Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 | Assalamualaikum, berikutan dengan kes Covid-19 meningkat kebelakangan ini, maka Perdana menteri memutuskan untuk melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan selama 14 hari lagi iaitu 31 March hinggah 14 April menjadikan tempoh kawalan adalah hampir sebulan.
Mendengar berita ini, sha tahu semua rakyat Malaysia agak down sebab tetap berada dirumah dan minimumkan aktiviti diluar, sha sendiri belum lagi pernah keluar rumah sejak perintah kawalan pergerakan diumumkan, edan apatah lagi, boring dirumah boleh membuatkan dia lebih meragam dari yang biasa, lagi-lagi rumah kami tinggal bahagian flat tiada halaman seperti di rumah kampung, korang faham kan perasaan boring tahap macam mana.
Hanya ketua rumah dibenarkan keluar rumah untuk belanja, sha nak juga keluar rumah ganti husband belanja tapi husband tak benarkan sebab sha mengandung kan..lagi tinggi risikonya..sedangkan husband sendiri pun takut mahu keluar rumah, dia pergi market pun 3 hari sekali so memang berjaga-jaga.
Boring dirumah, bukanlah alasan untuk kita berkeliaran diluar, kesian dekat kakitangan yang berada di barisan hadapan seperti polis dan doktor..jangan disebabkan keboringan kita itu, ramai yang jadi mangsa..so duduk diam-diam tengok tv atau layan game..hihi
Mari kita berdoa semoga virus Covid-19 ni pulih sepenuhnya sebelum masuknya bulan Ramadhan..
amin..
Take care kak.. sedih pula rasanya dgn kakitangan yg bertungkus lumus menangani wabak ini sdgkan kita hanya duduk di rumah sahaja tak perlu buat apa-apapun.. semoga dipermudahkan semuanya buat Malaysia
ReplyDeleteSekarang kena #staysafe dan #stayhome demi keselamatan keluarga kita.
ReplyDelete