada payudara
  • Perubahan kedudukan puting dan puting tenggelam
  • Ketulan dan benjolan luar biasa dimana-mana bahagian payudara

Mengenali PayuDara Anda Sendiri

1. Lihat - Tanggalkan pakaian korang hingga ke pinggang dan berdiri di hadapan cermin. Ini harus dilakukan dalam bilik yang terang. Perhatikan payudara dalam 4 kedudukan seperti berikut:-
  • Kedua-dua lengan lurus di sisi
  • Kedua-dua tangan dipinggang
  • Kedua-dua tangan diluruskan ke atas
  • Tunduk ke hadapan
2. Baring dan Periksa - Baring melentang dengan meletakkan lipatan tuala atau kain dibawah baru kiri. Ini membolehkan payudara leper dan melebar. Letak tangan kiri dibawah kepala. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara kiri. Periksa seluruh kawasan dari tulang selangka hingga ke garis kesan coli di bawah payudara dan dari bahagian tengan dada hingga paras ketiak ditepi

3. Periksa Payudara - Rapatkan jari kedua hingga keempat dan gunakan bahagian rata untuk memeriksa. Gerakan jari dalam bulatan kecil sebesar syiling 20sen. Tekan dengan perlahan tetapi mantap untuk mengesan sebarangan perubahan yang luar biasa.

Bayangkan payudara sebagai permukaan jam. Mulakan pemeriksaan dititik pukul 12 dan bergerak sekitar kawasan payudara sehingga sampai ke titik permulaan tadi. Alihkan kedudukan jari kebawah, jarak anggaran satu jari dan ulang pergerakan pemeriksaan dalam bentuk bulatan kecil hingga sampai ke kawasan puting.

Tolak puting ke tepi dan periksa bahagian bawah dan sekeliling puting. Korang akan merasa penebalan yang normal dibawah puting payudara dan dibahagian garis kesan coli. Penebalan dibahagian garis coli ini menyokong payudara.

4. Ketiak - Alih lengan kiri, dan luruskan ke bawah di sisi. Periksa payudara dikawasan ketiak

5. Payudara Kanan - Alih lipatan tuala atau kain ke bawah bahu kanan. Letak tangan kanan dibelakang kepala. Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan pula. Ulang langkah-langkah seperti yang dilakukan untuk payudara kiri tadi.

Semoga dengan langkah kesedaran awal ini, rawatan perubatan yang segera dapat menyelamatkan payudara dan juga nyawa korang. Dan pesanan sha, jika terdapat tanda-tanda kecil, jangan takut untuk berjumpa dengan doktor, kerana bila ketulan kecil itu, akan menjadi semakin besar jika tidak mendapat rawatan awal. 

Perkhidmatan ini dianjurkan oleh Persatuan sokongan kanser payudara kinabalu
Gambar kredit oleh google


6 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. betul tu...wajib periksa payudara kita...

    ReplyDelete
  2. penting kan buat pemeriksaan ni..
    sbgai wanita payudara ni kan antra anggota bdan yg penting..

    ReplyDelete
  3. Tq for the info.. kita wanita mmg kena sentiasa alert dgn kesihatan badan kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post