March 27, 2020

Rindunya Zaman Bujang


Rindunya Zaman Bujang | Assalamualaikum, rindu ini memang selalu datang bila tengok gambar-gambar lama, lagi lagi dengan manusia ni, rindu sangat sekarang pun dia berada di nun jauh di semenanjung, berkhidmat untuk negara, tahniah atas pelantikan mu wahai adikku Balyna menjadi wirawati negara, firefighter gitu...mesti kau pun rindu zaman kita bersama dulu kan..haha

Teringat time kita hidup berdua, pergi kerja sama-sama, hantar kau dulu, dekat ja tempat kerja kita kan, lepas dari kerja kita pergi makan fast food di giant kolombong haha, siap usha-usah abang yang jual chicken chop tu, lai ingat ka time kita pergi KK naik kancil haha seram gila 1st time drive jauh-jauh semata-mata mau cuci mata ja..haha then kita bebas pergi mana asal ada minyak kereta kan..bestnya time tu..

Sekarang dah lain, dah berumahtangga ni, keadaan tak akan sama macam dulu..terhad, lebih kepada suami dan anak, dan rumah haha..insyaAllah nanti ko dah jadi isteri nanti ko akan faham juga tu, eh aku doakan ko ditemukan jodoh yang kau idamkan haha..kerjaya dah ada, boleh lah start cari jodoh ya..haha

Insyallah nanti edan dan adiknya dah besar, aku bawa dia balik kampung, rindu juga dengan kampung kamu..hahaha..terutamanya mama dan bapa mu..mesti dorang sunyi kan..maklumlah anak-anakny jauh..so cepat-cepat kahwin lai oiii haha

Doakan aku dipermudahkan bersalin july ni ya lai..rindu kauu sangat-sangat hahaha
sorry pada penggunaan 'aku' pada entry ini, 1st time hahaha


Susu Badan Drop Semasa Mengandung


Susu Badan Drop Semasa Mengandung | Assalamualaikum dan salam satu breastfeeding hihi, menyusukan baby sendiri adalah satu pengalaman yang sungguh manis buat ibu-ibu yang baru melahirkan, bertekad untuk memenuhi kehendak baby dengan menyusukannya sehingga tahap degree iaitu 2 tahun adalah pencapaian yang patut dibanggakan, sebabnya tidak semua ibu-ibu berpeluang untuk berbuat demikian, namun bila disahkan mengandung sebelum baby berusia 2 tahun sangatlah mencabar apabila susu badan drop semasa mengandung.

Sha telah mengalami situasi ini sejak umur kandungan 3bulan, susu badan tiba-tiba drop dan edan masih menyusu badan sampai sekarang, pada siang hari sha memang akan bagi dia makan dan minum air masak dengan banyak, so sesi penyusuan tidak begitu demand tapi sesi malam pula sangat susah sebab edan dah biasa tidur sambil menempel dengan susu badan so memang dia susah mahu tidur dengan lena. Solusinya sha letak air masak pada botol dan biarkan dia menyusu badan sampai dia puas hati lepas itu sambung pula dengan menyusu air masak dalam botol, begitulah sehingga kini.

Untuk pngetahuan, edan langsung tidak menerima susu formula, walaupun sudah banyak produk susu sha dan husband beli untuk dia, sama ada beli pek kecil ataupun request sample susu percuma, hasilnya dia tetap serasi dengan meminum air masak dan susu badan.

Hati ibu mana tak risau, bila anak minum air masak saja, cukupkah tidak apa yang dia dapat, kalsium terutamanya. Badan edan pun dah semakin kurus, tapi edan kuat makan, selagi berak dan kencing dia ok, rasanya tak perlu risau..selebihnya sha topup dalam makanan.

Semoga edan sihat selalu ya nak..

March 26, 2020

Permohonan Jawatan Kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Menggunakan Sijil PMR/SRP

Permohonan Jawatan Kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Menggunakan Sijil PMR/SRP | Assalamualaikum, disebabkan kekurangan staff KKM akibat bencana covid-19 ini, kementerian kesihatan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk mengisi jawatan atenden hospital/pembantu perawatan kesihatan U11 hanya menggunakan sijil PMR/SPR sahaja



Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai Kelulusan  Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang tugas jawatan atenden hospital/pembantu perawatan kesihatan U11 ini lebih kepada membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Bagi permohonan jawatan tersebut sebanyak 1407 kekosongan diperlukan dan korang bolehlah memohon di lawan web rasmi SPA Malaysia klik sini

Tarikh Tutup 1 April 2020 Jam 11.59pm
Untuk maklumat mengenai iklan jawatan tersebut, korang boleh klik di sini

Semoga dengan pekerjaaan ini dapat membantu ramai lagi masyarakat yang memerlukan khidmat korang..semoga berjaya

Pan Cake Simple untuk Anak


Pan Cake Simple Untuk Anak | Assalamualaikum, sejak kawalan pergerakan ni bermula memang para isterilah yang paling bingung nak sediakan makanan untuk ahli keluarga kan..apatah lagi kerja bapa dengan anak asyik lapar ja..haha..stok biskut dah kurang, jadi apa kata kita cuba pula resepi pan cake yang simple untuk anak, eh untuk anak ja ka? aip..boleh makan satu keluarga kalau pan cake begini punya sedap haha..

Bahan-bahan pun senang dapat, sha guna susu dugro coklat edan, sebab dia masih setia dengan susu badan, dia tolak dengan tegas minum susu coklat ni, sayang pula mau buang kan, so terlintas dipikiran buat pan cake, boleh ja korang gantikan dengan milo, tapi milo manis..

Bahan-Bahan

2 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Susu Tepung Coklat 
1 Sudu Kecil Garam
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat

Caranya - Campurkan semua bahan dalam satu bekas, letakkan air masak, jangan bagi cair adunan tu, agak-agak macam buat pan cake biasa juga..then masak di kuali dengan sedikit minyak..siap

Biasanya pagi-pagi edan akan bangun jam 6 pagi sebab lapar, bila stok biskut dia dah habis, so ini  antara menu sarapan yang cepat sha buat supaya dia tak mengamuk sebab lapar..haha..bukan setakat anak ja boleh makan tau, bapa dia pun makan sekali..sedap dan tak manis, korang try la ya..

March 25, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020



Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 | Assalamualaikum, berikutan dengan kes Covid-19 meningkat kebelakangan ini, maka Perdana menteri memutuskan untuk melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan selama 14 hari lagi iaitu 31 March hinggah 14 April menjadikan tempoh kawalan adalah hampir sebulan.

Mendengar berita ini, sha tahu semua rakyat Malaysia agak down sebab tetap berada dirumah dan minimumkan aktiviti diluar, sha sendiri belum lagi pernah keluar rumah sejak perintah kawalan pergerakan diumumkan, edan apatah lagi, boring dirumah boleh membuatkan dia lebih meragam dari yang biasa, lagi-lagi rumah kami tinggal bahagian flat tiada halaman seperti di rumah kampung, korang faham kan perasaan boring tahap macam mana.

Hanya ketua rumah dibenarkan keluar rumah untuk belanja, sha nak juga keluar rumah ganti husband belanja tapi husband tak benarkan sebab sha mengandung kan..lagi tinggi risikonya..sedangkan husband sendiri pun takut mahu keluar rumah, dia pergi market pun 3 hari sekali so memang berjaga-jaga.

Boring dirumah, bukanlah alasan untuk kita berkeliaran diluar, kesian dekat kakitangan yang berada di barisan hadapan seperti polis dan doktor..jangan disebabkan keboringan kita itu, ramai yang jadi mangsa..so duduk diam-diam tengok tv atau layan game..hihi

Mari kita berdoa semoga virus Covid-19 ni pulih sepenuhnya sebelum masuknya bulan Ramadhan..
amin..