Pengalaman Membida di Laman Web Chilindo


Assalamualaikum para pengemar membeli belah secara atas talian termasuklah sha sendiri, mesti korang sudah sedia maklum tentang kewujudan sistem bida secara atas talian untuk barangan rumah, peribadi wanita, lelaki, kecantikan dan lain-lain lagi di laman web Chilindo, bukan? Yang pastinya siapa sudah memasuki laman tersebut tidak akan dapat menahan jemari untuk menekan butang bida pada skrin seperti gambar diatas, yang belum pernah, mari sha kongsikan pengalaman sha membida barang di Chilindo.

Laman Web Chilindo http://www.chilindo.com/my/

Apa itu Chilindo
Tapi sebelum itu, sha ingin berkongsi sedikit infomasi tentang Chilindo, dimana laman web ini akan melelong kesemua barangan bermula dari RM 0.10 dalam erti kata lain, minimum 10 sen sahaja, sehinggalah pengguna lain turut sanggup membayar berapa banyak jumlah untuk sesuatu barang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, maka dia adalah pememangnya, seronok bila dengar kan.


Berikut adalah hasil bidaan yang telah sha menangi pada fasa pertama sha memasuki laman web tersebut, jika korang boleh perasan disitu, ada beberapa barang yang agak pelik untuk kita berfikir apakah ianya berguna ataupun tidak selepas memenanginya. Pada sha memenangi sesuatu bidaan itu, amatlah seronok, terasa diri ini sudah dapat 4 Flat dalam CGPA peperiksaan, walaupun hakikatnya barang itu tidak perlu sebenarnya..hahaha

Pengeluaran barang bidaan yang tidak diingini
Namun, dengan cetek ilmu tentang proses keluarkan barangan yang tidak diperlukan, sha pun dengan sedih hati setuju untuk membayar ketujuh-tujuh barangan itu. Hakikatnya terpaksa membayar RM 68++ termasuklah RM8 untuk kos penghantaraan.

Ingin sha tekankan disini, bahawa barangan yang korang tidak perlukan dan ingin melepaskannya, korang boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak Chilindo, email barang tersebut dan tunggu pengesahan daripada pihak mereka.

Proses pembayaran yang sangat lembap
Beza dengan laman membeli belah yang lain, Chilindo mengamalkan sistem pembayaran menggunakan kad kredit sahaja, jadi pengguna lain terus membayar secara manual menggunakan bank masing-masing dan terus email bukti pembayaran pada pihak Chilindo. Walaupun pihak Chilindo mengatakan sistem begini adalah yang paling selamat.

Dari pengalaman sha, proses ini sangat lembap, sha sendiri tidak tahu lepas buat pembayaran, pihak Chilindo sudah dapat terima pembayaran tersebut ataupun belum kerana tiada pemberitahuan lepas buat pembayaran kena hantar email dengan siapa, jadi sha terpaksa tunggu seminggu dan email pihak Chilindo sendiri pasal masalah ini.

Penghantaran
Sha berpuas hati dengan penghantaran yang cepat dan tepat ke alamat dengan hanya RM8 sahaja, berbanding dengan kos lain yang kos penghantarannya mengikut berat barangan tersebut. Tapi ketujuh-tujuh barangan sha ringan juga.

Kepuashatian Pelanggan 
Walaupun harga murah berbanding dengan barangan dilaman web lain, alhamdulilah sha puas hati dengan barangan yang telah berjaya dibida pada lawan web Chilindo ini. namun sha belum terfikir untuk membida pada fasa kedua selepas ini, haha.

Tongkat selfie monopod RM6.30
Tripod Octopus Fleksibel RM 3.20

Kasut Eve wanita RM 15.90

Ini antara barangan yang telah sha bida, maka dengan itu, sebelum korang membida fikir dua kali lima dahulu, dan pastikan bidaan korang pada musim gaji bagi mengelakkan bidaan dikeluarkan, bida barangan yang perlu sahaja, dan jangan membazir, sekian dari pengalaman sha membida di laman web Chilindo, pengalaman korang pula macam mana?

15 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. murahnya tongkat selfie tu..hhihihi

    ReplyDelete
  2. hehehe.. Nurul tinggal tunggu masa je nak membida.. memang rambang mata..

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/08/selesai-mendaftar-dengan-komaci.html

    ReplyDelete
  3. Kak Sha pun terjebak juga dgn Chilindo haha.. Betul tue Kak.. sy masuk laman tue pun byak kali juga fikir.. last2 tak jadi~~

    ReplyDelete
  4. macam best jak main bida bida barang di chillindo ni..

    ReplyDelete
  5. xperna sis dgr laman web ni tp mcm siuk pula . cantek kasut tu sha =D

    ReplyDelete
  6. tak berani nak membida di chilindo ni. kanggg termakan hasutan nafsu membeli bila tengok harga murah-murah belaka hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha btul tu, sgt kuat hasutannya, hati2 bila mbuka nya haha

      Delete
  7. Kalau dah bida, pastu buat tak tahu taknak amik, ada tindakan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itu sha xtau pula, tp lbh baik hubungi pihak chilindo untuk mngeluarkan brgan yg telah dimenangi tu..sng tidur, xda fkir byk2 kan..:)

      Delete
  8. Kak sha, klau bt pmbayaran cash on delivery mcm mna ye.. diorg akn hntr ga ke..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post