March 23, 2020

Sinopsis Parasite Korea Movie


Sinopsis Parasite Korea Movie | Assalamualaikum guys sempena cuti kawalan pergerakan ni..moh lah kita pulun tengok movie korea haha...cuma nya kalau sha movie Parasite ni tak berapa berkenan lah dihati sha haha..bagi 3 bintang ja..tapi kalau korang belum tengok..jom baca sinopsis ringkas dulu ya

Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang lelaki muda bernama Ki-taek serta ahli keluarganya yang semuanya sedang menganggur dan bergelut untuk meneruskan kehidupan. Pada suatu hari, seorang rakan Ki-taek telah membantu beliau untuk mendapatkan kerja sebagai seorang tenaga pengajar terhadap keluarga Park yang kaya raya dan terkenal. Kejayaan Ki-taek memperoleh pekerjaan dengan keluarga Park telah mendorong ahli keluarganya yang lain untuk mula menumpukan perhatian bagi mendapatkan pekerjaan yang berpotensi di dalam kehidupan keluarga tersebut. Akhirnya, satu kejadian aneh, tidak diingini dan sukar dijangka telah melanda Ki-taek dan ahli keluarganya sehingga merubah kehidupan mereka sekeluarga.

Nak tahu apa yang terjadi korang kena tengok sendiri haha, sha download dekat telegram ja movie ni, sebab tengok dekat you tube tiada pula..so selamat menonton ya.




March 22, 2020

Mengidam Nasi Kuning


Mengidam Nasi Kuning | Assalamualaikum, sebak hati bila kita mengidam mak mertua hantarkan dari kampung nikmatnya ya Allah makan nasi kuning ni, ala boleh ja buat kan..senang ja tu tapi entah lah macam nak makan air tangan orang lain..hihi

Dijadikan cerita kemarin malam sha post dekat whatsapp terhidu bau nasi kuning dalam daun pisang tu, then pagi mak mertua chat kalau dekat bolehlah mak tolong masakan..alahai..tapi sha tak terpikir pun nak buat nasi kuning tu haha..petang tu mak mertua col dia ada hantar dekat cousin husband nasi kuning tu, happy nya sha, rasa macam menang lucky draw haha..nasi kuning dari beluran tau..sedapnya rasa dia..

Husband tegur sha tak baiklah post sesuatu makanan yang kita tak dapat time tu, contohnya malam, lagi-lagi sha mengandung kan..so thats y mak mertua sha pos kan nasi kuning sebab takut sha kempunan..terima kasih mak..untung sha dapat mak mertua baik hati dan caring..hihih..

Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 di Mialiana.com bermula pada 11.00 pagi 21/3/2020 sehingga 11.00 pagi 22/3/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2020.

** jom support Mia Liana....

March 10, 2020

Minum Air Gula

Minum Air Gula | Assalamualaikum seram baca tajuk entry, minum air gula memang sangat digeruni oleh ibu ibu mengandung terutamanya sha..sha memang tak suka minum air gula tapi nak buat macam mana kan..demi baby dalam perut kenalah ibu laluinya..walaupun perit sangat mau telan gula yang terlampau manis tu, memandangkan sha ada GDM on diet semasa mengandung anak pertama dan ada sejarah keluarga ada kencing manis..so memang tak boleh skip sesi minum air gula ni.


Alhamdulilah keputusan kali ini rendah..berbanding mengandung kan edan hari tu periksa darah kedua 10 owww hahaha..tak silap sha result darah kedua 7.8 baru kena GDM, mungkin sebab sha masih menyusukan edan..so lemak dan yang manis-manis tu edan yang serap eh iyakah haha..

Syukur sha sebab tak perlu ulang alik ke klinik untuk cek darah setiap 3 minggu sekali..nak angkut edan sekali adui..tak larat umie nakk..biarlah edan duk rumah dengan baba ja bila umie cek up adik ya..

Beberapa tips sha nak share juga sepanjang sebelum sha minum air gula untuk baby kedua ni..mungkin tips ni membantu kot..sha kerap makan apple hijau, dan peria..tapi peria tu sha buat sayur ja..tak mampu mau minum buat jus..pahit kauu..lebihkan minum air masak dan banyakkan bergerak..semua ni sha tak pernah buat semasa mengandungkan edan..haha..

Bila dah ada pengalaman ni bolehlah alert kan..demi baby dalam perut..

March 9, 2020

Susu Untuk Ibu Mengandung

Susu Untuk Ibu Mengandung | Assalamualaikum, alhamdulilah mengandung kali kedua ni, tekak sha boleh terima minum susu, susu penting untuk kalsium untuk ibu yang telah diserap oleh baby dalam perut, sha sebelum ni memang muak dan muntah bila hidu bau susu..bersyukur sangat baby kedua ni..sha on ja bila minum susu..lagi-lagi sha dapat susu dari nestle secara percuma tauu..

Link sampel susu percuma : Sampel susu percuma


yang susu ni perisa vanila, rasa macam minum aiskrim vanila pula..sesuai dengan tekak sha..nanti sha servuy harga susu ni dipasaran, susu fernleaf hari tu pun belum habis lagi..kalau ada perisa vanila sha on ja..haha..tapi manis sikitlah..

Siapa yang belum request lagi susu ibu mengandung percuma boleh klik link diatas ya, bukan susu ibu ja..susu baby pun ada..