Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Bukan Kerana Aku Tak Cinta mengisahkan seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. Ahmad Ziyad Jebat, dibesarkan keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh.

Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab.

Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati menarik hati Mastura iaitu adik ipar majikannya, Uwais. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat rimas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak berputus asa.

Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian mata.

Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. Dapatkah Mastura menerima Jebat selepas mengetahui suaminya dulu bekas gengster, kaki judi, minum arak, kaki perempuan dan segala macam kejahatan pernah dilakukan Jebat?



Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sarat dengan konflik menyentuh perasaan. Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan.

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan  Sharnaaz Ahmad sebagai Ahmad Ziyad Jebat dan Nelydia Senrose (Mastura), Iqram Dinzly (Cif Inspektor Aryan), Tony Eusoff (Tiger), Adlein Sein (Airen), Lisdawati (Hanan), Alex Yanz (Uwais), Azhar Sulaiman (Wahab) dan Datuk Jalaluddin Hassan (Tan Sri Idris).

Bukan Kerana Aku Tak Cinta arahan Jamal Khan

Drama adaptasi novel karya E-Man Sufi atau nama sebenarnya Hafizah Mohamed itu diterbitkan syarikat produksi, Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil 

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan disiarkan sebanyak 60 episod (satu episod setengtah jam) di Astro Mustika HD (saluran 134), jam 10 malam.

4 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post