January 12, 2016
Barang Keperluan untuk Mendaki Gunung Kinabalu
January 8, 2016
Pengalaman Beli Power Bank Di Lazada
January 3, 2016
Semangat kena kuat untuk ke Puncak Kinabalu
Guide yang temankan sha turun ke Laban Rata..terima kasih Zen sebab tolong sha turun dan tolong ambil gambar hahah..Dia dah jadi bestfriend sha..haha..muda lagi dia ni lahir tahun 1994 tapi naik gunung macam tiada apa-apa ja..dah biasa dahh..Insya Allah kalau sha naik lagi nak dia jadi guide sha..hensem kan dia?? hihi..
Selepas selfie bagai..turunlahh..ingatkan curam sangat rupanya tak pun..sikit ja..jangan risau ada tali..tapi mesti kena pegang tangan juga (ada gloove) sebab curam sikit..sha tak berani..
Disebabkan sha tak sampai puncak, terpaksa balik ke Laban Rata awal untuk bergerak pulang ke Timpohon..gerak Jam 9 am dan sampai ke Timpohon Gate Jam 1.30 pm improve 2 jam setengah ja dari start naik ke Laban Rata haha..
Untuk pengetahuan korang, turun lebih senang dari naik..tapi kena control kaki..so kasut kena ngam..sebab batu sangat banyak dan licin..mahu patah juga kaki..hahah
Finally kami selamat naik dan turun..seramai 5 orang tidak dapat tawan puncak termasuk sha..tapi sha happy dapat buat semampu hingga 3668.10 meter, dah ok kan..hihi
Bagi pendaki yang tak sampai puncak akan dapat sijil hitam putih dan duit RM 8.00..terima kasih banyak-banyak buat team mendaki gunung kinabalu 31/12/2015 - 01/01/2016 atas kerjasama dan pertolongan yang diberikan..
January 2, 2016
Chibi Selamat melahirkan anak
29/12/2015 - Alhamdulilah chibi selamat melahirkan anak 3 ekor, sebelum sha pergi naik gunung..patutlah malam tu dia masuk almari duduk diam..tak tahu pula esoknya dia nak beranak..tahniah chibi..kau terlalu kecil untuk melahirkan anak..tapi kau sangat kuat untuk jadi ibu..
Setiap ekor anak chibi ada 3 warna..putih,kuning,hitam..comel kan? siapa boleh suggest nama untuk anak chibi? nama pun sha belum bagi jantina pun belum diketahui hahaha..
Salah satu anak chibi bulu dia ada shape..tapi tak tahu shape apa..tunggu dia besar baru nampak kot..harap-harap bentuk love macam chibi juga..
New Year's Eve at Mount Kinabalu
Name card penting, jangan hilangkan..sebab nanti naik puncak dekat check point kena ada Name Card ni..bertuah sangat no. 12 ni..dah lah bulan kelahiran sha..name card pun 12..room pun no 12..hihih..
Team mendaki gunung kinabalu seramai 18 orang
7 perempuan 11 lelaki
Setiap 500 meter akan ada pondok untuk berehat..kalau nak naik gunung air tak payah bawah banyak sebab air gunung ada disetiap pondok..boleh minum, sangat bersih dan sejuk..macam sha perasan ada satu pondok tiada paip air..lupa dah pondok mana..
Mendaki memerlukan tenaga, so kerap makan coklat untuk hilangkan lapar..jangan sampai gastrik pula..karang muntah bila sampai laban rata..
Perjalanan naik gunung start Jam 9 pagi sampai laban rata jam 3.30 petang..sha orang ke 4 dari 7 perempuan yang sampai awal..hahaha..lepas check in semua..rest sekejap..penat tak habis lagi tu..lepas tu makan..
Tak perlu bawah makanan sebab bayaran termasuk 5 kali makan, so taklah kebulur..makan sampai kenyang ok..
Inilah permandangan dari Laban Rata, Alhamdulilah..rasa macam bermimpi ja dapat sampai ke tahap tinggi macam ni..bagi orang gayat macam sha..atas awan tauu..sangat sejuk..
Boleh mandi air panas sementara matahari masih ada..sebab guna solar jadi kena mandi cepat kalau tidak mahu bergegar..teramatlah sejuk bila pegang air..untuk yang solat jangan risau ada arah kiblat..tak payah bawah telekung..guna baju masa naik mendaki pun boleh solat..cuma bersih kan baju dulu..boleh jamak kan waktu zohor dan asar..
Time to sleep..untuk bekalan tenaga besok 2.50 am mendaki ke puncak esok..
Sha dapat naik puncak atau tidak nanti sha update ya..
Sambungan...
Siapa naik Gunung Kinabalu nanti sha bagi tips pendakian..hahaha..first time mendaki dah boleh bagi tips..sharing bah kan hahaha...
Subscribe to:
Comments (Atom)



















