Asal kecewa rambut jadi mangsa, 10x Break dengan BF, 10x juga rambut pendek, haha..its normal, bagi sha selepas habis kecewa kita inginkan sesuatu yang baru, bak kata orang hidup harus diteruskan dengan kehidupan yang baru, kehidupan yang single,freedom dan kononnya inginkan new look yang sangat berbeza, ala, macam cerita korea, 3 musim bertukar rambut..kan..tapi walau apa pun..
Getting a cut of hair,dosen't help forget the past
Lepas pulang kerja, terus bergegas pergi tanjung lipat, apatahnya orang nak belanja Steambot Tom Yam, baru tau kelazatan Tom Yam ni, makan jangan cakap lah, lelaki hensem lalu pun sha tak pandang haha..begitu tekun menikmati makanan tepi laut, nyaman...
Selain dari tanjung aru, makanan di tanjung lipat pun sedop juga, dekat dengan laut, dan masjid likas...sory gambar makanannya tiada sebab tak sempat nak snap, dah habis..kakaka...
Lepas melahap, kita rest2 tepi pantai..muka penat tapi sebenarnya kekenyangan tu haha
Entry ni juga sha selitkan ucapan buat My BFF since form 1, Noramima Gusnadi, selamat hari lahir sayang, semoga jadi ibu yang baik, isteri yang solehah :) dan terimalah hadiah my handmade ur name :P nanti u ambik ok..
Dan ucapan takziah buat suami rakan sekerja sha yang kemalangan motor tadi, tengah koma dan tulang belakang beliau patah, semoga cepat sedar dan cepat sembuh..dan buat rakan sekerja sha, harap awak tabah ya :)
Tersengih-sengih tengok video clip ni, rasa macam sha ja yang watak heroin nya haha..of cos lah kan, semua nak kena lamar se-sweet macam ni, even pun sha tau semua ni hanya lakonan semata-mata, so my future take note ya..sha nak romantik macam ni haha..
Tapi yang versi Melayu sha dah jumpa the best proposal is DENA BAHRIN dan suami, pun seakan2 macam ni..hihi..cumanya yang tu real :D
Entry sedih malam ni, rasa macam besok malas pula mau kerja, lately selalu ja rasa nak nangis tapi tak bersebab, so malam ni tak tersengaja belek entry pasal arwah bapa, ingat dulu2 dia selalu gelar sha cengeng..sha memang kuat menangis, kuat terasa, sangat sensitif maklum lah anak bungsu perempuan..hiksss
Sha manja juga dengan arwah..sha rindu dia..rindu sangat2..taip entry ni pun tengah berlumuran air mata, kena tahan mukus lagi..haha..confirm pergi keja mata bengkak..cengeng betul kan :P